10 Fakta Menarik Mengenai Negara Jepun

0
4605
views

1. Jepun merupakan antara negara paling tua di Asia dengan monarkinya berusia sekurang-kurangnya untuk 660 SM, kira-kira sekitar zaman tamadun Melayu tertua iaitu Kedah Tua yang berusia 600 SM. Hari ulang tahun berdirinya kemaharajaan Jepun dikenali sebagai Hari Ulang Tahun Negara pada 11 Februari. Untuk rekod, monarki Jepun merupakan dinasti paling panjang dan bersambungan dalam dunia dan tidak terputus untuk sekurang-kurangnya 2000 tahun!

2. Ekonomi negara Jepun merupakan yang ketiga terbesar di dunia, di belakang USA dan China menjadikan Jepun gergasi dalam bidang ekonomi. Untuk rekod, ekonomi Malaysia merupakan yang ke-35 terbesar di dunia.

3. Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 6800 buah pulau dengan 70 peratus daripada bentuk muka buminya terdiri daripada kawasan banjaran dan gunung-ganang. Walaupun sedemikian, Jepun mencatatkan populasi sehingga 127 juta orang. Bahkan negara ini menctatakan kedatangan immigrant yang agak rendah dengan hanya 3 peratus sahaja populasi Jepun terdiri daripada para immigrant dan selebihnya ialah etnik Jepun. Bandar Tokyo sahaja mencatatkan populasi setinggi 13 Juta, kira-kira hampir separuh Malaysia hari ini.

4. Kadar celik huruf di Jepun hampir mencatatkan 100 peratus manakala setakat ini, Jepun sudah melahirkan lebih kurang 18 orang pemenang hadiah nobel memberian kita gambaran betapa tingginya tahap pendidikan di negara Jepun.

5. Terdapat empat sistem penulisan di negara Jepun iaitu sistem romanji, katakana, hiragana dan kanji manakala satu-satunya bahasa asing yang diajarkan dan dimandatorikan di Jepun ialah Bahasa Inggeris.

6. Gunung paling tinggi di negara Jepun ialah Gunung Fuji yang juga merupakan sebuah gunung berapi yang aktif. Dalam masa yang sama, pendaki gunung Everest yang paling tua ialah dari Jepun iaitu Yuichiro Miura. Untuk rekod, beliau berusia 70 tahun ketika tiba di puncak tertinggi di dunia dan berusia 75 tahun ketika membuat pendakian yang kedua.

7. Samurai dan Ninja ialah dua pahlawan yang menjadi lambang yang mengingatkan orang pada negara Jepun seperti mana watak Hang Tuah yang sangat sinonim dengan bangsa Melayu. Filem dan anime yang dihasilkan tentang dua figura hebat dalam sejarah Jepun banyak dihasilkan dan salah satu daripadanya iaitu The Hidden Fotress yang berkisarkan tentang Samurai yang dihasilkan pada tahun 1958 telah menjadi inspirasi untuk penghasilan filem Star Wars oleh George Lucas.

8. Kadar bunuh diri di Jepun mencatatkan negara ini di tangga yang ke-17 paling tinggi. Namun, kadar kes pembunuhan yang berlaku pula menunjukkan sebaliknya iaitu negara kedua paling rendah di dunia pada tahun 2012 meski negara ini terkenal dengan kewujudan sebuah organisasi kongsi gelap ala-ala mafia iaitu Yakuza. Untuk rekod, negara Malaysia menduduki di tangga ke-132 dunia daripada 191 negara untuk rekod kes pembunuhan di dunia.

9. Jepun mencatatkan sekurang-kurangnya 1500 buah gempa bumi setiap tahun. Gempa bumi terakhir yang berskala besar yang melanda Jepun ialah 14 dan 16 April 2016 pada skala 7.0 dan 6.2 Skala Ritcher di sekitar Kumamaoto manakala Gempa Bumi terkuat yang melanda Jepun ialah pada tahun 2011 di Tohoku pada skala 9.0 skala ritcher, mencatatkan antara 5 gempa bumi yang terkuat pernah berlaku dalam sejarah dunia.

10. Statistik penghasilan animasi dari seluruh dunia, 60 peratus dikatakan dihasilkan di Jepun. Sudah tentu kebanyakan animasi tersebut pastinya Anime yang menjadi budaya dari Jepun yang telah tersebar ke serata dunia. Apa yang menariknya tentang anime ini, dikatakan untuk memenuhi permintaan, terdapat lebih kurang 130 buah sekolah yang menumpukan melatih pelakon suara untuk siri-siri anime yang dihasilkan oleh Je

Comments

comments

Previous articleDinasti Ming Mengamuk Bila Portugis Tawan Melaka
Next articleApa Beza United Kingdom, Great Britain Dan England?
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here