Asal-Usul Manusia Mengikut Manuskrip Orang Sumer

1,510

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Orang Sumer adalah kaum yang pertama kali membina tamadun dunia di lembah Mesopotamia pada tahun 4500 SM, lebih tepat antara Sungai Tigris dan Euphrates. Tanah yang kemudian milik negara Iraq pernah dinamakan sebagai ‘Tanah Para Raja Bertamadun’ (Land of civilized kings).

Orang Sumer membina tamadun yang begitu canggih pada waktu itu dengan sistem yang mereka tubuhkan seperti penciptaan bahasa dan tulisan, bidang arkitek, seni lukis, astronomi, dan matematik. Dalam sector keagamaan pula, orang Sumer menyembah agama polyteisme, iaitu menyembah tuhan yang pelbagai atau dewa-dewi.

Tambahan pula, orang Sumer percaya mereka pernah mempunyai zaman di mana manusia pernah tinggal dan berhubung bersama para dewa-dewi. Manusia dianggap sebagai para hamba untuk dewa-dewi mereka. Negara-kota orang Sumer pula dijaga oleh dewa atau dewi yang mereka sembah. Inilah antara rekod yang mereka catat dahulu dalam manuskrip-manuskrip keagamaan.

Sebuah tablet ditemui di negara-kota Nippur, menceritakan tentang proses penciptaan dunia orang Sumer. Penciptaan Bumi (Enuma Elish) menurut tablet ini bermula dari petikan berikut:

“When in the height heaven was not named,
And the earth beneath did not yet bear a name,
And the primeval Apsu, who begat them,
And chaos, Tiamut, the mother of them both
Their waters were mingled together,
And no field was formed, no marsh was to be seen;
When of the gods none had been called into being,
And none bore a name, and no destinies were ordained;
Then were created the gods in the midst of heaven,
Lahmu and Lahamu were called into being”

Terjemahan:
“Ketika di langit syurga tidak diberi nama,
Dan bumi di bawahnya belum mempunyai nama,
Dan Apsu kuno, yang memperanakkan mereka,
Dan kekacauan, Tiamut, ibu kepada mereka berdua
Perairan mereka bercampur,
Dan tidak ada ladang yang terbentuk, tidak ada paya yang dapat dilihat;
Ketika para dewa tidak ada yang diseru sebagai makhluk,
Dan tidak ada yang memberi nama, dan tiada destinasi ditakdirkan;
Kemudian diciptakan para dewa di tengah-tengah surga,
Lahmu dan Lahamu dipanggil sebagai makhluk”

Mitologi orang Sumer menyatakan bahawa pada fasa permulaan, para dewa-dewi berupa manusia memerintah Bumi. Tiba saja mereka tiba di Bumi, dewa-dewi ini rajin menggali tanah dan mineral untuk pastikan kawasan tersebut berpenghuni.

Pada suatu ketika, para dewa-dewi ini semakin bosan melakukan kerja buruh mereka:

“When the gods like men
Bore the work and suffered the toll
The toil of the gods was great,
The work was heavy, the distress was much.”

Terjemahan:
“Apabila para dewa seperti manusia
Bosan akan kerja dan sengsara dari tol
Kerja keras para dewa itu payah,
Kerja itu berat, kesusahan banyak.”

Kemudian, ketua para dewa-dewi bernama Anu bersetuju bahawa kerja buruh mereka begitu sukar. Anaknya bernama dewa Enki atau Ea bercadang untuk menciptakan manusia untuk mengurus kerja buruh dewa-dewi. Maka, dengan bantuan anak perempuan Enki bernama Ninki, mereka Berjaya mencipta manusia. ‘Seorang’ dewa telah dikorbankan, tubuh dan darahnya bercampur dengan tanah liat. Seterusnya, terciptanya manusia pertama yang serupa dengan dewa-dewi.

“You have sl4ughtered a god together
With his personality
I have removed your heavy work
I have imposed your toil on man.

In the clay, god and man
Shall be bound,
To a unity brought together;
So that to the end of days
The Flesh and the Soul
Which in a god have ripened –
That soul in a blood-kinship be bound.”

Terjemahan:

“Kau telah meny3mbelih tuhan bersama-sama
Dengan keperibadiannya
Aku telah membuang kerja beratmu
Aku telah memaksakan kerjamu kepada manusia.

Di tanah liat, tuhan dan manusia
Terikat bersama,
Ke arah perpaduan yang disatukan;
Sehingga hari akhir
Daging dan Jiwa
Yang pada tuhan telah matang –
Jiwa itu dalam darah-kekeluargaan akan terikat.”

Manusia pertama dicipta di Eden, mengikut bahasa Sumer bermaksud ‘tanah rata’. Dalam manuskrip Epic of Gilgamesh, Eden adalah kebun para dewa dan lokasinya terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates.

Namun manusia pada masa itu tidak mampu melahirkan generasi seterusnya, kemudian tubuh manusia diubahsuai oleh Enki dan Ninki. Tuntasnya, terciptalah manusia bernama Adapa, mempunyai sistem pembiakan dan satu-satunya manusia pertama mampu berdikari.

Adapa menjadi paderi kuil dewa Ea di kota Eridu. Dikatakan Ea sendiri memberikan Adapa kebijaksanaan yang tiada batasan. Suatu ketika, apabila Adapa sedang memancing di Teluk Parsi, lautnya berombak kuat sehingga perahunya karam. Adapa marah kemudian ‘hancurkan’ angin selatan supaya ia tidak bertiup selama 7 hari. Dewa Anu yang melihat tindakan Adapa merasa murka dan memanggil Adapa ke syurga.

Sepanjang perjalanan ke syurga, dewa Ea menemani Adapa untuk memudahkan perjalanannya. Penjaga syurga Tammuz dan Gishzida yang bengis telah berjaya Adapa pujuk untuk memasuki syurga. Banyak godaan berbentuk air untuk diminum dan makanan namun Adapa menahan nafsu makan demi mengikut arahan Ea.

Tibanya Adapa menghadap dewa Anu, dia bertanya mengapa Adapa tidak menikmati saja jamuan yang syurga berikan. Adapa berkata bahawa dia mengikut apa yang dewa Ea larang. Anu ketawa besar akan tindakan Ea melarang manusia yang dia cipta. Kemudian, atas tindakan Adapa di Teluk Parsi, Anu menghukum bahawa manusia akan sengsara dari jangkitan yang dibawa oleh dewi Nintinugga. Adapa terus diturunkan ke Bumi. Itu saja kisah tentang Adapa dalam manuskrip orang Sumer.

Mengikut kajian oleh ahli pengkaji tamadun Mesopotamia, Adapa dianggap sebagai ‘Adam’ bagi seluruh manusia. Maka, inilah asal-usul manusia dicipta mengikut mitos orang Sumer, berbeza dengan kepercayaan kita yang majoriti beragama Kristian dan Islam akan kisah Adam dan Hawa (Eve) sebagai induk kepada kelahiran manusia bergenerasi.

RUJUKAN:

Black. J (26 February 2019). The origins of human beings according to ancient Sumerian texts. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-human-origins-folklore/origins-human-beings-according-ancient-sumerian-texts-0065

Sanders, Seth L. (2017), “From Adapa to Enoch: Scribal Culture and Religious Vision in Judea and Babylonia”, Texts ad Studies in Ancient Judaism, Mohr Siebeck

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.