Komunisme adalah sebuah idea falsafah, sosial, politik, dan ekonomi serta sebuah gerakan di mana visinya adalah membentuk sebuah masyarakat komunis: pembahagian sumber atau produksi sama rata kepada seluruh umat manusia tanpa sebarang status sosial dan kewangan, atau sempadan kewarganegaraan.

Komunisme berkembang sebagai sebuah idea yang dibawa oleh Karl Marx, dinamakan sebagai Marxism dan idea anarkisme iaitu anarcho-communism (artikel akan datang bincang tentang mazhab-mazhab komunisme).

Idealogi ini membincangkan bahawa masyarakat kini mempunyai status sosial yang berbeza kerana sebuah sistem ekonomi bernama kapitalisme yang menyebabkan berpecahnya kepada dua buah kelas sosial: borjuis/kapitalis (masyarakat berstatus kaya dan mengambil keuntungan dari usaha rakyat) dan proletariat/pekerja (para marhaen yang bekerja keras demi sesuap nasi).

Konflik antara kedua-dua masyarakat kelas utama adalah penyebab ‘penyakit’ masyarakat kini dan konflik ini perlu dihapuskan melalui revolusi sosial. Dengan wujudnya revolusi sosial, para pekerja diberi kuasa dan melaksanakan sistem pembahagian sumber sama rata. Proses ini akan memberikan sebuah transformasi masyarakat menuju pembentukan masyarakat komunis. Inilah idealogi komunisme yang asal. Tidak termasuk lagi idealogi komunisme versi Marx.

LAHIRNYA KOMUNISME

Baik, kita teruskan kepada sejarah kewujudan Komunisme. Kata ‘Komunisme/Communism’ pertama kali digunakan oleh ahli falsafah dan penulis Perancis, Victor d’Hupay. Buku beliau bertajuk Projet de communauté philosophe yang diterbitkan pada tahun 1777 menerangkan tentang konsep ideologi komunisme yang diterapkan dalam kehidupan beliau yang tinggal di Fuveau. Beliau pernah menasihat:

“Kongsikan seluruh produk ekonomi dan kebendaan antara para penghuni dalam masyarakat, maka semua orang mendapat manfaat sejagat.”

Menurut pengkaji sejarah Rusia berbangsa Poland, Richard Pipes, idea pembentukan masyarakat tanpa kelas pernah dilakukan pada zaman tamadun Yunani Kuno. Pada abad ke-5 Masihi, di Persia terdapat gerakan Mazdak yang terdiri dari para penganut ajaran Zoroaster yang bersifat ‘komunis’ kerana menentang hak keistimewaan kaum bangsawan dan paderi melalui kritikan terhadap institusi yang mengurus harta keperibadian dan berusaha mewujudkan masyarakat tanpa kelas. Zaman berzaman, terdapat kebangkitan masyarakat komunis yang dipelopori oleh penganut agama terutamanya Kristian, seperti komuniti gereja pada zaman pertengahan yang berkongsi harta dan tanah mereka.

Pada abad ke-16, penulis English iaitu Thomas More menerbitkan buku satira bertajuk Utopia pada tahun 1516, menggambarkan sebuah masyarakat kota yang tidak mempedulikan kelas dan harta yang dikongsi sama rata serta diurus oleh pemerintah. Pada abad ke-17 Masihi, pemikiran komunism sekali lagi bangkit dengan tindakan gerakan Puritan iaitu gerakan penganut Protestant yang digelar sebagai ‘Diggers’ menyokong penghapuskan pemilikan tanah peribadi. Kritikan terhadap pemilikan tanah peribadi ini berterusan sehingga pada Zaman Pencerahan Eropah, seterusnya masuk kepada Revolusi Perancis, dimana idea komunisme digunakan sebagai doktrin politik.

