Arminius: Pejuang Jerman Yang Tak Terkalahkan

674

Pada tahun 9 Masehi, Rom dikejutkan dengan berita yang baru tiba di ibukota bahawa tiga pasukan Legions veteran di bawah perintah panglima Rom, Quintilius Varus, yang mewakili lebih satu persepuluh dari keseluruhan angkatan tenter4 Kekaisaran Rom, telah dimvsnahkan oleh sekutu suku Jerman.

Kekalahan itu sangat tidak dijangka dan begitu menyeluruh sehingga seluruh empayar kelihatan dalam bahaya. Kaisar Augustus amat terkejut dengan berita itu sehingga dia menghantuk-hantuk kepalanya sendiri pada dinding istana sambil menjerit berkali-kali : “Quintilius Varus, kembalikan tenter4 aku!!”

Beberapa tahun sebelum itu, ketika menjelang berakhirnya abad pertama Sebelum Masehi, Augustus telah memutuskan bahawa Jermania perlu diletakkan dibawah kekuasaan Empayar Rom. Dia mungkin mahu menjadikan wilayah-wilayah yang jadi penempatan suku Jerman itu sebagai zon penyangga dengan meluaskan wilayah pemerintahan Rom dari Rhine ke Elbe.

Beberapa siri kempen yang dipimpin Drusus kemudian abangnya yang bakal bergelar Kaisar Tiberius yang akan datang, menyaksikan kekalahan suku-suku Jerman di sebelah timur Rhine dan perluasan pengaruh Rom di sebahagian besar wilayah Germania Magna seperti yang digelar oleh orang-orang Rom merujuk kepada wilayah itu.

Langkah seterusnya adalah melaksanakan proses ‘Romanisasi’ tanah-tanah ini, dan Augustus sudah ada orang yang paling sesuai untuk tugasan ini iaitu Quintilius Varus, suami kepada anak saudaranya.

Varus pernah menjadi gabenor di Afrika dan Syria, di mana dia telah meraih reputasi sebagai pentadbir yang berjaya dan diplomat yang berkemampuan, dan dia telah melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai pelindung beberapa kerajaan pelanggan Rom.

Pada tahun 7 Masehi, dia dilantik sebagai gabenor provinsi Jerman yang baru dan diberi kuasa memerintah pasukan tenter4 infranteri Legions XVII, XVIII, dan XIX, bersama dengan pasukan berkuda dan pasukan bantuan.

Kaisar Augustus

Pada pandangan sepintas lalu, ia kelihatan membawa petanda yang baik. Terdapat aktiviti perdagangan merentas sempadan yang berkembang pesat, dengan suku-suku Jerman membekalkan makanan, besi, lembu dan hamba sebagai tukaran kepada emas, perak dan barang-barang berharga dari Rom.

Sebilangan suku-suku ini telah bersumpah untuk setia kepada Rom, sejumlah besar pahlawan Jerman telah menyertai tenter4 Rom sebagai pasukan bantuan, ramai bangsawan muda Jerman berkhidmat dengan Rom untuk mendapatkan pengalaman ketenter4an.

Siapa Arminius dan Suku Jerman Cherusci?

Pemuda ini adalah putera Cherusci yang berusia 25 tahun, suku Jerman dari lembah Weser, berhampiran bandar Minden yang moden. Penulis tidak tahu apakah nama aslinya, tetapi namanya dalam bahasa Jerman adalah Hermann dan dalam catatan sejarah Rom dia dikenali sebagai Arminius.

Namanya agak jarang disebut dalam mana-mana teks sejarah arus perdana, kalau ada pun dia digambarkan tak lebih sekadar dari watak sampingan. Sebagai seorang kanak-kanak, dia telah dikirim sebagai tawanan kepada Rom untuk memastikan suku tersebut kekal tunduk pada Rom dengan konsisten setelah dikalahkan oleh Drusus pada tahun 8 SM.

Arminius akan diberi pendidikan yang sama seperti bangsawan muda Rom. Setelah dewasa, dia dijadikan kesatria dan diberi komisen sebagai pegawai pasukan berkuda tambahan.  Namun apa yang terjadi kemudiannya tidak seperti yang disangka.

Di sebalik keakuran dan kepatuha terhadap Rom, suku Jerman jelas menyembunyikan dendam dan kebencian terhadap Rom – kebencian yang turut pahit dirasakan Arminius sebagaimana pahitnya dirasai orang lain. Dari saat Varus tiba, Arminius mula merancang pemberontakan untuk menentang pemerintahan Rom.

