Batman The Red Death: Sisi Gelap Batman

0
1368
views

Batman : The Red Death merupakan satu siri tie in dalam DC Comics. Latar masa merupakan Dark Multiverse, sebuah dunia yang selari (parallel) dengan New 52 dan Rebirth. Di dalam universe ini, ia tidak stabil seperti New 52 dan Rebirth kerana kedua universe ini digelar sebagai main universe. Dark Multiverse ini hanyalah merupakan satu universe yang sepatutnya di mana cerita yang sepatutnya tidak wujud menjadi wujud. Contohnya ialah kewujudan Batman : The Red Death. Batman menjadi seorang supervillain, sudah tentu kita sebagai pembaca sukar menerimanya bukan?

Seperti yang kita tahu, Bruce Wayne merupakan seorang Batman dan vigilante terkenal di Bandar Gotham. Tetapi apa yang terjadi di dalam siri ini, Tim Drake, Damian Wayne, Jason Todd, dan Dick Grayson semuanya telah mati dan menjadikan Batman memerlukan kuasa Speed Force dari The Flash untuk mengubah masa kembali. Kehilangan kesemua Robin nya sekaligus membuatkan Batman obses untuk berbuat sesuatu. Batman semakin tua hari demi hari dan jenayah di Gotham semakin hari semakin teruk. Keputusan Batman untuk ‘mencuri’ Speed Force dari The Flash ditentang habis-habisan.Ya, Batman merupakan seorang manusia biasa. Yang akan merasai hari tua. Berbeza dengan The Flash yang mempunyai Speed Force, proses penuaannya lambat berbanding manusia biasa. Pada mulanya Batman meminta The Flash menyelamatkan kesemua Robin nya, namun permintaan Batman ditolak oleh The Flash kerana ia akan menyebabkan risiko kepada universe. Sila rujuk Flashpoint (Siri di mana The Flash menyelamatkan ibunya dan mewujudkan Flashpoint)

Dengan membunuh kesemua Rogues Gallery The Flash, Batman menggunakan setiap jenis senjata Weather Wizard, Heat Wave, Captain Cold dan juga Mirror Master semata-mata untuk ‘mencuri’ Speed Force dari The Flash. Akhirnya setelah The Flash tewas di tangan Batman, Batman mengikat The Flash pada Batmobile nya di mana enjinnya telah diubahsuai untuk masuk ke dalam Speed Force. The Flash memberi amaran bahawa tindakan Batman akan menyebabkan mereka hancur sekaligus namun Batman tidak mengendahkannya. Akhirnya, Batman telah bergabung dengan The Flash. Satu badan mempunyai dua minda. Namun, The Flash tidak mampu berbuat apa-apa kerana keseluruhan minda sedar telah dikawal sepenuhnya oleh Batman.

Setelah mendapat kuasa dari Speed Force, Batman bertindak membunuh Scarecrow, Riddler, Penguin dan kesemua penjenayah di Gotham. Batman menggelarkan dirinya sebagai Batman : The Red Death dan tindakannya untuk menyelamatkan Gotham tidak cukup, dia ingin melakukan lebih daripada itu. Menyelamatkan dunia. Namun, Dark Multiverse ini tidak kekal selamanya. Batman : The Red Death telah direkrut oleh seseorang yang misteri untuk ‘menyelamatkan’ Dark Multiverse.

Batman : The Red Death mendedahkan satu sisi luar biasa Batman, di mana Batman juga pernah cemburu dengan kuasa Superman dan juga The Flash. Superman dan The Flash selalu berlumba untuk menentukan siapa yang paling pantas. Jika difikirkan semula, Batman adalah salah seorang yang tidak mempunyai kuasa di dalam Justice League (Green Arrow tidak menyertai Justice League di dalam siri ini). Cemburu merupakan sifat biasa seorang manusia jika dia tidak memiliki sesuatu yang diingininya. Siri ini juga menunjukkan juga seorang superhero mampu menjadi seorang supervillain jika dia tidak mampu mengawal trauma yang dialaminya dengan baik. Batman merupakan seorang manusia biasa, jadi tidak mustahil dia akan mengalami perkara yang sama seperti kita.

“My name is Bruce Wayne. I am vengeance. I am justice. I am Batman The Red Death!”

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here