Selepas bertahun-tahun, akhirnya pada awal Julai lepas, kerja-kerja mengeluarkan semua artifak kapal Khufu kedua yang terletak bersebelahan dengan Piramid Khufu di Giza akhirnya selesai. Kini, langkah seterusnya ialah memulihara dan menyusun semula semua artifak yang dikumpul agar dapat menjadi bahan pameran utama Muzium Agung Mesir.

Usaha ini tidak akan berlaku tanpa pasukan arkeologi Mesir-Jepun diketuai Profesor Sakuji Yoshimura dan Issa Zidan. Profesor Yoshimura merupakan Profesor Kehormat di Universiti Waseda dan Presiden Universiti Antarabangsa Nippon Higashi. Sementara Zidan pula merupakan Ketua Pengarah Hal Ehwal Eksekutif Pemuliharaan Muzium Agung Mesir dan penyelia proses pemuliharaan kapal berkenaan.

Dalam satu temubual bersama Egypt Today, Zidan mendedahkan 1,700 kepingan kayu dibawa keluar daripada 13 lapisan lubang – tempat di mana kapal Khufu kedua ditanam. Semua kerja tentang rekod, dokumentasi dan kerja pemuliharaan awal sudah hampir selesai. Berdasarkan rekod terkini, 1,343 kepingan telah dibawa ke Muzium Agung Mesir dan bakal menjalani proses pemuliharaan fasa kedua.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bagi memastikan proses pengeluaran dan pemuliharaan kapal Khufu kedua berjalan lancar, Jepun menerusi Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun memperuntukkan dana berjumlah AS$3 juta. Ini bagi memastikan kerja-kerja pemuliharaan tidak terganggu akibat masalah kewangan sekaligus membolehkan ia dipamerkan di Muzium Agung Mesir. Kapal itu dijangka dipamerkan bersama kapal Khufu pertama dalam satu bangunan lain muzium khas untuk kedua-dua kapal berkenaan.

Sejak ditemui pada 1954 oleh ahli arkeologi Mesir Kamal el-Mallakh, ada saja penemuan baru yang mengujakan pengkaji arkeologi. Salah satu daripadanya ialah penemuan cangkuk besi semasa kerja ekskavasi di lubang sama pada 2016 sejak ekskavasi kapal kedua bermula pada 2011. Penemuan tersebut dianggap signifikan kerana ia menyamai penemuan cangkuk besi berbentuk U dan bulatan pada salah satu bahagian kapal pertama oleh el-Mallakh pada tahun 1954.

Rajah 1: Contoh bahagian besi kapal Khufu kedua. Sumber: Phys.org.

Penemuan ini jelas menunjukkan bahawa orang Mesir Purba sebenarnya lebih maju dari segi pembinaan kapal daripada apa yang disangka. Penemuan cangkuk-cangkuk besi ini juga merupakan contoh penggunaan besi tertua pada kapal oleh penghuni petempatan berhampiran Sungai Nil.

Menariknya, kedua-dua kapal langsung tidak diusik sejak hari ia ditanam di Giza. Kedua-dua kapal ini digelar kapal suria dan ia digunakan semasa ritual pemakaman Firaun-Firaun sebelum ditanam bersebelahan dengan makam-makam mereka atau kerabat diraja Mesir Purba. Mengikut kepercayaan mereka pada ketika itu, kapal ini berperanan sebagai alat pengangkutan Firaun ke alam barzakh.

Rajah 2: Gambaran Dewa Ra mengembara ke alam barzakh dengan kapal suria.

Kepingan kayu kapal berukuran 8 meter panjang, 40 cm lebar dan 4 cm tebal. Menurut Mohamed Mostafa Abdel-Megeed dari Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir, kepingan ini merupakan contoh pertama kapal Mesir Purba yang mengandungi kepingan besi. Profesor Yoshimura percaya cangkuk-cangkuk ini digunakan sebagai tempat meletak pendayung bagi mengelakkan pergeseran antara kayu dengan kayu.

Rajah 3: Profesor Yoshimura dan Zidan memeriksa kepingan kayu kapal bersama Menteri Antikuiti dan Pelancongan Mesir, Khaled El-Enany Sumber: Ahram Online.

Kapal suria Khufu merupakan salah satu daripada kapal terbesar dan tertua dalam era antikuiti. Ia berukuran 43.6 meter panjang dan 5.9 meter lebar. Penemuan kapal-kapal sebegini dianggap jarang berlaku. Tetapi ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bagaimana ia dihasilkan, sama seperti kapal-kapal yang dibina untuk merentasi Sungai Nil.

RUJUKAN:

Klimczak, Natalia. (2021). Egypt’s Second Khufu Ship – Fully Excavated, Ready for Reassembly. Ancient-Origins. Diambil dari https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/khufu-solar-ship-006571


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.