Sejarah Teraju Dalam Memacu Ekonomi Bumiputera

0
508
views

Tahun 2011 tertutubuhnya satu unit strategic di Jabatan Perdana Menteri yang diberi tanggungjawab sebagai pemudahcara hal ehwal perniagaan, penggerak pelaburan, perancang polisi, pemangkin pembangunan dan yang paling penting penyelaras utama dalam penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras depan Plan transformasi Negara. Unit strategic itu ialah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)

TERAJU adalah tulang belakang kepada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.  Dengan penglibatan 25 unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di semua kementerian, boleh dikatan penyelarasan aktiviti TERAJU disifatkan sebagai menyeluruh. Di samping itu, sokongan yang utuh daripada Jatawankuasa Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.yang diperngerusikan oleh Ketua Setiausaha atau timbalan Ketua Setiausaha di kementerian membolehkan penguatkuasaan 94KPI bumiputera terlaksana dan dalam masa yang sama memperkukuhkan asas keusahawanan dan perniagaan Bumiputera di Malaysia. KPI Bumiputera diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif GLIC/GLC.

TERAJU juga memainkan peranan sebagai sekeretariat kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang diperngerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan masa ini diperngerusikan oleh YB Datuk Haji abd Rahman Bin Haj Dahlan, menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dengan tertutubuhnya Majlis Ekonomi Bumiputera, secara tidak lansung YAB Perdana Menteri memantau pelaksanaan insiatif insiatif Agenda Pemeriksaan Ekonomi Bumipitera secara lebih dekat merentasi kementerian dan GLIC/GLC

Komitment yang diberikan TERAJU amat tinggi untuk memastikan usahawan Bumiputera tetap relevan dan berdaya saing seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri. Walaupun terdapat pelbagai cabaran baru dalam abad ke-21 ini, TERAJU sentiasa melaksanakan program program untuk memperkasakan usahawan Bumpitera.

TERAJU berjaya menyediakan peluang pekerjaan, pembiayaan, pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan penciptaan nilai melebihi RM94.31 bilion sehingga September 2016 sahaja. Penglibatan daripada pelbagai kementerian, sector swasta, agensi agensi kerajaan dan Koridor Ekonomi telah membuatkan insiatif ini terlaksana denga jayanya. TERAJU juga mengadakan kerjasama dan menentukan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilaksanakan oleh GLIC/GLC melalui Khazanah Nasional Berhad yang menjadi secretariat kepada Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasti Tinggi GLC (PCG)

Agihan pembiayaan sebanyak RM 50.5 juta telah diberi kepada 101 pemenang daripada program yang mendorong inovasi usahawan, Skim Usahawan Pemulaan Bumiputera (SUPERB) dengan kerjasama MTDC, Mycreative Ventures, BioTech Corp, KMP, Cradle, MDEC, PUNB, MDV, MAVCAP dan juga TPM.

Semangat TERAJU untuk terus memantapkan pelaburan swasa Bumiputera dapat dilihat apabila 447 projek terlaksana dengan nilai pelaburan keseluruhan RM12.84 bilion dengan hanya Dana Mudahcara yang berjumlah RM2 bilion sahaja. Sehingga saat ini, 399 syarikat Bumiputera mendapat manfaat daripada Dana Mudahcara dan jumlah dana yang diluluskan ialah sebanyak 1.55 billion.

TERAJU juga dalam usaha menyediakan pemangkin masa depan depan ekonomi Bumiputera, insiatif pembangunan modal insan juga telah memperuntukan RM276 Juta bagi menjayakan 5 program iaitu Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) berjumlah RM226 Juta, Pusat kecermelangan Projek Mega dengan kerjasama CIDB sebanyak RM5 Juta, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan peruntukan Rm15 Juta, Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) dengan kerjasama SME Corp berjumlah RM 10 juta dan akhir sekali Dana Pemabngunan Usahawan berjumlah RM 20 juta.

Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), Yayasab Wakaf Malaysia, Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad juga turut bekerjasama dengan TERAJU bagi menghasilkan nilai impak berjumlah RM3.8 bilion melalui program Skim Jejak Jaya Bumioutera (SJJB) dan program Perlupusan Aset GLIC/LC

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here