Artifak China Berusia 1000 Tahun Ditemui Di Sungai Pahang

1,336

https://bit.ky/kombowww

Jabatan Warisan Negara (JWN) semalam berjaya menemui artifak² tersebut dipercayai berasal daripada zaman Dinasti Tang, Song dan Ming serta Kesultanan Pahang di sebuah lombong pasir berhampiran Kampung Pulau Jawa, Pekan, Sungai Pahang.

Penemuan bermakna ini juga menguatkan pendapat kewujudan perdagangan Melayu dengan China di situ sejak sebelum pelayaran Laksamana Zheng He lagi. Malah, kawasan Pahang turut dinyatakan dalam Peta Mao Kun / Wubei Zhi, di mana disebutnya Kuala Pahang yang dieja dalam Bahasa Mandarin sebagai Péngháng Gǎng / 彭杭港 (anak panah merah, rujuk gambarnya).

Péngháng Gǎng / 彭杭港 (anak panah merah). Kelihatan juga Pulau Tioman yang dicatat sebagai Níngmá Shān / 苧麻山 (anak panah biru).

Menurut Berita Harian, seramik celadon dipercayai daripada zaman Dinasti Song, manakala porselin daripada zaman Dinasti Ming, dan duit syiling Cina daripada zaman Dinasti Tang. Namun begitu, setakat yang admin rujuk berdasarkan paparan daripada Buletin TV3, syiling-syiling tersebut berasal daripada zaman Dinasti Song Utara (960 – 1279), iaitu:

1) Syiling Jingyou Yuanbao (景佑元寶)
• Ditempa era Jingyou (1034 – 1038)
• Zaman Maharaja Renzong 仁宗
(30 Mei 1010 – 30 April 1063)

2) Syiling Yuanfeng Yuanbao (元豐通寶)
• Ditempa era Yuanfeng (1078 – 1085)
• Zaman Maharaja Shenzong 神宗
(25 May 1048 – 1 April 1085)

3) Syiling Zhidao Yuanbao (至道元寶)
• Ditempa era Zhidao (995–997)
• Zaman Maharaja Taizong 太宗 (20 November 939 – 8 Mei 997)

3) Syiling Tiansheng Yuanbao (天聖元寶)
• Ditempa era Tiansheng (1023–1032)
• Zaman Maharaja Renzong 仁宗
(30 Mei 1010 – 30 April 1063)

Apapun, pihak kami ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage) atas penemuan penting ini. Semoga kajian lanjut daripadanya dapat membantu membina sejarah jatidiri kepada rakyat Malaysia.

Jika pembaca juga menemui artifak sedemikian di kawasan anda, adalah diwajibkan untuk melaporkannya kepada pegawai daerah atau Pesuruhjaya Warisan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 47 Akta Warisan Kebangsaan 2005 (rujuk gambar untuk perincian).

Artikel dinaikkan selepas mendapat kebenaran Legasi Zheng He

Bacaan lanjut:

• Berita Harian: Artifak lebih 1,000 tahun ditemui di Sungai Pahang
https://www.bharian.com.my/…/artifak-lebih-1000-tahun-ditem…

• Sinar Harian: Artifak lebih 1,000 tahun ditemui di Sungai Pahang
https://www.google.com/…/www.sinarharian.c…/ampArticle/96598

• BERNAMA: Ancient Chinese, Malay artefacts found at Sungai Pahang sand mine
https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1870383

• 南洋商报:挖沙挖到宝! 彭亨河底发现唐宋古物
https://www.enanyang.my/…/%E6%8C%96%E6%B2%99%E6%8C%96%E5%88…

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.