Hari ini, istilah buaya’ amat terkenal sebagai merujuk kepada seorang lelaki yang memiliki ramai kekasih atau dalam erti kata lain, kaki perempuan. Sebelum istilah ‘buaya’ ini menjadi terkenal di Malaysia, seluruh dunia kebiasaannya menggunakan istilah ‘kasanova’ untuk seorang kaki perempuan.

Tetapi, tahukah anda? Sebenarnya memang wujud seorang lelaki yang bernama Casanova, dan dia dikenali sebagai kaki perempuan yang paling terkenal dalam sejarah.

Tetapi lelaki Venetia itu bukan sekadar seorang kaki perempuan, dia juga merupakan seorang yang pakar dalam bidang ‘scam’, atau penipuan, dia pernah menyamar sebagai seorang tenter4, pakar kimia, perisik dan pendeta gereja. Dia pernah menulis karya berbentuk satira, pernah bertaruh untuk mendapatkan perempuan, dan pernah melarikan diri dari penjara beberapa kali.

Jadi, teruskan membaca untuk mengenali bapa segala ‘kasanova’ ini. Supaya selepas ini tidak ada lagi sesiapa di antara kita baik lelaki mahupun perempuan yang merasa bangga apabila dilabel sebagai ‘buaya’ mahupun ‘kasanova’. Harap jangan ambil hati lah ya. Entah apa apa je gelaran macam tu pun nak bangga.

Dari Pendeta Gereja Hingga Kaki Perempuan

Dilahirkan di Venice pada tahun 1725, Giacomo Casanova adalah pemuda yang sangat bijak, betapa bijaknya dia ini sehingga mampu memasuki Universiti Padua pada usia 12 tahun. Setelah menamatkan pengajian, dia terlibat dalam beberapa perkara tidak senonoh yang akan memperkenalkan namanya di seluruh Eropah.

Berjudi itu satu hal, tetapi dia amat dikenali kerana sikap kaki perempuannya. Sama ada dari kelicikannya, pesona, atau gayanya, setiap wanita yang mengenalinya pasti akan menyukai dia.

Tetapi dikatakan bahawa dia mula menonjolkan keghairahannya terhadap wanita ketika dia memiliki hubungan sulit bukan sahaja dengan seorang gadis berusia 16 tahun, tetapi dengan adik perempuannya yang berusia 14 tahun pada satu masa yang sama.

Inilah wajah leluhur para buaya hari ini

Sekiranya itu tidak cukup buruk, bertahun-tahun kemudian, Casanova didapati terbaring di atas katil bersama dengan salah seorang daripada dua adik perempuan yang sama, dan anak perempuannya sendiri hingga melahirkan anak, jadi, anak itu cucu dia ke anak dia? Boleh pening kalau fikir masalah sebegini.

Pada waktu itu, Casanova bertugas sebagai pendeta gereja namun ia tidak bertahan lama. Hutang akibat judi menyebabkan dia terpaksa meringkuk di dalam penj4ra, dan setelah terlibat dalam beberapa kesalahan penipuan yang lain di Gereja, dia perlu bermula kembali dari awal. Apa ‘kerjaya’ barunya? Dia menjadi seorang ‘pegawai tenter4’.

“Aku membeli sebilah ped4ng panjang, dan dengan tongkat yang ‘tampan’ di tangan, topi rapi dengan kokade hitam (sejenis riben), dengan potongan rambut pada sisi bersambung misai dan tocang palsu yang panjang, aku bersiar-siar untuk membuat seluruh kota rasa kagum,”

Begitulah kiranya apa yang ditulis Casanova melalui buku memoirnya. Tetapi, oleh kerana dia mendapati kehidupan sebagai seorang tenter4 membosankan dan dia masih ada banyak berhutang wang dari perjudian, Casanova berhenti dari kerjayanya sebagai tenter4.

Setelah berusia 21 tahun, Casanova menjadi seorang pemain biola. Kemudian, dia menarik perhatian seorang senator yang berada di tempat dan waktu yang tepat untuk menyelamatkan kehidupannya yang mengundang Casanova ke rumahnya lalu menjadi penaungnya.

Tetapi Casanova menghadapi masalah lagi kerana penipuannya terbongkar. Dia melarikan diri dari Venice, menuju ke Parma, jatuh cinta, dan hatinya dipatahkan. Dia melakukan penjelajahan besar dan menggoda puluhan wanita di merata tempat. Dia menyertai gerakan Freemason, menjadi penulis drama, dan akhirnya, pada tahun 1753, dia kembali ke Venice.

Dan sebenarnya ini baru saja permulaan aktiviti penipuannya.

