Artificial Intelligent : Sebuah Manfaat Perniagaan Atau Ancaman Kepada Tenaga Kerja Manusia?

0
467
views
robot women in technology background

Aku tahu kenapa banyak syarikat pada masa akan datang dan terkini bakal gunakan AI (Artificial Intelligent). Dan aku tak rasa pun 4th Revolution Industry ini bukan setakat melibatkan permasalahan lambakan tenaga kerja punca kadar pengangguran tinggi.

Apabila keperluan pasaran kerja mencukupi terutama sumber tenaga buruh yang mencukupi untuk menghasilkan tugasan dan menyelesaikan proses pembuatan produk.

Produktiviti boleh jadi punca sebab kenapa AI bakal digunakan sepenuhnya pada masa akan datang. Ok, baca baik baik dan fahamkan apa yang aku nak sampaikan di sini.

Analogi 1:
Jika menggunakan tenaga buruh manusia

Positif:
– Manfaat yang terhasil daripada penubuhan syarikat dan kilang-kilang adalah dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutama melibatkan “low skill”, “medium skill” dan “high skill job”.

Bersebabkan prospek pekerjaan masih wujud terutamanya kadar permintaan graduan yang meningkat naik untuk membina kerjaya pertama secara berterusan dan konsisten dalam mewujudkan “preservation capital” melibatkan simpanan dan pelan persaraan dalam jangka masa panjang.

Negatif:
– Keburukan yang nyata adalah permasalahan kepada permintaan tinggi terhadap jawatan yang ditawarkan berpunca lambakan manusia yang sentiasa mencari peluang dan majikan hanya memilih “the best among the best candidate” untuk dipanggil bekerja dalam memberikan perkhidmatan syarikat. Individu yang tak di panggil inilah bakal menganggur kerana bukan semua yang memohon jawatan dipanggil berkhidmat.

– Kemudian permasalahan limitasi keupayaan manusia itu sendiri punca terbantut produktiviti perniagaan syarikat. Kerana manusia seperti kita ketahui ada emosi, tenaga dan kesihatan dalam melunaskan pergerakan dan kadang kala memenatkan manusia. Bila penat sakit pun datang dan mengganggu proses perniagaan.

Analogi 2:
Jika menggunakan AI seperti mesin yang fungsinya “automation” yang telah diprogramkan.

Positif:
– Manfaat jangka masa panjang dalam penghasilan produktiviti yang secara berterusan TANPA HENTI selain dapat meningkatkan jumlah pengeluaran tanpa terhad. Mesin tidak sakit, tidak pula merungut akan bebanan kerja bersebabkan “heartless” dan tugasan telah diprogramkan mengikut acuan tugasan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, menggunakan tenaga manusia hanya mampu menghasilkan 100 buah kereta sehari kerana perlu mengambil kira faktor kesihatan dan tahap kepenatan. Dengan manusia mungkin terhad masa kerja pada kadar 12 ke 14 jam sehari. Tetapi dengan menggunakan mesin atau robot hasil produktiviti boleh dipertingkatkan kepada 300 ke 500 buah kereta sehari selama 24 jam 7 hari seminggu.

Negatif:
– Syarikat atau pengilang produk sedikit demi sedikit akan cuba mengurangkan dasar penggunaan tenaga manusia yang diketahui mempunyai masalah limitasi kesihatan dan kapasiti tenaga selain memerlukan daya tahan fokus yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang mencabar dalam menyempurnakan dalam masa singkat.

Secara tak langsung memungkinkan kadar pengangguran meningkat tinggi dan manusia kehilangan punca rezeki kerana syarikat merasakan penggunaan AI mampu menyelesaikan permasalahan PRODUKTIVITI terhad selain dapat meningkatkan KEUNTUNGAN secara berterusan. Malahan dapat memotong belanjawan tenaga manusia melibatkan gaji, insurans, elaun dan penjimatan pemotongan wang persaraan majikan dan pekerja.

Kesimpulan, itu serba sedikit penjelasan apa yang aku nampak sempena menjelang 4th Revolution Industry. Bagi kita yang masih bekerja, apakah persediaan kita pada masa akan datang? Duduk sajakah tanpa bertindak atau keluar dari situasi sebelum syarikat-syarikat besar dan kecil melabur kewangan mereka untuk membeli teknologi tanpa manusia dan mesin layan diri untuk kelancaran proses dan produktiviti perniagaan tanpa henti.

Ini bukan permasalah ekonomi yang datang dari kerajaan, tapi semuanya melibatkan perniagaan kerana sentiasa memandang prospek keuntungan dan pasaran dalam jangka masa panjang. Adakah kita dah bersedia dengan keadaan ini pada masa akan datang?

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here