Pada tahun 1800, Empayar Britain menakluk Afrika. Era itu turut dikenali sebagai “Scramble of Africa” sebab Afrika berpecah-pecah dikuasai oleh pelbagai kuasa-kuasa Eropah.

Britain adalah antaranya. Antara wilayah yang dikuasai oleh Britain adalah wilayah Selatan Afrika.

Pada tahun 1840, di bahagian utara wilayah tersebut, British telah mendirikan pangkalan sebagai kubu pertahanan daripada pencerobohan kabilah-kabilah orang asli Afrika.

Jarang sekali orang-orang asli ini menyerang, jadi askar-askar Britih ini bosan juga menjaga pangkalan itu. Jadi, mereka membeli sebuah permainan-papan daripada seorang saudagar Afrika Selatan.

Ya, permainan-papan itu bernama ‘Jumanji’.

Kebetulan, askar-askar ini telah diarahkan untuk membina hubungan yang baik dengan salah satu kabilah tempatan di situ.

Askar-askar ini bawa Jumanji sebagai medium untuk bercakap dan membina hubungan. Paling mengejutkan, teknik ini menjadi.

Askar-askar ini menziarahi kabilah ini beberapa kali untuk meningkatkan lagi hubungan baik sesama mereka.

Cuma, pada suatu malam, salah seorang askar British ini tak sengaja tertembak orang kabilah tersebut lalu terbunuh.

Orang-orang kabilah ini rasa marahlah, lalu mereka menyerang askar-askar British. Ramai askar-askar British ini terbunuh. Yang terselamat berundur melarikan diri.

Permainan-papan Jumanji tercicir dan ditinggalkan di kabilah tersebut.

Askar-askar yang terselamat meminta bantuan di pangkalan untuk membalas dendam. Pembunuhan ramai-ramai dilakukan ke atas masyarakat kabilah tersebut.

Setelah pembunuhan berdarah tamat, seorang askar mengambil semula Jumanji yang telah ditinggalkan sebelumnya.

Masa nak ambil permainan-papan tersebut, bomoh kabilah cuba nak menyerang askar tersebut, tapi askar itu sempat menembah bomoh itu.

Bomoh itu terbaring atas tanah. Dia hampir mati. Dia sempat meletakkan darahnya pada Jumanji dan menyumpah permainan-papan tersebut.

Bomoh itu bersumpah pada askar tersebut, di mana saja askar-askar ini pergi, ketakutan dan kejahatan hutan-hutan Afrika paling dalam akan menghantui mereka.

Askar itu gementar dan takut. Dia ambil Jumanji, lalu melarikan diri bersama askar-askar lain.

Askar bantuan dari ibu negara British sampai ke pangkalan Afrika Selatan dan mereka dapati pangkalan tersebut sunyi. Mereka dapati ramai askar-askar di situ sama ada mati ataupun hilang. Tak tahu apa yang berlaku.

Yang tinggal cuma seorang askar yang sedang memegang permainan Jumanji. Askar itu berada dalam keadaan gila. Dia cuma sebut perkataan ‘Jumanji’ berulang-ulang kali.

Dia dihantar ke hospital dan dia selalu mendakap erat permainan-papan tersebut. Dia tak mahu lepaskan. Dia akan jadi tak tentu arah dan pukul orang yang cuba paksa.

Tak lama selepas itu, dia melarikan diri daripada hospital dan melarikan diri ke hutan Afrika. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada askar tersebut dan Jumanji.

Hampir sedekad Jumanji hilang dan dilupakan. Kemudian, ditemui semula pada tahun 1888 di Congo oleh sekumpulan pemburu Britih.

Dia orang cuba nak main Jumanji. Kejahatan Jumanji menyebabkan ramai daripada mereka terbunuh. Cuma tinggal seorang saja untuk habiskan permainan tersebut.

Dia dapat habiskan Jumanji, dan dia mahu jaga Jumanji supaya ia tidak menghantui sesiapa. Semasa pemburu ini berlayar ke Amerika, ada dua orang budak curi Jumanji.

Dua orang budak inilah yang digambarkan dalam awal-awal filem Jumanji lama tahun 1995 itu. Dua orang budak ini dapat lepas semua kejahatan Jumanji. Mereka takut, lalu mereka tanam.

Ia ditemui semula oleh Alan Parrish. Jumanji selalu menarik mangsanya dengan bunyi gendang yang mengasyikkan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.