Mesti ramai yang perasan, tidak kira yang baru atau yang lama, helaian buku akan memberikan bau yang berlainan.

Ya. Ini kerana setiap buku akan mengeluarkan beratus bahan-bahan kimia meruap (volatile organic compounds- VOCs) yang berlainan. VOCs ini akan sampai kepada deria hidung kita, lalu otak akan mentafsirkan baunya (ada individu yang suka, ada yang tidak).

BUKU BARU akan memberikan bau yang sangat pelbagai. VOCs dalamnya berasal daripada:

• Agen pengikat (binding agent) contohnya ko-polimer vinyl acetate ethylene.

• Bahan yang digunakan dalam pemprosesan pembuatan helaian kertas. Contoh bahan peluntur seperti hydrogen peroxide, dan bahan rintang air seperti alkyl ketene dimer.

• Bahan dakwat seperti methylbenzene, ethylbenzene, xylene, chlorobenzene dan bromobenzene.

BUKU LAMA pula, baunya adalah lebih kepada degradasi bahan kimia yang membentuk struktur utama kertas iaitu cellulose dan lignin.

Lignin merupakan bahan kimia pengikat rantaian cellulose secara semulajadi dalam pokok. Pengoksidaan lignin akan menyebabkan warna kertas bertukar kekuningan dan menghasilkan asid organik yang membantu dalam mendegradasi rantaian cellulose menjadi VOCs yang mempunyai bau pelbagai seperti benzaldehyde dan furfural (bau kacang badam), vanillin (bau vanilla), dan ethyl benzene, toluene dan 2-ethyl hexanol (bau manis dan bunga).

Bau buku juga disumbangkan oleh kombinasi VOCs dalam rosin seperti terpenes dan asid resin. Rosin ini wujud secara semulajadi dalam kayu yang digunakan untuk membuat helaian kertas buku. Disamping bau spora kulat (hapak) pada buku yang disimpan di tempat yang lembap.

Kepelbagaian bau buku baru atau lama adalah bergantung kepada jenis dan jumlah VOCs yang wujud dan kadar pengewapannya yang mana bergantung kepada suhu persekitaran buku.

Nota: Kepekatan VOCs seperti furfural dalam buku boleh digunakan sebagai pengukur usia sebenar buku.


Artikel dinaikkan selepas mendapat keizinan Fatimah Salim, penulis asal. 

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.