Asal-Usul Gelaran Peeping Tom

0
1097
views

Lady Godiva, sebuah nama yang diberi kepada seorang srikandi bangsawan Inggeris kurun ke-11 Masihi. Beliau merupakan isteri kepada seorang pembesar di Mercia (salah sebuah daerah) di England yang menurut suatu babad (hikayat) kurun-13 iaitu Flores Historarium, dimana beliau sanggup menunggang kuda tanpa seurat benang demi menentang cukai-cukai mencekik lagi memeritkan yang dikenakan suaminya terhadap rakyat miskin.

Menurut hikayat tersebut, Lady Godiva amat mengasihani penduduk kota Coventry yang menderita lantaran penindasan suaminya terhadap mereka. Setelah puas merayu suaminya itu untuk menghentikan kezaliman dan menarik balik cukai-cukai yang dikenakan terhadap rakyat jelata.

Rentetan keengganan suaminya yang masih berkeras untuk menzalimi rakyat, akhirnya suaminya mengenakan syarat kepada beliau mengambil keputusan untuk berbogel menunggang kuda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong sekitar bandar Coventry dengan satu syarat dimana rakyat jelata penghuni kota Coventry harus berdiam di rumah dan menutup pintu-pintu dan tingkap-tingkap sepanjang beliau menunggang menyusuri kota tersebut.

Namun disebalik larangan keras yang dikenakan oleh suaminya Leofric, kepada rakyatnya. Hanya satu orang yang berdegil untuk mengingkari larangan tersebut iaitu seorang tukang jahit bernama Tom. Diceritakan kononnya Tom telah menggerudi lubang pada penutup tingkapnya untuk melihat Lady Godiva berlalu di hadapannya.

Akibatnya beliau menjadi buta. Nama beliau kini dikenang sebagai Peeping Tom kerana tabiatnya yang suka mengintai sebagaimana Qarun menurunkan namanya pada harta-harta purba yang tak ternilai harganya. Akhirnya, Leofric mengotakan janjinya dan menghapuskan cukai berat yang membelenggu kehidupan rakyat jelata di bawah tadbirnya.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here