Asal-usul Lagu Happy Birthday

444

Lagu Happy Birthday yang kita selalu nyanyi sampai sekarang ini, adalah satu lagu yang evergreen dan telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 20 bahasa. Menurut Guinness World Records, lagu ini merupakan lagu yang paling popular dalam bahasa Inggeris.

Nota muzik lagu asal.

Lagu ini sebenarnya dicipta oleh Mildred J Hill, seorang guru yang lahir di Louisville KY pada 27 Jun 1859. Mildred cipta lagu ini awalnya dengan tajuk “Good Morning to All” pada tahun 1893 yang mana lagu ini harus dinyanyikan oleh murid-muridnya setiap pagi sebelum memulakan aktiviti pembelajaran. Lagu ini juga dimuatkan ke dalam buku Song Stories untuk kanak-kanak tadika.

Selepas itu, bila salah seorang daripada muridnya tiba hari lahir, Patty Smith Hill yakni adik kepada Mildred usulkan idea untuk menukar lirik lagi tadi tetapi dengan melodi yang sama kepada Happy Birthday to You. Lantas, barulah lagu ini menjadi popular.

Mildred dan adiknya.

Bila populariti lagu ini sudah berkembang, Mildred dan adiknya Patty pernah menuntut penggunaan lagu ini yang tidak berlesen, bahkan terhadap komposer dan penulis drama Irving Berlin dan Moss Hart, yang pernah menggunakan lagu itu di dalam muzikal Broadway, The Band Wagon.

Tapi, mereka tiada hak cipta terhadap lagu Happy Birthday to You, namun Good Morning to All (versi asal) saja yang ada. Memang tidak boleh buat apa-apa ketika itu.

Lama selepas itu, pada tahun 1988, Warner Music menjadi pemilik kepada lagu tersebut dan dikhabarkan mendapat royalti tahunan sebanyak 2 juta USD. Atas dasar penghormatan terhadap pemilik asal lagu ini, melalui Hill Foundation mereka menyumbangkan wang kepada anak saudara mereka, Archibald, kerana Patty telah meninggal dunia pada tahun 1946.

RUJUKAN:

The Happy Birthday Song was written today in 1859, and it was actually copyrighted. https://www.indiatoday.in/education-today/gk-current-affairs/story/happy-birthday-song-origin-facts-985001-2017-06-27

The Contentious History Of The “Happy Birthday” Song. https://allthatsinteresting.com/happy-birthday-song-legal-history

The story behind the song, “Happy Birthday to You”.https://galaxymusicnotes.com/pages/about-happy-birthday-to-you

Artikel dikirimkankan oleh Sadiq Salihoddin untuk The Patriots.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.