Mesin Memproses Minyak Mesra Alam Oleh Bumiputera

0
1061
views

Saban hari muncul ramai usahawan usahawan dari kaum bumiputera yang berjaya dengan idea idea yang sangat inovatif. Erdy Sulino Mohd Muslim Tan yang asal Perlis Indera Kayangan juga tergolong dalam kalangan yang telah berjaya walaupun bahara saja mencecah umur 34 tahun.

Beliau merupakan pemenang anugerah geran SUPERB yang dianjurkan oleh TERAJU pada siri ke-3 pada tahun 2014. Beliau mempunyai minat yang menebal dalam bidang automasi, reka cipita dan juga robotic. Dengan berbekalkan minat yang mendalam ini, beliau menceburkan diri dalam bidang pengurusan bahan buangan dan kitar semula. Secara khususnya dalam melupiskan penapis minyak terpakai (used oil filter).

Erdy juga memberitahu yang penapis minyak terpakai selalunya dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah oleh sebahagian pusat servis kenderaan. Namun ada juga yang menghantar kepada pihak yang berkaitan.

Menurut beliau lagi, bahan bahan yang terdapat di dalam penapis minyak terpakai ialah minyak hitam, besi, kertas dan juga getah dan kesemua bahan ini boleh diproses dan di kitar semula. Selain itu, besi dan minyak hitam juga boleh dijual semula.

Erdy sedar bahawa cara perlupusan itu tidak mesra alam lalu beliau bertekad untuk mencipta mesin mengasingkan bahan bahan yang terdapat dalam minyak terpakai tersebut. Namun beliau banyak menerima kritikan apabila projek dan idea beliau ini diketengahkan.

Namun itu bukan lah penghlang untuk Erdy berputus asa, minatnya yang mendalam dalam robotic, automasi dan mereka cipta, Erdy berjaya mencipta mesin manual untuk memproses minyak terpakai. Mesin Manual ini dapat memproses 150-250kg sehari.

Cabaran dan dugaan yang menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada erdy untuk terus memperbaiki dan mengembangkan idea beliau. Hasil usaha beliau telah berjaya menarik perhatian daripada Superb. Beliau dianugerahkan anugerah SUPERB untuk meningkat dan mengembangkan perniagaan beliau.

Dari mesin manual, kini sudah menjadi mesin automatic hasil adanya geran SUPERB itu. Mesin dengan pengubahsuaiannya kini berjaya dan mampu memproses 6000kg-10000kg penapis minyak sehari.

Selain memenangi geran SUPERB, ada beberapa lagi anugerah yang turut digondol oleh Erdy. Ini menunjukkan idea beliau mula menampakkan kejayaan dan sudah diterima di peringkat global. Antara anugerah anugerah tersebut ialah Best in Environmental Innovation (Hendry Goh Award) 2015 di International Innovation and Invention iTEX2015 dan pingat emas di iTEC2015.

Dengan pencapaian daripada Edry, Peneraju Hijau SDN BHD berjaya membuka peluang perniagaan kepada penduduk luar bandar untuk mengumpul penapis minyak terpakai.

Erdy secara tidak lansung amat berbangga keraa beliau dapat membantu lebih ramai orang mencari rezeki dan syarikat beliau sendiri juga sudah ada sekurang sekurangya 300 pelanggan tetap yang akan hantar penapis minyak terpakai setiap bulan. Erdy juga berjaya mengekalkan sistem yang mesra alam sejajar dengan nama syarikatnya.

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here