Asal-Usul Deathstroke

1,243

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Musuh utama Teen Titans dan bermula sebagai seorang supervillain sebelum menjadi antihero; Deathstroke. Nama sebenarnya ialah Slade Wilson. Deathstroke membuat penampilan kali pertama di dalam komik New Teen Titans #2 (1980)

Ketika berumur 16 tahun, Slade Wilson menyertai tentera Amerika Syarikat dengan menipu umurnya. Setelah berkhidmat beberapa tahun di Korea, Slade kemudiannya ditugaskan ke Kem Washington di mana dia dinaikkan pangkat sebagai Mejar. Sekitar tahun 1960-an, Slade mengenali Kapten Adeline Kane yang ditugaskan untuk melatih tentera muda yang terletak di Vietnam.

Adeline kagum dengan kemahiran Slade yang mudah menguasai serta memahirkan diri dengan kelengkapan perang yang moden. Adeline kemudiannya jatuh cinta kepada Slade dan menawarkan kepada Slade taktik peperangan guerila. Dalam masa kurang setahun sahaja, Slade sudah pun menguasai pelbagai jenis seni bela diri dan dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Kolonel.

Enam bulan kemudian, Slade dan Adeline berkahwin. Ketika Adeline melahirkan anak pertama mereka Grant Wilson, Slade bertugas di luar negara Vietnam.

Eksperimentasi Yang Gagal

Slade Wilson menawarkan dirinya untuk eksperimen perubatan untuk meningkatkan kebolehannya sebagai seorang tentera. Malangnya, eksperimen tersebut gagal dan menyebabkan Slade koma.

Apabila dia terjaga, dia mendapati bahawa dia menggunakan 90% keupayaan otaknya untuk berfikir dan kekuatan, ketahanan serta ketangkasan Slade hampir kepada tahap superhuman. Slade kembali untuk menjawat jawatannya sebagai tentera Amerika Syarikat namun gagal meskipun keadaannya sudah stabil. Ini menyebabkan Slade mengalami depresi kerana keterdesakannya berkhidmat untuk negara.

Ketika ini, Adeline mengandungkan anak kedua mereka iaitu Joseph. Slade yang gagal menyertai tentera menjadi pemburu safari yang terkenal di seluruh dunia. Melalui pekerjaan ini, mereka berdua menjadi mewah namun Adeline mengesyaki yang Slade masih tidak berpuas hati dengan kehidupannya.

Deathstroke – One Man’s Army

Beberapa tahun kemudian, beberapa kumpulan tentera upahan telah memecah masuk ke dalam rumah agam Slade dan menculik Joey. Adeline cuba melawan, malangnya bom tangan asap menghalangnya menyelamatkan Joseph. Apabila Slade mengetahui tentang kejadian tersebut, dia tidak lagi menyimpan rahsia yang dipendamnya selama ini.

Slade bukan saja seorang pemburu safari, malah dia sebenarnya pembvnuh upahan yang paling berbahaya yang terkenal di seluruh dunia. Slade Wilson digelar sebagai Deathstroke The Terminator. Slade berjanji bahawa dia akan menyelamatkan Joseph.

Dengan kekuatan Slade, dia berjaya menewaskan kumpulan tentera upahan yang diketuai oleh Jackal. Malangnya, Joseph tidak dapat diselamatkan apabila tekaknya dipotong menyebabkan dia bisu dan mengalami kecacatan kekal.

Adeline yang berang dengan keselamatan anaknya, menembak Slade tepat di kepala. Slade terselamat, namun mata kanannya buta akibat ditembak dalam jarak dekat. Di sinilah, Slade Wilson bermula sebagai seorang supervillain yang ditakuti 0leh kebanyakan superhero.

Adeline menembak mata kanan Slade (Deathstroke #25)

Svicide Squad Dan Amanda Waller

Deathstroke pernah menyertai Svicide Squad melalui Amanda Waller. Namun, Deathstroke juga pernah melarikan diri dari Svicide Squad dan menyambung kerjayanya sebagai tentera upahan. Bagi Deathstroke, dia hanya akan melakukan kerja sahaja apabila dibayar. (Arkham Origins)

Permusuhan Teen Titans

Deathstroke sebagai antagonis Teen Titans memang sudah tidak asing lagi. Permusuhan antara Robin (Dick Grayson) dan Deathstroke tidak dapat dipisahkan. Sudah tentu anda tertanya-tanya mengapa ini berlaku?

