Moving Forward As One

Artis-Artis Hollywood Yang Menyokong Perjuangan Palestine

9,602

PayLater by Grab

Krisis antara Israel dan Palestin tidak berlaku kerana den.dam sebenarnya. Malah bukan kerana kedua-dua pihak sudah tidak mampu berdiplomasi dalam usaha mencapai solusi. Sebaliknya, isu ini ada kena mengena dengan politik. Jelas dan nyata.

Beberapa minggu ini, suhu politik antara masyarakat Arab dan Yahudi di Israel memang panas. Umat Islam tidak dapat menyambut kedatangan Ramadan seperti biasa di Damascus Gate, kerana ditutup polis Israel. Jadi orang ramai pun membuat ban.tahan yang dua minggu kemudian polis akur (Boxerman, 2021).

Kemudian tular pula video TikTok seorang remaja Palestin pergi tam.par lelaki Yahudi, yang ramai tiru.

Video:

Lepas satu demi satu, akhirnya krisis masyarakat telah melibatkan pihak antarabangsa.

Krisis ini sangat menguntungkan Benjamin Netanyahu, yang mungkin terpaksa keluar daripada Pejabat Perdana Menteri Israel kerana tidak dapat membentuk kerajaan. Mandat pembentukan kerajaan sekarang berada dalam tangan pembangkang Yair Lapid, yang dijangka akan bekerjasama dengan Mansour Abbas daripada Parti Ra’am.

Netanyahu tidak dapat bekerjasama dengan Abbas, kerana beberapa parti keagamaan enggan menerima “penyokong pengga.nas”.

Disebabkan krisis ini, Abbas tidak mahu berunding dengan sesiapa. Jika berterusan hingga 2 Jun, mungkin Israel perlu pilihan raya baru (dan Likud barangkali boleh menang kerana semangat haluan kanan Yahudi yang menderu).

Namun tindakan Israel (di Masjid al-Aqsa) telah mengundang amarah daripada ramai orang, khususnya dalam dunia hiburan Amerika Syarikat yang lama berdiam diri. Mungkin ada yang fikir: apa guna dunia hiburan bising?

Lagi berguna daripada Dunia Arab bising sebenarnya. Dunia hiburan mempunyai kuasa lunak (soft power) yang penting. Jenis kuasa ini mampu mempengaruhi tanggapan sosial tentang sesuatu pihak tanpa sebarang pak.saan agama, budaya dan politik.

Solidariti Midtown Manhattan untuk Palestin (2021).

Contohnya, Amerika Syarikat lama mengeluarkan filem-filem per.ang tentang konf.lik Timur Tengah. Lama-kelamaan dunia faham Timur Tengah berdasarkan perspektif kepentingan Amerika Syarikat.

Sekarang ini warga Amerika Syarikat masih risau jika terlalu lantang terhadap Israel. Kerana masih ada jahil politik fikir “kutuk Netanyahu, kutuk Israel, benci Yahudi”.

Mana tidaknya – rakyat baru saja membebaskan Amerika Syarikat daripada belenggu Donald Trump, yang “menjual diri” sepenuhnya kepada kepentingan Israel.

Sekarang ini pun Trump mengutuk sikap pentadbiran Joe Biden, kononnya tidak mempedulikan Israel (Fearnow, 2021).

Tetapi mana pernah Dunia Hollywood menyokong Trump. Pasal politik tempatan pun ramai berbeza pendapat… apatah lagi politik Timur Tengah. Lena Headey antara pelakon paling awa yang menyatakan pendapatnya.

Beliau memuat naikkan sebuah hantaran bergambar “Save Sheikh Jarrah” dan “Zionist Israeli Apar.theid” dengan ulasan amat panjang tentang nasib bumi Sheikh Jarrah. Memang lain macam kalau Queen Cersei sendiri bersimpati.

Lena Headey.

Selantang-lantang Headey, lantang lagi Mark Ruffalo dalam kritikannya terhadap Israel. Pertama kali seorang pelakon berani menggesa supaya ekonomi Israel disekat.

“1,500 (rakyat) Palestin barangkali diusir di #Jerusalem. 200 pembantah telah ced.era. Sembilan kanak-kanak terbµnµh. Sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan bantu membebaskan rakyat kulit gelapnya – sekarang tiba masa untuk sekat ekonomi Israel untuk membebaskan warga Palestin. Jom. #SheikhJarrah.” – ciapan Ruffalo pada 12 Mei 2021.

Mark Alan Ruffalo

Beliau mengajak orang ramai turunkan tanda tangan dalam petisyen ini: https://secure.avaaz.org/campaign/en/save_palestinian_homes_in_jerusalem/?wXSHhab

Adik beradik Hadid takkan sesekali lupa pada asal-usul mereka. Gigi Hadid membidas golongan yang kecoh pasal kesamarataan tetapi diam dalam bab Palestin.

Gigi dan Bella Hadid.

Bella Hadid menyentuh tentang dana Amerika Syarikat sebanyak AS$3.8 bilion untuk Israel setiap tahun. Dan pendapat Bella dikongsi Mia Khalifa, yang turut bersuara mengalahkan pemimpin Arab (Samaa, 2021).

Dunia digital ini telah melemahkan pengaruh media arus perdana. Ramai sekarang ada akses media sosial, walaupun miskin. Rintihan mereka sekarang ini tidak ditapis pihak berkepentingan. Kalau generasi Baby Boomer macam Headey dan Ruffalo pun sudah muak, bayangkan impak daripada generasi Millennial.

Sekarang hanya kelompok pro-Trump saja yang menyokong Israel tanpa batasan akal. Sebab itu kerajaan Joe Biden mengambil pendirian atas pagar: 1) kecam ser.angan roket Gaza dan 2) kecam punca masalah iaitu kes Sheikh Jarrah dan al-Aqsa.

RUJUKAN:

Boxerman, A. (2021, April 19). Hundreds of Palestinians (ditapiskan) with police by Jerusalem’s Damascus Gate. The Times of Israel.

Fearnow, B. (2021, Mei 5). Donald Trump blames ‘Biden’s weakness’, lack of Israel support for escalating (ditapiskan). Newsweek.

Haaretz. (2021, Mei 10). From TikTok to Temple Mount clashes: 28 days of (ditapiskan) in Jerusalem.

Samaa. (2021, Mei 12). Mia Khalifa (ditapiskan) US of ‘financing (ditapiskan) in Palestine.

Ruangan komen telah ditutup.