Arminius

Dia menyedari, dalam pertembungan yang sengit, para pejuangnya yang bersenj4ta ringan tidak mungkin mampu mengatasi kekuatan pasukan tempvr berperisai Varus. Dia harus mencari suatu tempat dengan muka bumi yang sesuai dengan gaya pertempvrannya dan mampu menghalang tenter4 Rom dari membentuk formasi pertempvran yang kuat dan pernah menyumbang kemenangan untuk mereka berkali-kali sebelum itu.

Rancangan yang disusunnya sederhana dan bijak. Dia akan melaporkan pemberontakan di wilayah yang tidak biasa bagi Rom, meyakinkan mereka bahawa mereka mampu dan harus menanganinya, dan kemudian mengumpan mereka ke dalam per4ngkap yang telah disediakan dengan teliti.

Pada tahun 9 Masehi, ketika Varus dan 15,000 orangnya bersiap untuk bergerak ke arah barat dari kawasan perhentian musim panas mereka di Sungai Weser menuju ke pangkalan kekal mereka berhampiran Sungai Rhine untuk menghadapi musim sejuk, Arminius memulakan rancangannya.

Dia mengatur agar beberapa sekutunya yang berkemungkinan para pejuang dari suku Bructeri atau Angrivarii untuk menyer4ng pangkalan Rom dan petugas-petugasnya yang terletak di wilayah Cheruscan.

Kemudian, ketika berita mengenai ser4ngan itu tiba ke pengetahuan Varus, Arminius menasihati pahlawan Rom itu bahawa adalah lebih mudah jika mengambil jalan memutar yang singkat untuk menghukum puak pemberontak sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Rhine.

Seorang lagi ketua suku Jerman yang lain, Segestes, berulang kali mengingatkan Varus agar tidak mempercayai Arminius, tetapi Varus memandang enteng perkara itu – dan oleh itu legiun Rom memgambil jalan memutar yang bakal membawa kepada kehancvran mereka.

Arminius maju ke baris hadapan dengan pasukan berkuda tambahan; Varus menyangkakan dia akan mengumpulkan beberapa anggota dari sukunya untuk membantu menghapuskan pemberontakan.

Mengapa Rom Kalah Di Teutoburg?

Apabila pasukan utama Varus mengikuti jalan yang melintasi hutan, dataran dan laluan berpaya, barisan panjang yang merangkumi pasukan legion, unit bantuan, pengikut dan pembawa bekalan terjerumus ke dalam perjalanan yang amat berbahaya. Memburukkan lagi keadaan, cuaca tiba-tiba menjadi buruk.

Lokasi yang diyakini sebagai tapak pertempvran

Sementara itu, hujan dan angin kencang yang melanda telah memisahkan mereka lebih jauh, manakala tanah berlecah dipenuhi akar dan kayu balak, menjadikan perjalanan sangat berbahaya bagi mereka, pokok-pokok yang terbalik menyebabkan mereka semakin panik.

Menurut catatan sejarawan abad ketiga, Cassius Dio menggambarkan nasib orang-orang Varus. Mereka mengalami kesukaran hingga terpaksa menebang pokok, membina jalan, dan menyambung jurang dengan membina jambatan di tempat yang diperlukan.

Sekarang adalah masanya pejuang suku-suku Jerman melancarkan siri ser4ngan pertama dengan taktik pukul dan lari,  menyer4ng askar yang tersesat atau menumpukan ser4ngan terhadap titik lemah dari belakang barisan tenter4 Rom, kemudian berundur kembali ke tempat yang selamat di dalam hutan sebaik sahaja pihak Rom menunjukkan tanda untuk menyer4ng balas yang nekad.

Perlahan-lahan tetapi pasti, tenter4 Rom yang sedang tersangkut di dalam air akan dihancvrkan. Pengkalan Rom yang paling dekat terletak di Haltern, kira-kira 60 batu ke arah barat daya, maka Varus berusaha melarikan diri ke arah tersebut.

Pada hari ketiga, dia dan pasukannya yang kelelahan tiba di Kalkrieser-Niewedder Senke, koridor sempit yang dipisahkan oleh bukit curam di selatan dan laluan berpaya yang tidak dapat ditembusi ke utara. Laluan itu panjangnya sekitar empat batu tetapi lebarnya kurang dari 200 ela – ia adalah tempat yang sesuai untuk ser4ngan hendap, dan Arminius menyedarinya.