Skandal murahannya dengan pelbagai golongan wanita baik dari wanita yang telah berkahwin hingga biarawati hingga ke anak dara, masalah perjudiannya, hubungannya dengan Freemason, semua itu telah menghantui kehidupannya. Pada usia 30 tahun, Casanova telah ditangkap oleh pihak berkuasa Venice, menurut pihak berkuasa, dia didakwa atas kesalahan menimbulkan ketegangan di kalangan orang awam yang bertentangan dengan kesucian agama.

Dia dikurung di sebuah sel penjara dikenali sebagai “The Leads”. Casanova menjalani hukuman di sana selama lima tahun.

Sel penjara itu digelar sedemikian kerana plat plumbum yang menutupi bumbungnya dianggap sebagai tidak mungkin boleh ditembusi untuk melarikan diri. Ruangan dalamnya hampir gelap gelita, dan dengan siling yang rendah, Casanova bahkan tidak mampu berdiri tegak, ia terletak di tingkat atas (lima) Istana Doge.

Seperti penjara-penjara lain, penjara itu dikawal dengan ketat. Melarikan diri nampaknya mustahil.  Melarikan diri tanpa disedari pengawal melalui bumbung bangunan paling terkenal di Venice … atau tidak didengar ketika sedang berjalan di atas jubin plumbum? Lagi lah mustahil.

Casanova kekal di “The Leads” selama 13 bulan. Penaungnya, Count Bragadin, akhirnya meyakinkan para pengawal untuk memindahkannya. Tetapi Casanova kecewa dan patah hati.

Kenapa?  Kerana dia hanya tinggal selangkah saja lagi untuk berjaya melarikan diri. Pada suatu hari, ketika bersiar-siar selepas dia dibenarkan untuk bersenam di loteng penjara, dia menemui kepingan marmar hitam dan sebatang besi.

Dia mengasah batang palang itu hingga terbentuk menjadi batang besi yang tajam menggunakan marmar dan kemudian mula menggali lantai di sebalik papan kayu di bawah tempat tidurnya.

Dia sedar selnya berada tepat di atas bilik Inquistor (pemeriksa), ini satu lagi masalah yang akan dia hadapi setelah dia melarikan diri. Tetapi dia tidak mungkin akan mendapat peluang sebegini lagi.

Dengan tidak semena-mena, hanya tinggal tiga hari saja lagi sebelum dia merancang untuk melarikan diri, tiba-tiba dia dipindahkan ke sel yang baru, lebih besar, dan lebih cerah. Tetapi dia tidak kecewa lama-lama, dia tidak putus asa. Sudah tiba masanya untuk Pelan B.

Melarikan Diri Dari Penjara

Seorang paderi tinggal di sebuah sel tepat di atas Casanova. Paderi itu suka membaca, dan pengawal penjara tidak kisah jika kedua banduan yang berpendidikan itu saling bertukar buku. Casanova menulis nota, menggunakan jus murberi sebagai dakwat, dan memasukkan nota di dalam tulang belakang buku.

Kedua-duanya mula menulis bersilih ganti. Casanova memberitahu paderi bahawa dia merancang untuk melarikan diri dan memerlukan pertolongannya. Apa yang harus dia lakukan adalah menebuk siling dan masuk ke sel Casanova. Kemudian Casanova akan mendorong mereka berdua keluar.

Giancomo Casanova

Paderi bernama Balbi itu bersetuju. Casanova memberikan dia paku yang dibuat sendiri, ia disembunyikan di dalam senaskah Bible, yang ditampal di bawah sepiring besar pasta. Setelah berminggu-minggu bekerja, paderi tersebut berjaya membuka lubang untuk menerobos.

Tetapi Casanova berhadapan dengan masalah baru. Casanova telah menerima teman sebilik yang baru…. tetapi dia adalah perisik untuk Majlis Istana Doge, itulah yang lelaki itu terus beritahu kepada Casanova. Maka, dengan pengalamannya sebagai pakar penipuan, Casanova memanfaatkan ketaksuban rakan barunya itu terhadap pegangan agamanya.

Casanova mula bercerita tentang satu petunjuk dari mimpinya, Casanova memberitahu lelaki itu, bahawa Malaikat akan datang membebaskannya dari penjara. Apabila mereka berdua mendengar si paderi sedang menggali, Casanova meyakinkan dia bahawa itu adalah Malaikat. Ya, lelaki itu mempercayainya.

Istana Doge, penjara yang dipecah keluar oleh Casanova

Sel Balbi berada tepat di bawah bumbung istana, jadi mereka berdua akan naik dan berjalan di atas plat plumbum, dengan menggunakan baju, selimut, dan juga pembalut tilamnya yang telah dipotong dan diikat oleh Casanova untuk membuat “tali” bagi mengangkat diri mereka ke atas bumbung. Tetapi terlalu tinggi dan sangat jauh untuk melompat keluar dari pagar. Casanova ke sana ke mari mencari sebarang perkakas atau idea. Tetapi tiada.

