Bila Malaysia Ke Arah Cashless Society…

0
5397
views

Bila YB KJ sebut pasal “cashless society”, ramai tak nak ambil serius, anggap main-main.

News portal sebenarnya boleh ambil peluang ni untuk mendidik orang ramai pasal apa tu cashless society. Letak satu perenggan pun cukup, macam blurb yang The Patriots selalu pakai. Tapi ni tak, nak buat lawak juga.

Lawak memang lawak, tapi SiakapGeli lagi lawak. Mainstream media tolonglah buktikan nilai profesionalisme anda.Yang komen pun ikut melawak, akhirnya tak ramai yang prihatin tentang realiti cashless society yang bakal menimpa kita.

“Cashless” di sini bukan sekadar urus niaga melalui kad debit/kredit, tapi merujuk kepada penggunaan “digital currency” seperti Bitcoin atau Q Coin sebagai “legal tender”. Di masa depan, kita kemungkinan besar tidak lagi akan pakai wang kertas (wang fiat). Wang kertas akan dihapuskan.

Kalau korang perhatikan, sekarang kat mana-mana kaunter pasaraya, selain ada mesin untuk kad kredit, ada juga mesin Alipay. Alipay tu platform pembayaran digital currency terbesar di China. Kebanyakan orang China sekarang beli barang dah tak pakai cash, pergi pasar beli ikan pun bayar dengan cara mengimbas QR Code guna phone.

Kalau pakai cash orang akan pandang semacam kat kamu, macam kamu tu manusia zaman Paleolitik yang pakai sistem barter. Cash is no more king.

Kat India pun, kalau kamu nak beli water chesnut daripada brother ni, hanya perlu scan QR Code di depan tu, selesai. Si pembeli tak perlu risau tak bawa wallet atau tak cukup Rupee. Si penjual pun tak yah pecah kepala nak cari baki.

Singapura pun sedang menuju ke arah cashless. Hampir 60% transaksi dah tak pakai cash. Malaysia baru 2%. Itu sebabnya YB KJ mensasarkan tahun 2050. Lambat lagi. Tapi nak buat macam mana kalau tahun 2017 pun ada pelajar law yang anggap cashless tu barter.

Namun, jangan disebabkan orang buat, kita pun nak buat. Digital currency ada pros and cons. Isu terbesar ialah privacy. Semua data peribadi akan dipusatkan (centralized) untuk tujuan pembiayaan. Kerajaan ada kawalan penuh ke atas harta kamu. Ada risiko wujud dystopia seperti dalam cerita “1984” di mana “mass surveillance” boleh dilakukan dengan mudah.

Jadi lebih baik membahaskan isu ni betul-betul daripada buat lawak dan “trivialize”. Dan dah sampai masa untuk golongan bijak pandai dan pejuang nyah riba untuk membincangkan tren ini. Apakah kesan “demonetization”. Tapi bab fiat money pun tak ramai mampu hadam dengan baik, apatah lagi konsep-konsep digital currency seperti Blockchain dan FinTech yang menghampiri rocket science.

So, bila menteri melontarkan idea, dengar dan fikir. Jangan tahu nak buat lawak je.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here