INMARSAT-C, GNSS , COSPAS-SARSAT – Sistem Satelit Yang Menidakkan Bumi Sebagai Datar

0
3062
views

Pendokong dan penyembah bumi datar seringkali melontarkan pendapat dan fakta, kononnya satelit tak wujud dan yang ada kat langit yang memancar gelombang radio tak kiralah frekuensi HF, MF, ELF,UHF, atau gelombang mikro macam X-Band, Ku-Band, S-Band, I-Band dan macam-macam band itu adalah kerja-kerja dron.

Industri yang paling banyak dan paling bergantung kepada satelit selain industri penerbangan adalah industri perkapalan. Saya tak nak cerita pasal penerbangan sebab bukan bidang tapi akan tumpu pada perkapalan.


3 sistem satelit utama yang digunakan meluas dalam industri perkapalan adalah Inmarsat, bagi tujuan komunikasi jarak jauh, GNSS seperti Glonass dan GPS untuk tujuan penentu kedudukan dan Cospas-Sarsat bagi tujuan kecemasan, menentukan kedudukan kapal yang mengalami kecelakaan untuk memudahkan perkhidmatan mencari dan menyelamat.
Sejarah navigasi satelit ni bermula pada era 90an, dan sebelum sistem navigasi satelit ini jadi popular sampaikan telefon bimbit pintar sekarang pun ada aplikasi GPS, ia terpakai khusus untuk tujuan kententeraan – dari menentukan kedudukan pesawat dan kapal hingga menandakan sasaran bagi peluru berpandu.

PRE- GPS NAVSTAR / GLONASS / GALILEO / COMPASS

Sebelum ada GPS, era 70an dan 80an memperlihatkan sistem penentu kedudukan yang menggunakan pancaran radio hiperbolik.

Long range radio navigation diwaktu itu juga terhad untuk kenteraan dan kemudian untuk perkapalan dan penerbangan awam, dan mempunyai beberapa jenis sistem.
Russia menggunakan sistem navigasi radio yang dipanggil CHAYKA dan ALPHA, menggunakan frekuensi gelombang radio khusus untuk kegunaan aktiviti penentu kedudukan ketenteraan. Amerika juga menggunakan kaedah long range radio navigation dengan sistem seperti LORAN-C dan OMEGA dan konsepnya serupa dengan lawan mereka Russia.

Keempat-empat sistem ini, memancarkan frekuensi radio jarak jauh dari menara-menara pemancar yang ditempatkan di kawasan pesisiran pantai dan kepulauan.
Loran C sahaja ada sejumlah 71 stesen pemancar, Chayka dan Alpha dengan sejumlah 40.

Sistem ini walaubagaimanapun mempunyai beberapa kelemahan yang ketara.
Pertamanya – ia bergantung sepenuhnya kepada pancaran gelombang radio, yang mudah terganggu akibat keadaan cuaca dan atmosfera.

Kedua – ralat darjah ketepatan penentu kedudukan dengan pancaran radio jarak jauh ini sangat besar – sehingga 7 kilometer ralat dari kedudukan sebenar.

Ketiga – untuk mencapai jarak yang jauh, ia memerlukan pengunaan menara pemancar yang tinggi. Kebanyakan pemancar Alpha mempunyai ketinggian lebih dari 400 meter, dan sejumlah menara pemancar Loran mempunyai ketinggian lebih dari 300 meter. Kenapa memerlukan pemancar yang tinggi?

Kerana Bumi mempunyai curvature. Lagi tinggi menara pemancar lagi jauh jarak horizon dan kebarangkalian gelombang terpantul pada garisan ufuk lebih rendah.

Keempat – kos pengoperasian yang terlalu mahal.

Ada kalangan penyembah Bumi Datar menyatakan rangkaian Loran, Omega, Alpha dan Chayka ini adalah bukti yang satelit tak wujud dan ini adalah sistem GPS dan ini sama sekali salah dan menunjukkan yang mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka perkatakan.

