Penemuan Tulisan Nama Allah Dan Ali Di Atas Pakaian Bangsa Viking?

0
3653
views

Seorang ilmuwan arkeologi tekstil dari Universiti Uppsala, Sweden, Annika Larsson menemui suatu penemuan yang mengejutkan dari bangsa Viking. Dia menggali kubur yang diketahui milik Viking yang ada sejak zaman itu.

Penggalian ini membuahkan hasil dengan menemui sehelai pakaian bangsa Viking bertulisan huruf Arab, “Allah”. Selain itu terdapat juga tulisan berbentuk sebuah nama iaitu “Ali” atau Ali bin Abi Thalib, khalifah keempat Khulafa ar-Rasyidin. Perkataan ini ditenun dengan menggunakan benang dari perak dan sutera.


Larsson mengemukakan teori, bangsa Viking mungkin sudah dipengaruhi Islam. Pengaruh yang dimaksudkan itu adalah berkaitan konsep kehidupan setelah kematian.

Tulisan Arab Kufi yang membentuk nama “Alla” dan “Ali” ini terdapat di atas sehelai pakaian diperbuat daripada sutera di sebuah makam (sekitar abad ke-9 atau 10) terletak dalam kawasan Birka, tapak kota bersejarah bangsa Viking.

Tulisan Arab Kufi berkembang di kota Kufah, Iraq pada abad ke-7 M.

“Di dalam Al Quran, tertulis bahwa penghuni syurga akan mengenakan pakaian sutera. Teks dari petikan tersebut dapat menerangkan kemunculan sutera di kubur Viking”- Larrson.

Larrson menambahkan bahawasanya hubungan antara dunia Viking dan dunia Muslim telah lama ditemukan dari beberapa buah catatan sejarah seperti penemuan duit syiling Islam dan sebentuk cincin batu perak dari makam seorang wanita di Birka, (perkataan “untuk Allah” terpahat di atas batu cincin ini).

Sekarang, Larrson dan kumpulannya bekerjasama dengan bahagian imunologi, genetika dan patologi Universiti Uppsala untuk menentukan serta mengetahui asal-usul tubuh yang mengenakan pakaian sutera terbabit.

Adakah milik seorang bangsa Viking atau milik orang Islam yang datang ke sana pada suatu masa dahulu untuk berdakwah?

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here