Asal Usul Helang Kepala Dua

0
1165
views

Asal usul helang berkepala dua di Empayar Rom Timur (Byzantine) ketika era Dinasti Palaiologos. Tapi ada penemuan arkeologi menunjukkan Empayar Seljuq (empayar yang ada Nizam al-Mulk, Imam al-Ghazali tu) pun dah guna lambang helang itu. Tak tau lah kot-kot Palaiologos yang tiru.

Empayar Rom yang satu lagi pula (“Holy Roman Empire”) tengok Rom Timur pakai helang berkepala dua pun dia nak pakai juga. Selepas Holy Roman Empire dibubarkan pada tahun 1806, Austria selaku pewaris empayar meneruskan penggunaan lambang itu. Cuma selepas Austria kalah dalam Perang Dunia Pertama tinggal satu kepala je. Mungkin segan kot, negara dah jadi kecil (akibat kekalahan, jajahan Austria dipecahkan kepada Hungary, Czechoslovakia, Poland, Yugoslavia dan Romania) takkan nak guna lambang power kan. Jerman pula dari dulu tak pakai helang berkepala dua sebab statusnya dulu sebagai “Kingdom of Prussia” lebih rendah daripada “empire” jadi tak boleh pakai lambang itu. Dan identiti Prussia itu pun kekal sehingga ke hari ini.

Turki (Ottoman) sebagai pewaris legasi Turk Empayar Seljuq tak pakai lambang helang tapi lambang bulan dan bintang. Selepas Turki menawan Rom Timur pada 1453 pun tak pakai. Rusia pula yang pakai. Sebab raja (Tsar) Rusia iaitu Ivan III kahwin dengan seorang puteri Palaiologos bernama Sophia, maka Rusia mengisytiharkan diri sebagai “Third Rome”, menyambung legasi Rom Timur. Dan itu juga sebab Rusia sangat memusuhi Turki dulu, sebab ia melihat diri sebagai penyambung perjuangan Rom Timur untuk menyekat kemaraan Islam.

Waqaf Saham

Selepas Serbia dan Albania merdeka daripada Ottoman, mereka jadikan lambang helang berkepala dua sebagai lambang negara. Montenegro yang baru merdeka pun meneruskan tradisi itu. Rusia ketika zaman komunis (1917-1992) tak pakai sebab anggap itu sebagai lambang Gereja Kristian Ortodoks, lepas 1992 baru pakai balik.

Untuk kes yang kecoh sekarang ni, sebenarnya dua pemain itu berasal dari Kosovo, dan bendera Kosovo tidak mempunyai lambang helang itu pun. Lambang itu sebenarnya mewakili “Albanian nationalism” yang dilihat provokatif oleh Serbia. Sesetengah nasionalis Albania di Kosovo berhasrat untuk bergabung dengan Albania untuk jadi “Greater Albania”, dan Serbia takut itu akan menggugat kedudukan dan kepentingan kumpulan etnik Serb dalam Kosovo.

Rajin kan den buat benda ni? Ye lah, kan den baru balik dari Switzerland, hari tu jumpa ramai Swiss Albanian mau offer den dedak.