Sebenarnya:

Sistem navigasi radio hiperbolik ini berbeza dengan GPS macam langit dengan bumi, macam ikan dengan kura-kura. Ia adalah sistem navigasi teresterial yang tulen dan tidak melibatkan penempatan segmen di orbit.

Dan paling menggemparkan, kesemua sistem Loran, Chayka, Omega dan Alpha ini tidak lagi beroperasi. Rangkaian terakhir Alpha dihentikan operasi pada tahun 2010. Loran C terakhir ditutup pada tahun 2014 – kerana kebanyakan kapal dan pesawat awam tidak lagi membawa alatan untuk membaca signal radio dari pemancar-pemancar gadang ini dan beralih kepada GPS sejak awal tahun 2000.

So macam mana mereka kata ini GPS sedangkan stesen dah tutup, dah dilucut tauliah sejak dari bermulanya GPS dibenarkan untuk kegunaan awam akhir era 90an.
Maka bilamana kebanyakan perkapalan dan penerbangan awam komersial mula menggunakan sistem GPS pada akhir 90an, sistem navigasi hiperbolik ini mengalami zaman merudum dan akhirnya jadi sejarah je.

NAVIGASI SATELIT

Asal GPS atau GNS (Global Navigation System) ini sama macam Loran diatas, untuk kegunaan ketenteraan.

Tetapi bilamana pihak berwajib yang memastikan keselamatan perkapalan yang diterajui International Maritime Organization melihat akan betapa efektif sistem GPS ini, maka ia telah mewajibkan setiap kapal laut untuk dilengkapi sistem navigasi ini dan ini telah menyebabkan pemilik jujukan satelit GPS Navstar ini perlu membukanya perkhidmatan untuk kegunaan umum.

Konsep GPS ini hampir serupa dengan konsep cerapan objek samawi dengan menggunakan kaedah Marc St Hilaire atau Intercept yang digunakan oleh kalangan pelaut – klasik atau moden dengan menggunakan sextant dimana, objek seperti matahari atau bulan atau bintang dicerap altitudnya, diperkirakan sudut cerapan dan berdasarkan formula yang telah digubah sejak zaman berzaman untuk mendapatkan fix, membolehkan pelaut menentukan kedudukan mereka dilaut lepas.

Bezanya, berbanding para navigator menjadi pencerap, satelit GPS Navstar yang jumlahnya mencecah 42 buah di orbit ini akan menghantar isyarat kepada penerima, mengukur sudut, masa yang diambil untuk isyarat dihantar dan diterima, dan altitud satelit tersebut memberikan 3 atau lebih circle of position (atau line of position) sebagai fix dalam bentuk latitud dan longitud.

Perkapalan saudagar mulai menggunakan GPS seawal 1996, setelah perkhidmatan dibuka untuk kegunaan awam. Sekarang GPS adalah sistem GNSS yang wajib dipasang pada apa jenis kapal kargo berdasarkan ketetapan berdasarkan SOLAS Chapter V Regulation 19.

Carriage requirements for shipborne navigational systems and equipment, Section 2 :
2.1.6 a receiver for a global navigation satellite system or a terrestrial radionavigation system, or other means, suitable for use at all times throughout the intended voyage to establish and update the ship’s position by automatic means;

(Solas, Chapter V – 1972)

Selain GPS Navstar, Russia juga membangunkan sistem GNSS mereka sendiri yang dinamakan GLONASS, juga bertujuan untuk menentukan kedudukan dan merupakan pesaing rapat GPS bagi segmen awam dan ia mulai beroperasi sepenuhnya diseluruh dunia pada tahun 2010 dengan sejumlah 24 satelit beroperasi di orbit.

Glonass juga termaktub didalam ketetapan keperluan pengunaan sistem navigasi global seperti yang ditetapkan oleh Solas Chapter V Regulation 19.

China dan negara-negara Eropah juga sejak pertengahan era 2000 turut membangunkan sistem GNSS mereka sendiri, dengan China memperkenalkan COMPASS atau Beidou dan Eropah mengoperasikan GALILEO dan mulai digunakan pada tahun 2016.