Ia bermula apabila Grant Wilson yang dikenali sebagai Ravager terbvnuh akibat badannya tidak dapat menampung kuasa yang diperolehi daripada eksperimen seperti ayahnya, Slade.

Organisasi H.I.V.E sebenarnya cuba mengupah Deathstroke untuk membvnuh Teen Titans. Namun syarat Deathstroke yang gagal dipatuhi oleh H.I.V.E untuk membayar wang pendahuluan menyebabkan Deathstroke menolak kontrak tersebut.

Deathstroke menolak tawaran H.I.V.E (The New Teen Titans #2)

Selepas penolakan tawaran H.I.V.E oleh Deathstroke, H.I.V.E mengupah anak Slade iaitu Grant Wilson untuk membvnuh Teen Titans. Kem4tian Grant menyebabkan Deathstroke bersetuju untuk menamatkan kontrak Grant Wilson dari H.I.V.E dengan memburu Teen Titans.

Deathstroke telah memberi amaran kepada anaknya sebelum itu supaya tidak menerima tawaran H.I.V.E. namun Grant tetap berdegil.

Deathstroke gagal menghalang Grant Wilson (Teen Titans Annual #1)

Di dalam siri animasi Teen Titans – The Judas Contract (2017), dia dibayar oleh Brother Blood untuk menangkap kesemua Teen Titans. Dengan menggunakan Terra sebagai perisik di dalam Teen Titans, Slade berjaya menangkap kesemua ahli Teen Titans. Slade hanya akan melakukan kerja apabila dia dibayar. Tugasnya akan diselesaikan tanpa rasa belas kasihan terhadap mangsa.

Beast Boy yang jatuh cinta dengan Terra, menyalahkan Deathstroke yang mempergunakan Terra sebagai perisik.

Di dalam siri animasi Teen Titans, gelaran Slade Wilson sebagai Deathstroke digugurkan kerana perkataan ‘Death’ tidak sesuai untuk disebut dalam kalangan kanak-kanak (meskipun nama Deadshot tidak digugurkan dan masih lagi disebut dalam siri animasi).

Pengawal Peribadi Doctor Light

Deathstroke diupah sebagai pengawal peribadi Doctor Light dalam Identity Crisis. Ketika ini, Justice League hampir tewas di tangan Deathstroke berseorangan. Deathstroke dengan mudah menewaskan The Flash, Green Arrow, Hawkman, Zatanna, Elongated Man, Black Canary, Atom dan juga Green Lantern. Meskipun Green Arrow berjaya menikam anak panahnya tepat ke soket mata Deathstroke yang sudah buta, namun Green Arrow gagal juga untuk mengalahkan Deathstroke yang cekap.

Dari kejadian tersebut, bermulalah permusuhan antara Green Arrow dan Deathstroke. Sehingga komik Green Arrow #50 – #52 (New 52), permusuhan ini diteruskan.

Kekuatan Deathstroke Yang Menakutkan

Selepas eksperimen ketenteraan, fisiologi Slade Wilson berubah sama sekali. Pada mulanya, eksperimen tersebut menyebabkan kecacatan pada minda dan badannya. Seterusnya, peningkatan secara mendadak menyebabkan fisiologi Slade menjadi lebih hebat daripada manusia biasa.

Kebolehan intelektual yang tinggi – minda Deathstroke bertindak dengan pantas lebih daripada manusia biasa. Ingatannya lebih tinggi malah dia tidak akan mengalami kehilangan memori ataupun lupa. Deathstroke hanya perlu membaca, mendengar, melihat atau memerhatikan sesuatu dan dia tidak akan lupa sampai bila-bila. Keupayaan penyimpanan memori otaknya juga bukan calang-calang. Deathstroke boleh menganalisis pergerakan dan taktikal musuh melalui pengalamannya.

Pengiraan dalam memastikan strateginya berjaya adalah tinggi termasuklah jarak, masa dan kelajuan sehingga Deathstroke menghasilkan ‘perfect timing’ untuk menewaskan seseorang musuh. Setiap halangan Deathstroke mampu menyelesaikan dalam masa yang singkat. Otaknya berfikir seperti komputer. Meskipun The Flash mempunyai kelajuan yang pantas, namun pengalaman Deathstroke dalam berlawan dengan pelbagai jenis musuh adalah kelebihannya.

