Stesen Jana Kuasa Eletrik Yang Ditubuhkan Ulama Melayu

0
4163
views

Baru-baru ini Nusantara telah dikejutkan dengan penemuan hebat Naufal Raziq, remaja berusia 14 tahun dari Kota Langsa, Aceh. Beliau berjaya menghasilkan tenaga elektrik dari pokok kedondong. Anak-anak yang genius begini mesti dijaga dengan baik dan dibangunkan potensi pada dirinya semaksima mungkin. Inilah yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang lampau.

Hasil penemuan Naufal ini berjaya menyediakan kemudahan elektrik kepada penduduk kampungnya. Penemuan Naufal ini mengingatkan saya pada seorang lagi hamba Allah di Sabah yang berjaya mencipta stesen janakuasa elektrik mini di Sabah.


Abdul Hamid bin Jasmin yang merupakan seorang tukang kebun telah berjaya mencipta stesen hidroelektrik mini di Kg Libang Laut, Tambunan, Sabah pada tahun 2003. Hasil ciptaan beliau ini telah mampu menyediakan kemudahan elektrik kepada masyarakat kampungnya & kampung sekitar. Penciptaan ini dilakukan akibat bekalan elektrik sukar sampai ke kampungnya.

Pada tahun 1956, Syeikh Abu Bakar Al Baqir telah menubuhkan sebuah janakuasa elektrik di Gunung Semanggol melalui Persatuan Ihya Asy Syarif yang ditubuhkan & dipimpin olehnya. Janakuasa elektrik ini mampu menyediakan bekalan elektrik kepada penduduk2 Gunung Semanggol.

Penubuhan janakuasa elektrik ini dilakukan selepas beliau bebas dari dipenjarakan Inggeris selama 4 tahun bermula tahun 1948. Penubuhan janakuasa elektrik ini dibuat bagi membuktikan bahawa orang2 Melayu boleh maju sendiri tanpa bantuan penjajah Inggeris.

Bayangkan berapa banyaknya pahala yang diperolehi oleh Naufal, Tuan Abdul Hamid & Ustaz Abu Bakar Al Baqir. Mereka ini tergolong dalam hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
احب الناس الى الله انفعهم للناس

“Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang memberikan manfaat kepada manusia yang lain” (Riwayat Ath Thabrani)

Jika mengikut sejarah kegemilangan tamadun2 dunia, selalunya kreativiti yang menghasilkan inovasi itu hadir bila adanya tekanan. Namun bagi umat Islam, sama ada wujudnya tekanan atau tidak, inovasi mesti diperbanyakkan & digiatkan seperti mana zaman kegemilangan Islam lampau bagi memenuhi hadith Rasulullah iaitu menjadi manusia yang paling dicintai Allah kerana memberi manfaat pada manusia yang lain.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here