Ramai salah anggap yang mana isyarat GPS ini datang dari menara-menara telekomunikasi walhal sebenarnya, menara telekomunikasi bukanlah penyedia isyarat GPS tetapi cuma transmitter yang menerima isyarat dari satelit di orbit dan dipancarkan bersama isyarat telefon bimbit untuk kegunaan awam di daratan.

Maka adalah tidak pelik bilamana isyarat telefon canggih anda hilang, isyarat GPS hilang kerana telefon anda bukanlah handheld GPS/Glonass receiver. Melainkan kau orang ada hand held gps macam Garmin. Jadi jangan tak tahu, telefon korang tu bukannya gps reciever yang boleh terima isyarat dari satelit secara terus sebab apa yang ada pada telefon korang yang canggih-manggih tu dinamakan Assisted GPS atau A-GPS.

Kena tahu beza Assisted GPS sebab, kebanyakan telefon dengan L1 front end radio reciever hanya mendapat isyarat gps jika sekiranya ada talian internet atau isyarat telefon. So janganlah jadi bebal sangat tunjuk GPS korang kat kereta atau telefon takdak lepas tu canang kata satelit tak wujud. Tu bebal nama dia. Bawaklah henfon korang tu gi tengah laut memang takkan adanya GPS signal sebab dia guna line telefon. Tengah laut mana ada line telefon. Tak bermakna jugak itu bukti satelit tak wujud sebab GPS Receiver macam Garmin, Furuno, Raytheon, Japan Radio Company (JRC), Raymarine.

So wak-wak kepala penyek boleh la start kumpul duit beli hand held gps lepas tu test. Jangan main meme je.

GMDSS – INMARSAT DAN COSPAS SARSAT

Dua sistem satelit ni juga digunakan secara meluas oleh perkapalan saudagar. Ia bertujuan untuk keselamatan dilaut, membolehkan pelaut menyampaikan mesej kecemasan kepada perkhidmatan pengawal pantai, selain sebagai platform komunikasi utama antara kapal dan daratan.

Inmarsat yang menerapkan pengunaan satelit geostationary dan beroperasi dengan menggunakan frekuensi 1.5 dan 1.6GHz (L-band) menyediakan kemudahan bagi ship earth station keupayaan “distress alerting”, komunikasi dua hala menggunakan email, fax, data dan radiotelefon. Dalam rangkaian Inmarsat, SafetyNet menyediakan perkhidmatan penyebaran Maritime Safety Information (MSI).

Inmarsat mempunyai 3 komponen utama, segmen angkasa lepas yang terdiri dari satelit (4 buah satelit Inmarsat F4 merangkumi 4 rantau lautan – Pacific Ocean Region – POR, Indian Ocean Region – IOR dan dua Atlantic Ocean Region – AOR-E dan AOR-W). Komponen terresterial pula terdiri dari Land Earth Station,LES yang mengawal isyarat dan menguruskan trafik komunikasi, stesen koordinasi jaringan dan memantau sebarang distress alerting dari pengguna dan Ship Earth Station atau SES yang merupakan komponen yang ditempatkan di kapal-kapal kargo.

Cospas-Sarsat yang merupakan segmen yang melibatkan satelit pengorbit polar dan satelit geostationary menggunakan frekuensi 406MHz, untuk menyediakan kemudahan “distress alerting” bagi Emergency Position Indicating Radio Beacon untuk menentukan identiti dan lokasi kapal yang mengalami keadaan kecemasan.

(GMDSS Manual, Edition 2015 – Part 3 :Communication in GMDSS)

3 sistem satelit utama :

2 untuk keselamatan nyawa

1 untuk panduan dalam mencari rezeki

3 sistem satelit ini adalah talian hayat kepada para pelaut, dan bila ada orang yang tak ketahuan datang menjaja cerita bodoh kononnya ilmu – secara tidak langsung ia seakan menghina talian hayat kami ini.

FJ

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here