Dana Mudahcara

0
579
views

Dana Mudahcara diwujudkan sebagai titik tolak kepada insiatif palburan untuk pihak swasta. Geran sebanyak 15% dari keseluruhan kos yang layak bagi komponen infrastruktur dan peralatan bertindak sebagai pemangkin untuk pelaburan oleh syarikat Bumiputera terutamanya dalam sector NKEA yang berimpak tinggi. Kos minima projek yang boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan dana ini ialah RM 500, 000.

RM 30 juta pula ialah had maksima yang boleh diberikan. Dana ini diwujudkan hasil kolaborasi dengan unit kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri. Permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi boring permohonan yang boleh dimuat turun di www.teraju.gov.my. Permohonan juga boleh dibuat melalui ibu pejabat atau mana mana pejabat satelit TERAJU@Koridor seluruh negara.

Antara Objektif utama Dana Mudahcara ialah:

  • Merapatkan jurang daya maju pelaburan sector swasta untuk Bumiputera yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat.
  • Instentif oleh Kerajaan Malaysia untuk pemilik projek Bumiputera bagi melaksanakan projek atau program bagi meningkatkan nilai pelaburan mereka dalam projek pembesaran kapasiti

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here