Kaisar Tiberius

Ketika barisan tenter4 ‘pelarian’ Rom yang diasak mula masuk memenuhi laluan pintasan yang sempit itu, mereka mendapati diri mereka telah terper4ngkap dalam kesesakan mavt yang tidak dapat boleh diundur kembali.

Penemuan arkeologi juga menunjukkan kebarangkalian bahawa beberapa askar Rom mungkin cuba berusaha meruntuhkan benteng, tetapi gagal.Disini terdapat bukti arkeologi bahawa orang Jerman membina ser4ngkaian tembok rumput rendah dan benteng pasir di sepanjang dasar bukit.

Ia bukan sekadar berfungsi menyembunyikan pahlawan-pahlawan Jerman, ia juga secara tidak langsung menjadikan jalan semakin sempit, merampas ruang yang diperlukan Rom untuk membentuk formasi tempvr dengan sempurna.

Menyedari bahawa tidak ada lagi jalan keluar, dan mengetahui bahawa jika dia jatuh ke tangan orang Jerman, pengakhirannya pasti akan menjadi kem4tian yang lama lagi menyeksakan, akhirnya Varus memilih untuk mencabut nyawanya diri dengan menghunuskan pedangnya pada badannya sendiri mengikut cara tradisi Rom.

Seluruh saki baki askar Rom dibantai habis-habisan oleh pejuang Jerman yang semakin meningkat moral mereka.

Hanya sejumlah kecil saja yang berjaya melarikan diri, dan ketika mereka berjaya pulang dengan selamat, kisah yang mereka ceritakan itu mengejutkan seluruh kota Rom. Bak kata Velleius Paterculus, seorang pesara pegawai yang sezaman dengan Varus:

“Bala tenter4 yang tiada tandingan dari segi keberanian, pasukan tenter4 Rom yang paling tinggi disiplin, paling bertenaga, dan paling berpengalaman di medan per4ng, tetapi dengan kelalaian jeneralnya, pengkhianatan sekutunya, dan nasib yang tidak baik… hampir dimvsnahkan sebagai manusia oleh musuh yang selalu disemb3lihnya seperti lembu.“

 Mitos tenter4 Rom Yang Tidak Terkalahkan Terbatal

Reputasi tenter4 Rom yang tidak terkalahkan telah mvsnah sama sekali. Ketika berita mengenai benc4na itu tersebar, pangkalan Rom di Jerman samada ditinggalkan secara tergesa-gesa, pasti akan diser4ng.  Atas dasar rasa takut Arminius akan mara terus ke kota Rom, beliau bertindak mengusir seluruh orang Jerman dan Gaul keluar dari kota.

Pertempvran Hutan Teutoburg

Pembalasan dendam Rom tidak dapat dielakkan. Angkatan Legion Kekaisaran di Rhine ditingkatkan dari lima ke lapan pasukan, dan Tiberius dan bakal Germanicus diperintahkan untuk membalas dendam atas kekalahan itu dan menghvkum Arminius.

Tetapi mengeluarkan perintah sememangnya lebih mudah daripada melaksanakan perintah, kerana terbukti sudah bahawa ketua suku Cherusci itu adalah musuh yang sangat cerdik.Tetapi mata Arminius teguh tertumpu pada Jerman.

Dia mengambil kepala Varus yang telah dipenggal dan mengirimkannya kepada Maroboduus, pemimpin suku Jerman yang lain, dengan menawarkan pembentukan pakatan anti-Roman. Maroboduus menolak, bahkan dia mengirim kepala Varus ke Rom untuk dikebumikan, dan kekal berkecuali dalam setiap pertempvran yang berlaku.

Pada tahun 15 M, pasukan Rom di bawah Germanicus akhirnya kembali ke medan tempvr Teutoburg, dan apa yang mereka temui di sana amat menakutkan mereka. Kepala manusia dipaku pada pokok, ada kesan ritual peng0rbanan manusia yang mengerikan dan tulang-tulang manusia dan binatang m4ti bergelimpangan di mana-mana sahaja.

Setelah menangguhkan perjalanan untuk menyelesaikan urusan pengebumian sisa tulang rakan-rakan yang telah gugur, Germanicus meneruskan pemburuannya.