Wally West tewas dengan mudah di tangan Deathstroke?

Kekuatan fizikal yang tinggi – Deathstroke mampu berhadapan dengan Superman, Wonder Woman dan juga Batman sekaligus dengan kekuatan fizikalnya. Setiap sistem ototnya telah dipertingkatkan lebih kuat dari manusia biasa dan dengan sekali tumbukan mampu menumbangkan musuhnya. Kekuatannya sudah memadai apabila dia memotong kereta dengan pedangnya, menangkap peluru dengan giginya dan berbalas tumbukan dengan Superman.

Deathstroke Vs Superman (Superman #32)

Deathstroke juga pakar dalam seni bela diri. Deathstroke pernah menjalani latihan bersama League of Assassins dan mampu menewaskan Batman tanpa menggunakan senjata. Antara seni bela diri yang dikuasai oleh Deathstroke ialah boxing, jujitsu, karate dan juga ninjitsu.

Ketepatan Deathstroke dalam menggunakan senjata api tidak dapat disangkal. Kemahiran menembak Deathstroke hampir menyamai Deadshot. Setiap tembakan pasti akan mengenai sasarannya.

Kemahiran menggunakan senjata juga dimiliki oleh Deathstroke yang menjadikannya supervillain yang ditakuti. Pedang, pisau, senjata api yang berat mahupun ringan, kesemuanya dia mampu menguasai dalam masa yang singkat.

Penganalisis taktikal – Deathstroke tidak akan menyerbu ke tempat musuhnya tanpa sebarang perancangan. Sebagai tentera upahan, Deathstroke sudah bersedia lebih awal daripada musuhnya. Setiap perancangannya dilakukan dengan teliti. Deathstroke hampir menyamai Batman dari segi taktikal. Walaupun Deathstroke berhadapan dengan metahuman, dia membuktikan bahawa dia mampu menewaskan dengan kebarangkalian kemenangan yang tinggi. Roy Harper (Arsenal) pernah menggelarkan Deathstroke sebagai, “The World Greatest Tactician.”

Deathstroke menewaskan Reverse Flash (Deathstroke #25)

Penyembuhan semula – Luka Deathstroke mampu sembuh dengan pantas. Tisu yang koyak, tulang yang patah, dan lain-lain semuanya mampu sembuh dalam beberapa minit. Kelebihan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Deathstroke dalam mengalahkan musuhnya. Pernah sekali Black Manta menembus dada Deathstroke dengan menggunakan serampangnya, namun ia hanya melambatkan Deathstroke ; tidak mampu membvnuhnya.

Pakar manipulasi – Deathstroke juga pakar dalam manipulasi kata-katanya. Melalui teknik percakapan yang meyakinkan, dia akan melaksanakan setiap tugasnya dengan penuh muslihat untuk kepentingannya sendiri. Emosi dan perasaan hanyalah permainan buat Deathstroke.

Deathstroke memanipulasi Harley Quinn (Deathstroke #4)

Deathstroke Vs X-Men?

Anda rasa Deathstroke masih tidak cukup hebat untuk menjadi supervillain? Di dalam komik Uncanny X-Men And Teen Titans (1982) yang dihasilkan oleh Chris Clemont dan Walt Simonson, Deathstroke hampir menyamai kekuatannya dengan Wolverine. Di dalam komik yang sama, Deathstroke menewaskan Colossus dengan mudah!

Kekalahan yang memalukan Colossus (Uncanny X-Men And Teen Titans #1)

Dari Supervillain ke Antihero

Tidak banyak supervillain yang mempunyai komik sendiri. Deathstroke membuat kemunculan sulung di dalam komik Deathstroke #1 (1991) yang ditulis oleh Marv Wolfman dan ilustrasi oleh Sergio Cariello. Kisah tentang Slade Wilson bertemu bekas kekasihnya, Sweet Lili di bandar New York dan diburu oleh musuh-musuhnya seperti Checkmate, tentera Amerika Syarikat, Agents Crimelord of Zandia, Adeline Kane dan lain-lain.

Bermula dari komik ini, Deathstroke ingin menebus kembali masa silamnya yang penuh dengan penyesalan.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.