Moving Forward As One

Asal Usul Nama Guilotine Dalam Vincenzo

1,514

Inilah guillotine (기요틴) atau dandudae (단두대) yang disebut dalam episod terbaru Vincenzo.

Ia sejenis alat hukuman mati yang dicipta semasa Revolusi Perancis (1789-1794), dapat membunuh ramai orang dalam masa yang singkat berbanding hukuman pancung secara manual.

Dengan alat ini, pemimpin revolusi seperti Robespierre dapat cantas musuhnya dalam masa singkat.

Ketika tempoh yang dikenali sebagai Reign of Terror (September 1793 – Julai 1794), beribu-ribu orang dicop sebagai ‘musuh revolusi’, dihukum dengan guillotine dalam masa sehari.

Tak kira raja, ratu, paderi, bangsawan, semua dihukum dengan guillotine pada skala yang besar.

Jadi ‘the Guillotine file’ dinamakan sedemikian kerana ia boleh menyebabkan kejatuhan Babel, big business, politician, prosecutor, hakim yang korup pada skala yang besar.

Kalau fail tu jatuh ke tangan Vincenzo, dan dia memilih untuk mendedahkan fail tu, memang ‘revolusi’ lah jadinya.

Patutlah An Gi-seok pandang Vincenzo macam Che Guevara, iaitu tokoh revolusi Cuba yang berasal dari Argentina.

Ruangan komen telah ditutup.