Danzo Shimura Dan Falsafah Machiavelli

0
4171
views

Niccolo Machiavelli sangat terkenal dengan karyanya ‘The Prince’ (Sang Penguasa) yang menjelaskan panjang lebar tentang falsafah politik dan bagaimana mahu menjadi pemerintah dan mempunyai negara yang teguh. Falsafah Machiavelli mempunyai sedikit unsur utilirianism yang menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Watak Shimura Danzo banyak diberikan perhatian pada peranannya dalam politik Konoha. Dikatakan politik Konoha berdiri dibawah konsep Yin Yang iaitu keseimbangan antara sisi cahaya yang dibawa oleh Sarutobi Hiruzen (Sandaime Hokage) dan sisi kegelapan yang dibawa oleh Danzo.
.
Bab ke-8 dalam The Prince, Machiavelli menggariskan cara mendapatkan dan mengekalkan kuasa dengan cara kekejaman. Machiavelli berkongsi sejarah seorang raja dari Sicily yang mencantas segala bentuk halangan untuk menjadi penguasa. Antara yang dilakukan adalah pembunuhan ramai-ramai ke atas para Senator Syracuse. Perkara ini kita dalam lihat tindakan Danzo untuk menghapuskan puak Uchiha yang baginya akan mengganggu gugat keamanan Konoha.
.
Selepas itu, Machiavelli juga menjelaskan bagaimana raja itu setelah melakukan pembunuhan tersebut dapat hidup aman dengan rakyatnya tanpa ditentang. Machiavelli menyatakan bahawa raja tersebut menggunakan kekejamannya pada waktu dan cara yang betul. Dalam kes Danzo, dia memanfaatkan kekejamannya pada waktu yang sesuai, iaitu waktu Uchiha mula merancang untuk melakukan kudeta yang berada di luar pengetahuan rakyat Konoha.
.
Tambahan lagi, Danzo menggunakan Uchiha Itachi sebagai kambing hitam untuk melaksanakan pembunuhan ke atas puak Uchiha. Selepas itu, Hiruzen telah mencabut kuasa Danzo daripada Majlis Tertinggi Konoha dan meminta skuad Root dibubarkan. Walaupun begitu, Danzo masih aktif berkuasa secara rahsia dan mampu mempengaruhi politik Konoha. Selain pembunuhan ke atas puak Uchiha, Danzo juga melakukan beberapa pembunuhan yang berpotensi memberikan ancaman kepada Konoha.
.
Dalam bab ke-13 pula, Machiavelli menggariskan perihal beberapa jenis tentera iaitu tentara auksiliari, tentera campuran dan tentera sendiri. Bagi Machiavelli, tentera sendiri adalah tentera yang paling berkesan dimiliki oleh penguasa, kerana selain itu kesetiaan, kesatuan dan kebolehannya diragui. Itulah sebab Danzo menubuhkan pasukan shinobinya sendiri iaitu Root dalam usaha untuk mencapai matlamatnya. Malah Root itu sendiri dipilih oleh Danzo sendiri supaya kesetiannya tidak diragui, malah Danzo merekrut shinobi muda yang berpotensi. Walaupun Hiruzen telah membubarkan Root secara rasmi, Root tetap bergerak setia secara rahsia di bawah Danzo.
.
Dalam bab ke-15 pula, Machiavelli menggariskan perihal penguasa yang dipuji dan dan dipersalahkan. Dalam bab ini, Machievelli menyatakan bahawa memang rakyat sangat cintakan penguasa yang mempunyai ciri-ciri baik seperti dermawan, murah hati dan tidak kejam. Selepas itu, Machiavelli menegaskan kebaikan ini tidak dapat diamalkan dalam semua kondisi politik. Machiavelli agak seimbang dalam hal ini. Kalau boleh penguasa haruslah menghindarkan menjadi seorang yang jahat yang mampu membuatkannya kehilangan kuasa, tetapi haruslah juga menjadi seorang yang jahat supaya kuasa dapat dipertahankan. Dengan kata lain, etika penguasa dalam politik tidak penting, asalkan kuasa dan keamanan terpelihara.
.
Danzo mempunyai sifat sebegini, walaupun kita tidak nampak apa-apa kebaikan yang ditonjolkan oleh Danzo, tetapi Danzo sering menyembunyikan kekejamannya untuk memastikan kuasanya bukan ancaman pada Konoha. Malah, Koharu dan Utatane menegaskan apa saja yang dilakukan oleh Danzo hanyalah untuk kebaikan Konoha. Bagi Danzo, kepentingan Konoha adalah prioriti tertinggi yang patut diletakkan di atas etika dan moraliti.
.
Dalam bab ke-17, Machiavelli membincangkan perihal lebih baik dicintai ataupun ditakuti. Idea ditakuti oleh rakyat mempunyai unsure fascism. Menurut Machiavelli, setiap penguasa haru menjadi seorang belas kasih dan dicintai oleh rakya, tetapi perlu berwaspada dengan belas kasihat tersebut jangan sampai hilang kekuasaan. Apabila berada dalam keadaan terdesak, penguasa lebih baik ditakuti daripada dicintai.
.
Danzo menyatakan Hiruzen tidak layak menjadi Hokage kerana terlalu lembut dan idealistik. Walaupun kita tidak nampak dengan jelas yang rakyat Konoha takutkan Danzo, tetapi kita boleh nampak sebahagian shinobi Konoha yang takutkan kekuasaan Danzo. Ini menjadi kayu ukur Danzo memelihara kuasanya dengan memberikan ketakutan.
.
Bab ke-18, Machiavelli menggariskan bagaimana untuk menjaga kesetiaan. Dia menggariskan dua cara, pertamanya melalui undang-undang. Keduanya, melalui kekerasan. Kita tidak nampak bagaimana Danzo memperoleh kesetiaan daripada shinobi Root, tetapi antara tanda ‘kesetiaan’ tersebut adalah Danzo meletakkan jutsu di lidah pada setiap ahli Root supaya tidak mudah membongkarkan sebarang rahsia. Mungkin ini boleh jadi satu bentuk menjaga kesetiaan dengan kekerasan.
.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here