Kronologi Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah Menurut Sidang Media Polis

0
5050
views

Ringkasan kejadian kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah berdasarkan sidang media yang dilakukan oleh Polis Kuala Lumpur.

1) Mesej tular mengganggu proses siasatan. Anda boleh didakwa sekiranya dilaporkan.

2) 14 September pada 5:41am, bomba menerima panggilan oleh orang awam. Bomba tiba pada jam 5:44am.

3) Pemadaman api berlangsung selama 1 jam.

4) 21 pelajar lelaki (6-17 tahun) dan 2 ustaz (25-26 tahun) telah terkorban.

5) Jenazah tidak dapat dicamkan melalui pengecaman muka. Pihak bomba, forensik dan polis membuat pengecaman melalui 3 cara: i) Cap jari ii) Rekod pergigian iii) DNA

6) 15 September, semua jenazah selamat dikebumikan.

7) Siasatan adalah di bawah Seksyen 302, Seksyen 435 (khianat dengan api).

8) Rakaman CCTV diserahkan kepada pihak polis- berjaya mengecam beberapa orang dalam rakaman.

9) 7 orang berjaya ditahan (11-18 tahun) antara 6 petang-2:30 pagi.

10) Baju, seluar, topi keledar dan motosikal dirampas.

11) Ujian air kencing, 6 daripada 7 positif dadah jenis ganja.

12) Reman adalah selama 7 hari.

13) 2 daripada 7 mempunyai sejarah jenayah lampau (merusuh dan mencuri kenderaan).

14) Punca tragedi adalah ejek-mengejek.

15) Sila hentikan penularan mesej kerana mengganggu proses siasatan dan mahkamah. Anda diberi amaran, anda boleh disiasat di bawah seksyen 203 kanun keseksaan.

16) Suspek tinggal sekitar kawasan tahfiz.

17) Semua suspek telah ditangkap, kes dianggap selesai.

18) Pengakuan daripada suspek dan pembuktian di mahkamah adalah dua perkara berbeza. Polis tidak dapat memberikan gambaran lanjut mengenai pendakwaan.

19) CCTV adalah dari premis PPIM.

20) Kebakaran bermula menggunakan ‘accelerant’ untuk mempercepatkan api marak. Polis tidak boleh memberikan perincian mengenai cara kebakaran dilakukan kerana akan mengganggu tindakan di mahkamah kelak.

21) Jangan kelirukan diri anda dengan ‘informasi’ daripada mesej dan fakta kes sebenar.

22) Sebarang ‘maklumat’ yang tersebar adalah maklumat. Maklumat adalah berbeza daripada bukti. Segala maklumat perlu dijadikan bukti terlebih dahulu sebelum digunakan di mahkamah.

23) Niat yang boleh difaktakan adalah MEMBAKAR. Sama ada pembunuhan diniatkan adalah tidak boleh dikatakan.

24) *seorang wartawan bertanya, benarkah suspek telah bereksperimen untuk membakar terlebih dahulu* Dato’ Amar Singh bertanya kembali “macam mana you tahu diorang buat eksperimen?” Itulah sebab beliau lakukan sidang media; untuk menghentikan spekulasi dan hipotesis yang macam-macam.

25) Hidrokarbon dikesan di pintu.

26) Tong gas dibawa dari tingkat bawah ke tingkat atas. Ianya milik pusat tahfiz berkenaan.

27) *tiba-tiba seorang wartawan meminta Dato’ bercakap dalam bahasa Inggeris* ????

28) Kesemua 7 suspek dianggap dalang kejadian, tiada suspek lain dipertimbangkan namun pihak polis terbuka dengan sebarang kebarangkalian.

29) Apa yang boleh disahkan, 2 tong gas dibawa oleh suspek dari tingkat bawah ke atas. Percanggahan warna boleh diketepikan. Fakta kes adalah: tong gas datang dari tingkat bawah.

30) Walaupun kebakaran yang dilakukan adalah jelas boleh mengakibatkan kematian, motif yang boleh difaktakan adalah MEMBAKAR. Faktor umur boleh mempengaruhi pertimbangan suspek (bawah umur, dan bawah pengaruh dadah).

31) Ada seorang wartawan bertanya, dari mana suspek mendapatkan ganja. Wartawan lain ketawa. Polis akan menyiasat, malah telah mendapatkan kenyataan daripada suspek.

32) Polis tidak boleh menyatakan sama ada pintu telah dikunci.

33) Seorang pelajar tahfiz yang dipanggil polis semalam adalah tidak terlibat dengan kes. Beliau bangun awal dan berpindah bermalam di surau bersebelahan dan bangun sekitar 5:30 pagi.

34) Isu keselamatan akan turut disiasat dan diambil kira.

35) Lelaki yang terlihat dalam rakaman yang tersebar semalam adalah salah seorang suspek.

36) Polis akan menjejaki kedai dan stesen minyak yang terlibat sekiranya suspek telah mendapatkan bahan jenayah dari sana untuk melengkapkan kes.

37) Seorang wartawan bertanya sama ada polis mengesahkan sekiranya Kawasan Dato’ Keramat adalah kawasan ‘dadah’. Polis menidakkan dengan berkata adalah tidak adil untuk melabelkan satu kampung sebagai terlibat dengan dadah hanya kerana 6 orang positif dadah.

Saya terkejut rupanya wartawan dan pihak berkuasa punya sidang media tidak berprotokol. Terkejut mendengar wartawan menggunakan perkataan ‘diorang’ untuk merujuk kepada suspek semasa menyoal Ketua Polis Kuala Lumpur.

‘Diorang’ ni pakai dalam bahasa pasar sudahlah, dalam bahasa tidak rasmi bolehlah. Jangan dibawa ke wacana formal.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here