Dunia Ke Arah Penggunaan Daging Kultur?

0
1010
views

Semua orang duduk bising tentang Elon Musk bagai, tapi aku duduk bising pasal natang bawah ni. Memperkenalkan, daging kultur.

Populasi dunia kita sekarang adalah lebih kurang 7 billion dan dengan peningkatan populasi ni, memang tak syak lagi supply dan demand bagi makanan akan menjadi tak seimbang. Terutamanya produk berdaging.

Bagi sesetengah pihak, ada yang mencadangkan kita patut fokus kepada makanan berasaskan serangga. Serangga kalau ikut hierarki taksonomi, mereka ni jatuh pada filum arthopoda. Secara teknikalnya, serangga dan haiwan laut macam ketam, udang dan belangkas adalah keluarga yang sama. Masalahnya, bukan semua orang biasa makan serangga sekalipun halal. Belalang misalnya, adalah halal dan kosher bagi umat Islam dan Yahudi, tapi majoriti daripada mereka tak makan sebab tak biasa. Geli. Mungkin itu lah kot perasaan orang Islam mazhab Hanafi tengok kita dok galak makan udang galah šŸ˜‚. Jadi, pilihan ini gagal.

Alternatif lain pula ialah wujudkan baka baru yang lagi bagus. Kaedah ini sebenarnya telah lama diamalkan, sejak zaman Mesopotamia lagi. Bioteknologi dan baka binatang ternakan. Masalah yang timbul di sini ialah lagi banyak besar haiwan ternakan, lagi banyak masalah pencemaran yang berlaku. Sebab tu ah sungai dekat ladang selalunya tercemar sebab najis-najis haiwan ni terkumpul di situ. Bakteria akan bercambah biak dengan pantas untuk reputkan nyahtinja tu, tapi disebabkan peningkatan populasi bakteria yang mendadak, kandungan oksigen dalam air makin sedikit. Akhirnya, banyak haiwan akuatik mati sebab lemas. Itu tak masuk lagi masalah etika ladang dan sembelihan haiwan seperti yang dicanang puak vegan.

TIba-tiba, datang idea seorang mamat bernama Dr. Mark Post untuk buat benda gila. Hasilnya, jadilah patty daging kultur pertama di dunia.

Sebentar, daging kultur ni jadah apa?

Haa ni yang aku nak cerita sekarang. Disebabkan masalah etika dan juga peningkatan demand daripada orang ramai, maka Dr. Mark ini ambil satu sample tisu daripada seekor lembu ( teknik ni tak menyakitkan buat lembu) dan tisu tu dikultur dalam tabung uji sebelum dipindah ke bekas yang lebih sesuai. Setelah beberapa lama dikultur, sel-sel yang dan bercambah ni akan dimampat dan dijadikan daging patty. Sekurang-kurangnya lebih 1 trillion sel diperlukan untuk buat patty kecil ni.

Korang perasan tak patty daging kultur ni tak semerah patty daging ori? Berbanding daging ori, daging kultur tak melalui fasa yang memerlukan kerja banyak, oleh itu myoglobin dalam dia kurang. Myoglobin ni kira komponen yang pegang oksigen dalam daging. Kalau dalam darah, kita guna hemoglobin. Berbanding hemoglobin, myoglobin kurang efisien dan sebab tu kita akan rasa penat dan cramp bila selepas berlari. Puncanya ialah myoglobin tak cukup oksigen untuk pecahkan produk tinggalan sel otot lepas buat kerja lasak.

Berita daging kultur ni adalah berita gembira buat vegan yang tak makan daging sebab etika. Buat seketika lamanya, mereka boleh makan daging balik sebab benda ni tak mengorbankan sebarang nyawa pun. Cumanya, satu masalah baru timbul. Halal ke tak daging ni?

Ini benda yang menarik sebab tak ramai orang yang ikut perkembangan kemelut daging ni. Menurut rabbi Yahudi, daging kultur adalah diharamkan sebab tak kosher. Walau bagaimanapun, fatwa Islam dari Kanada menetapkan daging kultur ini halal kerana dikiaskan dengan produk kultur seperti yogurt. Lagipun, daging kultur secara kasarnya hanyalah sel yag terpisah daripada bahan asal.

Namun, patty daging kultur ni mahal. Satu patty kecil ni berharga RM 44, berbanding satu set McDonald yang berharga sekitar RM 13. Walau bagaimanapun, saya berpendapat daging kultur ni berpotensi besar dalam Revolusi Industri ke-4 yang bakal rancak dalam beberapa tahun lagi. Mungkin tak lama lagi, manusia sudah tak memerlukan lagi ladang haiwan untuk mendapatkan daging. Mungkin juga masalah kebuluran sedunia dapat ditamatkan.

Comments

comments

Previous articleBila Malaysia Ke Arah Cashless Society…
Next articleSejarah Azan Dan Iqamat
Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here