Pada awal abad ke-19 Masihi, para reformasi sosial menjadi pembangun penubuhan masyarakat tanpa kelas. Kali ini bukan lagi bertujuan keagamaan. Ia bertujuan rasional melalui pembinaan ‘kota komunis’. Contohnya, pada tahun 1825 pengusaha tektil iaitu Robert Owen menubuhkan sebuah kota komunis di New Harmony, Indiana. Charles Fourier, ahli falsafah Perancis menguruskan penempatan masyarakat komunis di USA seperti perkampungan Brook Farm.

Idea komunisme berkembang sebagai gerakan sosialis pada abad yang sama. Seiring dengan perkembangan Revolusi Perindustrian, Para sosialis salahkan sistem kapitalisme yang menyebabkan kesengsaraan para pekerja. Tokoh yang memperjuangkan kebajikan para pekerja semestinya Karl Marx dan sahabat beliau iaitu Friedrich Engels. Pada tahun 1848, Marx dan Engels membangunkan sebuah idea terbaru komunisme dan popularkan idea tersebut melalui pamphlet The Communist Manifesto.

WUJUDNYA NEGARA KOMUNIS

Pada tahun 1917, ketika Revolusi Oktober di Rusia, wujudnya kuasa negara yang dipegang oleh Vladimir Lenin melalui gerakan Bolshevik, kemudian membina sebuah badan kerajaan bernama All-Russian Congress of Soviet di mana ahli Bolshevik menjadi pemegang kuasa. Namun penubuhan negara komunis Rusia medapat kritikan dan perdebatan antara penggerak Marxism. Marx menyatakan bahawa penubuhan negara komunis lahir dari kemuncaknya kuasa kapitalisme yang mana kuasanya tidak dapat dikawal oleh kapitalis sendiri.

Tetapi Rusia bukan contoh negara yang memenuhi ciri-ciri yang Marx katakana kerana Rusia adalah antara negara termiskin dengan jumlah besar para petani dan kekurangan pekerja industri. Dari situ Marx beranggapan bahawa Rusia melanggar langkah-langkah penubuhan negara komunis.

Gerakan Menshevik yang minority menentang tindakan gerakan Bolshevik yang terburu-buru membina negara komunis namun Bolshevik berjaya menawan hati rakyat dengan slogan ‘Peace, Bread and Land’, menjadikan rakyat sebagai kuasa besar menghentikan penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama, menuntut reformasi tanah dan menyokong sepenuhnya penubuhan kerajaan Soviet. Maka, pada tahun 1922 tertubuhnya negara Soviet Union.

Dengan kepimpinan Lenin yang berunsurkan demokratik sentralisme, parti politik pro-Lenin ditubuhkan secara hierarki, di mana anggota Bolshevik diserap masuk dalam politik kepartian. Maksudnya, segala penubuhan sebarang parti politik perlu berunsurkan pro-Lenin dan kemasukan orang Lenin sebagai ahli aktif parti. Great Purge (1937 – 1938) dilakukan oleh pemerintah Joseph Stalin bagi menghapuskan sesiapa yang menentang kerajaan terutamanya Parti Komunis pro-Lenin. Dari situ, kita boleh lihat dunia politik Soviet Union hanyalah ketaatan kepada pemerintah persis syaitan bertopengkan manusia yang ‘menunggang’ idea Marxisme.

SOVIET DALAM PERANG DINGIN

Dalam Perang Dunia Kedua memperlihatkan Soviet Union sebagai kuasa besar mempengaruhi Eropah Timur dan sebahagian Asia. Ketika empayar-empayar Eropah dan Jepun semakin mundur, Soviet mengambil peluang bagi meluaskan pengaruh di persekitarannya. Kerajaan Marxist-Leninist ditubuhkan di Bulgaria, Czechoslovakia, Jerman Timur, Poland, Hungary, Romania sebagai negara naungan Soviet. Kerajaan Marxist-Leninist juga ditubuhkan di Yugoslavia dan Albania namun kedua-dua negara ini bebas dari menjadi naungan Soviet. Komunisme kemudian menjadi lawan dan ancaman kepada negara-negara Barat berkiblatkan kapitalisme sepanjang abad ke-20 Masihi.

