Yang Tersurat Dan Tesiratnya Bangsa Melayu

0
4760
views
Orang Melayu kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
Islam mengajar untuk memegang amanah rahsia.

Orang Melayu kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Islam mengajar untuk mengurus sesuatu perkara sesempurna mungkin.

Orang Melayu kata bapa borek anak rintik.
Islam mengajarkan bahawa anak umpama kain puteh, ibu bapanyalah yang mencorakkannya.

Orang Melayu kata melentur buluh biar dari rebung.
Islam mengajar kita untuk mendidik anak sedari umurnya kecil lagi

Orang Melayu kata jangan bercermin di air keruh.
Islam kata mengambil ilmu biarlah dari guru yang benar.

Orang Melayu kata bumi mana tidak ditimpa hujan.
Islam mengajar kita bahawa dunia ini ada masa Allah akan menguji hamba-hambaNya.

Orang Melayu kata habis akal baru bertawakal.
Islam mengajar kita untuk berikhtiar dahulu, kemudian baru bertawakal.

Orang Melayu kata meludah ke langit terkena muka sendiri.
Islam kata jangan buka ‘aib orang.Hari ini kamu buka ‘aib org, esok lusa Allah buka ‘aib kamu

Orang Melayu kata cubit peha kiri peha kanan terasa.
Islam kata ummah itu seperti sebadan, sakit satu anggota, sakit semua.

Orang Melayu kata ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk.
Islam kata semakin berilmu, semakin bertawadhu’.

Orang Melayu kata ‘bagai menarik rambut di tepung, rambut dapat, tepung tidak berselerak”.
Islam sangat menekankan perkara adab, akhlak dan hikmah.

Orang Melayu kata biar lambat asal selamat.
Islam kata bersabar, di hujung kesabaran adalah kejayaan.

Orang Melayu kata sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa.
Islam kata berapa ramai orang yang binasa disebabkan lisannya.

Orang Melayu kata bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Islam mengajar kelebihan mesyuarah dan muafakat.

Orang Melayu kata yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing.
Islam sangat memberatkan semangat ukhwah dan tolong menolong dlm jemaah.

“Kembali Melayu pada jatidiri kemelayuannya, sebagai bangsa yang berjatidiri Islam.”

Sumber: TunSuzana Tun Hj Othman

-HE-

Comments

comments

Previous articleInovasi Muslim Yang Mengubah Dunia
Next articleInstitusi Presiden di Kota Singa
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here