Dia menikmati beberapa kejayaan awal dan berjaya merebut kembali dua panji helang bernilai yang telah hilang di Teutoburg, tetapi hampir tewas apabila empat pasukannya diser4ng hendap oleh Arminius – Germanicus hanya terselamat dari benc4na kerana berlaku perpecahan di antara para komander Cheruscan dan tenter4 Rom berjaya melarikan diri dari per4ngkap yang telah disediakan untuk mereka dan berjaya mengasak tenter4 Jerman.

Pada tahun berikutnya Germanicus sekali lagi mengalahkan Arminius, kali ini di Idistaviso, di suatu tempat berhampiran Minden, tetapi nafsu Rom untuk bertempvr di seberang Sungai Rhine semakin berkurang. Walaupun mendapat bantahan, Germanicus telah dipanggil pulang ke Rom pada 16 M.

Patung Tugu Arminius

Apa Yang Berlaku Kepada Arminius?

Pada 17 M, Arminius berper4ng sekali lagi, kali ini melawan Raja Maroboduus yang telah lama menjadi pesaingnya. Arminius menang dan Maroboduus terpaksa merayu perlindungan Tiberius, yang kini menjadi Kaisar Rom.

Arminius berada di kemuncak kuasanya – tetapi bagi kebanyakan orang lain, dia terlalu berkuasa hingga menimbulkan ancaman dalaman.  Pada 21 M, dia m4ti dibvnuh oleh ahli keluarganya sendiri.

Sejarawan Rom Tacitus menulis tentangnya: “Jangan salah anggap, Arminius adalah pembebas Jerman, yang menentang Rom, bukan pada awal kemunculan Rom, seperti raja dan jeneral lain, tetapi ketika Rom berada di puncak kegemilangannya. Pertempvran yang dia lalui memang tidak mencapai kemenangan yang sangat besar, namun dia tetap tidak terkalahkan dalam per4ng. Bangsanya tetap tidak pernah dijaj4h. Dia hidup selama 37 tahun, 12 tahun darinya adalah ketika dia berkuasa, dan namanya masih menjadi siulan lagu di antara bangsa-bangsa Barbarian.“

Arminius tidak pernah diangkat sebagai tokoh penyatuan Jerman sehinggalah kemudiannya ia dilakukan oleh nasionalis Jerman, dan kemenangannya di Teutoburg tidak menghalang orang Rom untuk kembali berkuasa tidak lama kemudian.

Tetapi penentangannya menjadi faktor utama dalam memberi kesan mendalam terhadap Rom untuk meninggalkan cita-cita untuk memaksa kerajaan suku-suku yang merdeka yang sekarang kita kenali dengan nama Jerman sebagai sebahagian dari empayarnya.

Artifak berbentuk syiling yang ditemui di tapak pertempvran

Tentara Rom sememangnya akan menyeberangi Sungai Rhine selepas peristiwa itu lama berlalu, tetapi ia adalah ekspedisi punitif (menghukum), bukan kempen penaklvkan. Sungai ini akan kekal menjadi sempadan kebudayaan antara budaya Jerman dan Latin.

Di Manakah Tapak Kejadian Pertempvran Hutan Teutoburg?

Seiring berjalannya waktu, lokasi pertempvran perlahan-lahan kian dilupakan. Lokasi sebenarnya, di Kalkriese, Osnabrück, diteroka pada tahun 1987 oleh askar British dan pengesan logam Tony Clunn, yang pada awalnya menemui sejumlah syiling dan tiga objek yang berbentuk seperti lastik. Ahli arkeologi profesional menyiasat dan mengesahkan bahawa disitulah tempat berlakunya pertempvran itu.

Artifak berbentuk topeng per4ng tenter4 berkuda Rom

Sejak awal tahun 1990-an, lebih daripada 5,000 objek yang berkaitan dengan pertempvran telah ditemui di sepanjang koridor sejauh 15 batu dan satu batu lebar – membuktikan sifat dan unsur moblisasi pertempvran.

Ini termasuk tulang manusia, mata tombak, baju perisai, kuku, dan loceng yang pernah digantung pada leher keldai Rom. Terdapat juga bukti tembok rumput panjang yang memainkan peranan penting dalam kekalahan Rom.

Hari ini, Arminius dijulang sebagai seorang pejuang pembebasan bangsa Jerman, tetapi dikecam sebagai pengkhianat terhadap Empayar Rom.

 

RUJUKAN:

  • Arminius: Hero Of Germania, Traitor To Rome
  • Fergus M. Bordewich. (2006). The Ambush That Changed History. The Smithsonian Magazine.

 

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.