PEMBUBARAN SOVIET

Soviet Union dibubarkan pada 26 Disember 1991 akibat dari pengunduran badan kerajaan Soviet of the Republics of the Supreme Soviet of Soviet Union. Pengunduran untuk menyebabkan terbubarnya negara republic Soviet dan digantikan dengan Commonwealth of Independent States. Semalam, president Soviet terakhir iaitu Mikhail Gorbachev mengisytiharkan perletakan jawatan dan penyerahan kuasa negara termasuklah kawalan kod perlepasan misil nuclear Soviet kepada Presiden Rusia pertama, Boris Yeltsin. Pada petang waktu 7:32, bendera Soviet diturunkan di Kremlin dan digantikan dengan bendera Rusia kini.

KOMUNISME KINI

Negara China, Cuba, Laos, dan Vietnam adalah negara yang masih diperintah oleh parti politik tunggal Marxist-Leninist. Korea Utara membangunkan idealogi Juche, idea yang ‘berevolusi’ dari idealogi Marxism-Leninist. Parti politik komunis di negara-negara lain masih berdiri atas sebab-sebab tersendiri yang masih segelintir rakyat berpihak. South African Communist Party menjadi parti politik sah dalam African National Congress manakala di India pula komunis memerintah negeri Kerala sejak Mac 2018.

Di Nepal, majoriti komunis memegang tampuk kepimpinan di parlimen. Communist Party of Brazil menjadi sebahagian dari gabungan parlimen yang dipimpin oleh para sosialis demokratik dari Workers’ Party sehingga Ogos 2016. Cuba pula mengurangkan kawalan kerajaan terhadap penguasaan ekonomi bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi itu sendiri. China masih menerapkan legasi Mao sebagai sebuah negara Marxist-Leninist.

Bagi aku, idea komunisme adalah idea sangat mengujakan para rakyat terutamanya dari hierarki terbawah untuk mewujudkan sebuah mimpi iaitu penubuhan masyarakat yang sama rata tanpa memikirkan siapa atas atau bawah serta sumber-sumber harus berkongsi bersama tanpa sebarang ketamakan.

Namun mempraktikkan idea ini buat sekadar membina sebuah rumah. Ia melebihi pembinaan tersebut. Melainkan jika seluruh umat manusia mengakui bahawa komunisme adalah jalan terakhir selamatkan masyarakat yang semakin terdesak untuk menamatkan kewujudan kelas atasan dan keperluan sumber yang mencapai limitasi, dunia komunisme akan berlaku.

RUJUKAN:

1. “Communism” A Dictionary of Sociology. John Scott and Gordon Marshall. Oxford University Press 2005. Oxford Reference Online. Oxford University Press.
2. “Diggers’ Manifesto”. Archived from the original on July 29, 2011. Retrieved July 19,2011.
3. “Gorbachev, Last Soviet Leader, Resigns; U.S. Recognizes Republics’ Independence”. New York Times. Retrieved April 27, 2015.
4. Norman Davies. “Communism”. The Oxford Companion to World War II. Ed. I. C. B. Dear and M. R. D. Foot. Oxford University Press, 2001.
5. Raymond C. Taras, The Road to Disillusion: From Critical Marxism to Post-communism in Eastern Europe (Routledge, 2015).
6. Sedov, Lev (1980). The Red Book on the Moscow Trial: Documents. New York: New Park Publications.
7. The Cambridge History of Iran Volume 3, “The Seleucid, Parthian and Sasanian Period”. Archived from the original on June 11, 2008. Retrieved March 30, 2008., edited by Ehsan Yarshater, Parts 1 and 2, p. 1019, Cambridge University Press (1983).
8. “The End of the Soviet Union; Text of Declaration: ‘Mutual Recognition’ and ‘an Equal Basis'”. The New York Times. December 22, 1991. Retrieved March 30, 2013.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.