Akhirnya, setelah satu jam termenung, dia melihat tingkap atap berukuran dua pertiga menuruni lereng bumbung. Dengan menggunakan pencungkil, dia membuka jeriji di jendela itu, dan setelah percubaan berbahaya yang menyebabkan Casanova sendiri hampir terbvnuh kerana tergelincir di atas bumbung, dia berjaya membawa dirinya dan paderi itu masuk.

Setelah berehat, pasangan itu memecahkan kunci, memasuki koridor istana, dan berjalan keluar.  Mereka melarikan diri menggunakan gondola ketika matahari terbit.

“Oleh itu, apa namanya yang Tuhan berikan kepada aku segala yang aku perlukan untuk melarikan diri dengan ajaib sekali jika bukan keajaiban? Aku mengakui bahawa aku bangga dengannya.”

Penipuan Casanova Yang Lain

Dengan begitu banyaknya kes yang menyebabkan dia selalu ditangkap dan dipenjarakan, Casanova tidak menganggapnya sebagai satu petanda bahawa dia harus bertaubat dan meninggalkan permainannya dan berubah dengan melakukan sesuatu yang lebih tenang.

Sebaliknya, dia melarikan diri ke Paris dan berpura-pura menjadi pakar kimia. Setiap patrician (golongan bangsawan/aristokrat Eropah) mahukan Casanova. Dia memberitahu mereka bahawa dia berusia 300 tahun, dan dia boleh membuat berlian dari apa saja bahan.

Dia menarik perhatian seorang Count yang telah melihat dan menyedari siapa Casanova sebenarnya. Dia membuat keputusan berdasarkan kemampuan Casanova yang manis berbicara dengan muka selambanya di mana Casanova kemudian dijadikan seorang perisik yang handal.

Salah satu misinya adalah menjual bon negara di Amsterdam. Akhirnya Casanova menjadi seorang yang kaya raya, tetapi hanya sementara, dia kemudian kehilangan kekayaannya, kebanyakannya berpunca daripada sikap boros yang suka membelanjakannya untuk kekasih-kekasihnya. Di antara hutangnya dan mvsuh-mvsuhnya yang ramai, dia kembali menjadi pelarian sekali lagi.

Pada tahun 1760, tanpa satu sen wang di dalam saku, aktiviti penipuan Casanova menjadi lebih liar.  Dia membentuk identiti baru untuk dirinya sendiri: Dia sekarang adalah “Chevalier de Seingalt.” Dia melakukan pelbagai lagi penipuan di sekitar Eropah.

Casanova pernah kembali ke Paris dan meyakinkan seorang wanita bangsawan bahawa dia berkeupayaan memberikan wanita itu seorang pemuda, dengan menggunakan kaedah ghaib jika dia membayarnya jumlah wang yang cukup.

Dia juga pernah mengembara ke England dengan menipu yang dia akan menghadap Raja George III. Dia bertemu dengan Catherine the Great, cuba menjual idea penipuan loteri Rusia. Dia bertaruh dengan seorang kolonel di Warsaw untuk merebut seorang pelakon Itali.

Casanova pada tahun 1788

Pada tahun 1774, setelah 18 tahun hidup dalam pengasingan, Casanova memenangi hak untuk kembali ke Venice. Lebih kurang sembilan tahun kemudian, dia menulis karya satira yang mengutuk para bangsawan Venetia yang mengakibatkan dia diasingkan sekali lagi.

Pada tahun-tahun terakhirnya, Casanova mula memperlahankan pergerakannya (sedikit), dia menjadi pustakawan untuk Count Joseph Karl von Waldstein di Bohemia, jawatan yang Casanova dapati sangat sepi lagi membosankan sehingga dia dianggap m4ti kerana membvnuh diri. Dia menentang godaan untuk melakukan aktiviti ‘scam’ sekali lagi, itu pun kerana dia sedang sibuk menulis catatan memoir kehidupannya.

Venice kemudian ditaklvk oleh Napoleon Bonaparte pada tahun 1797. Dan Giacomo Casanova meninggal dunia pada tahun berikutnya. Dia berusia 73 tahun ketika kematiannya. Baiklah, dia pun sudah tiada, persoalannya, kalau perempuan jadi kaki lelaki, kita nak panggil dia apa? Takkan lelaki saja yang kena kot?

RUJUKAN:

Summers, Judith. (2006). Casanova’s Women: The Great Seducer and the Women He Loved. Bloomsbury USA.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.