Duta Kesultanan Johor Lama Ke Barat Seawal 1604 Yang Dilupakan

0
4358
views
Sumber: Daily Mail

Saya menerima mesej beberapa orang sahabat yang meminta saya mengulas tentang penemuan sebilah keris di tebing Sungai River Towy, Wales baru-baru ini.
Saya juga kurang pasti untuk memberikan sebarang jawapan tentang penemuan ini. Orang yang menemuinya menyatakan ianya keris dari Tanah Melayu. Namun ianya lebih kelihatan seperti sundang.

Pelayaran orang-orang dari Alam Melayu (Nusantara) ke Eropah Barat bukanlah sesuatu yang baru. Pada tahun 1604, Sultan Johor Lama telah mengutuskan dua orang duta Melayu ke Belanda iaitu Megat Mansur & Encik Kamar. Tujuan pengutusan duta tersebut ialah untuk mengukuhkan hubungan dengan Belanda bagi mengusir Portugis dari bumi Melaka.

Belanda pada ketika itu dilihat sebagai satu rakan kongsi perdagangan yang baik yang boleh digunakan untuk melenyapkan kuasa Portugis di rantau ini. Bukan sahaja Johor, malah Aceh juga menjalinkan hubungan dengan Belanda bagi tujuan yang sama.
Dua tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1602, Sultan Aceh telah mengutuskan Teungku Abdul Hamid sebagai duta Aceh ke Belanda. Teungku Abdul Hamid meninggal dunia di Belanda dan dikebumikan di sana.

Duta Johor pula iaitu Megat Mansur selamat pergi dan pulang belayar dari Belanda ke Johor. Manakala status Encik Kamar diperselisihi. Ada ahli sejarah yang menyatakan Encik Kamar juga meninggal dunia di Belanda. Ada ahli sejarah yang lain pula menyebut Encik Kamar meninggal dunia ketika dalam pelayaran dan beliau dikebumikan di laut.
Hasil dari kerjasama yang terjalin ini, maka pada tahun 1641, angkatan tentera Johor yang dipimpin oleh Laksamana Tun Abdul Jamil bergabung bersama tentera Belanda yang dipimpin oleh Laksamana Van Dieman berjaya menawan Melaka dari penguasaan Portugis.


Pada dinding pintu masuk ke A Famosa, diukirkan lakaran tentera berkeris tetapi memakai perisai milik Belanda yang menggambarkan kemenangan perikatan Belanda & Johor ke atas Portugis.

Nampaknya, keris yang terukir pada dinding A Famosa itu kelihatan agak mirip dengan bentuk keris/sundang yang dijumpai di Sungai River Towy itu.

Wallahu ‘Alam
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here