BETR Lahirkan Usahawan Kompetitif

0
362
views

Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETR) telah dimulakan pada tahun 2011. Sehingga 19 April tahun 2017, BETR telah melahirkan ramai usahawan muda dengan sikap daya saing yang tinggi dalam kalangan bumiputera.

Selain itu, program di bawah BETR seperti Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) telah berjaya membantu serami 125 orang usahawan muda untuk mempratikan idea perniagaan mereka ke skop yang lebih luas. Walaupun SUPERB barharu sahaja ditubuihkan pada 2014, penyertaan yang diterima setiap kali program ini dijalankan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mendapat sambutan yang menggalakkan dari semasa ke semasa. Lantas ini menunjukkan golongan muda bumiputera sangat komited untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Kini BETR sudah memasuki fasa ke-2 dan BETR juga telah dijenamakan semula menjadi Transformasi Kesahjeteraan Bumiputera (TKB). Oleh itu, TERAJU akan meneruskan dan menambah baik setiap sudut program ini dan akan memastikan supaya program TKB ini mempunyai kesinambungan daripada program program terdahulu.

Legasi usahawan yang mempunyai semangat yang tinggi juga telah dilahirkan daripada program BETR ini dan daripada program ini juga akan lahirnya usahawan usahwan baru untuk meneruskan legasi usahwan yang sedia ada.

Usahawan-usahawan juga perlu lebih berani untuk tammpil ke hadapan merebut peluang yang diberikan melalui program dan inisiatif yang diperkenalkan oleh TERAJU. Hal ini akan menyaksikan usahwan usahawan bumiputera menyertai projek projek skala besar dan mega di Malaysia.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here