Naginata – Tombak Pedang Untuk Samurai

0
618
views

Naginata tergolong dalam kelas senjata tradisional Jepun (Nihontou). Naginata merupakan senjata bagi golongan samurai, ashigaru (tentera pejalan kaki) & sohei (pahlawan sami). Tombak pedang ini seringkali dikaitkan sebagai senjata para onna-bugeisha (wanita pahlawan dalam golongan bangsawan Jepun).

Naginata secara umumnya terbahagi kepada dua o-naginata untuk lelaki & ko-naginata untuk wanita, yang sudah pasti berbeza dari segi fizikal naginata tersebut. Ko-naginata dilengkapi dengan bilah yang lebih pendek & kecil berbanding o-naginata. Ini kerana ia disesuaikan dengan ketinggian wanita yang lebih rendah berbanding lelaki. Bilah O-naginata lebih panjang, besar & berat bagi mengurangkan tenaga & gerakan semasa mengendalikannya dalam peperangan, sesuai dengan penggunanya yang memakai armor yang berat.

Seni mengendalikan naginata ini dikenali sebagai ‘naginata no jutsu’, yang mana kini sudah dimodenkan & diberi nama atarashii naginata, digunakan dalam pertandingan. Teknik menggunakan naginata turut diajar kepada Bujinkan & dalam beberapa buah koryu (sekolah seni mempertahankan diri).

Naginata yang dikendalikan oleh ashigaru (tentera pejalan kaki) digunakan untuk membuka ruang dalam kesesakan suasana pertempuran. Fizikal naginata yang panjang & bilah melengkung memberikan pengendalinya banyak kelebihan berbanding lawan yang menggunakan pedang. Selain jangkauan yang lebih jauh, saiznya yang panjang membolehkan naginata untuk memotong lebih hebat. Berat naginata pula memberi kelebihan dari segi serangan & potongan, walaupun berat ini seringkali menjadi kelemahan. Fizikal naginata membenarkan ia digunakan sebagai senjata serangan & juga senjata pertahanan yang hebat.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here