Keunikan Karakter The Riddler Dalam Karya Batman

0
1915
views

Peminat Batman tentunya tidak akan asing dengan watak Edward Nygma atau The Riddler. Terdapat pelbagai versi di sebalik watak The Riddler. Untuk siri Gotham yang sedang dimainkan di siaran Fox, kita belajar bahawa Edward Nygma ialah seorang pakar forensik yang bekerja untuk Gotham City Police Department (GCPD). Edward Nygma digambarkan dalam siri Gotham sebagai seorang yang pakar forensik yangh sering dibuli oleh rakan sekerjanya kerana sikap nerdnya dan kegilaannya pada permainan teka-teki.

Dalam siri ini, Edward Nygma dicatatkan telah jatuh cinta kepada seorang gadis nerd, tetapi comel yang bernama Kristen Kringle yang bekerja di unit rekod di GCPD. Tetapi malangnya gadis yang menjadi pujaan hati Edward Nygma ini juga turut menjadi rebutan anggota polis lain. Malangnya anggota polis yang meminati Kristen juga seorang pembuli dan Edward Nygma terpaksa bersaing dengan pembuli-pembulinya demi mendapatkan jiwa gadis yang dicintainya.

Dipendekkan cerita, Kristen Kringle memilih anggota polis ini berbanding Edward Nygma. Namun, pada awalnya Edward Nygma menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka sehinggalah dia mendapat tahu bahawa Kristin Kringle sering menjadi mangsa panas baran teman lelakinya. Edward Nygma yang mahu menyelamatkan belahan jiwanyta telah bersemuka secara serampang dua mata dengan anggota polis itu. Kononnya dia mahu memberi amaran terhadap teman lelaki belahan jiwanya, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila berlaku kemalangan dan dia terbunuh lelaki tersebut.

Sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, ianya sekaligus telah membangkitkan satu lagi personaliti yang mendiami diri Edward Nygma. Untuk rekod, personaliti yang lain ini sebenarnya wujud sejak Edward Nygma menjadi mangsa rakan sekerjanya. Tetapi Edward Nygma begitu gigih melawan kewujudan personaliti untuk mengambil alih dirinya sehinggalah kejadian kemalangan dimana dia terbunuh teman lelaki Kristen. Detik itu ialah permulaan kepada Edward Nygma mula jatuh ke dalam kegelapan. Dipendekkan cerita lagi, Edward Nygma telah berjaya mencuri hati Kristen Kringle yang terharu dengan usaha tanpa henti Edward cuba untuk memenangi hatinya.

Namun sekali lagi kemalangan berlaku apabila Edward mahu membuat pengakuan bahawa dialah dalang disebalik kehilangan bekas teman lelaki Kristen Kringle yang sebelum ini. Kemalangan itu kemudiannya membawa kepada pembunuhan Kristen Kringle. Detik itu kemudiannya menjadi detik dimana Edward sendiri mengabadikan dirinya kepada personaliti jahat yang mendiami dirinya.

Dari sudut sains, kita membicarakan masalah yang berlaku pada Edward Nygma ini dalam kategori penyakit mental yang dipanggil sebagai Split Personality dalam kategori Dissociative Identity Disorder. Penyakit ini mempunyai pelbagai faktoir dan salah satu daripadanya ialah deraan mental yang berlaku. Kita sedia maklum bahawa dilemma Edward Nygma yang lurus bendul sering menjadi mangsa buliaan daripada rakan sekerjanya.

Tekanan demi tekanan yang dialami oleh Edward Nygma ini kemudiannya telah mewujudkan sebuah lagi personaliti dalam dirinya. Biasanya personaliti-personaliti lain yang wujud dalam diri seseorang yang mengalami penyakit mental ini adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan yang tidak mungkin dapat diisi oleh personaliti normal dan biasa si pesakit. Dalam siri Gotham, personaliti jahat yang hidup dalam diri Edward Nygma memang jauh lebih sempurna daripada personaliti lurus bendul dan cuai Edward Nygman yang asal. Tetapi disebalik kesempurnaan itu, ada kekejaman yang tersembunyi yang langsung tidak dapat dibayang dek akal.

Biasanya dalam penyakit mental Split Personality ini, perubahan personaliti dalam diri seorang pesakit dipanggil sebagai switching. Proses pertukaran ini boleh berlaku dalam jangka masa seperti minit hingga ke jam bergantung pada keadaan pesakit. Dengan menggunakan hipnosis, terapist boleh berkomunikasi dengan personaliti-personaliti mendiami jiwa pesakit untuk menjalankan siasatan mengenai kejadian trauma yang dialami pesakit yang menyumbang kepada wujudnya personaliti yang berbeza.

Dalam komik pula, The Riddler sering digambarkan sebagai seorang psychopath yang saya kira mempunyai gejala Narsisisme yang sangat tinggi. Narcisism ialah gelaran untuk penyakit mental yang dikaitkan dengan Narcissus, watak dalam mitologi Yunani yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang terlihat bayangan dirinya di atas air dalam perigi, lalu jatuh cinta pada bayangannya itu. Dalam erti kata lain, Narsisisme ialah penyakit adalah perasaan cinta terhadap diri sendiri yang berlebihan. Pakar psikologi berpendapat bahawa sikap Narsisisme ini memang wujud dalam setiap diri manusia. Ianya membantu manusia, tetapi kalau dalam kadar berlebihan. Maka kita akan menerima kajian kes seperti The Riddler.

Edward Nygma dalam komik seringkali melihat dirinya sebagai seorang entiti yang jauh lebih bijak dan tinggi daripada seluruh bangsa manusia. Edward Nygma seringkali dalam obsesi untuk membuktikan perasaan bangga dirinya – bahawa dirinya jauh lebih bijak daripada kebanyakan manusia – dengan mencipta teka-teki yang berkaitan dengan jenayah yang dibuatnya. Setiap kali Edward Nygma membuat jenayah, maka dia akan meninggalkan klu kepada para pengejarnya tetapi klu-klu itu bersifat teka-teki.

Edward Nygma atau The Riddler berbeza dengan kebanyakan watak supervillain dalam siri Batman yang lain. Kalau watak jahat melakukan kejahatan dan kenayah, mesti bermotifkan seperti dendam, idealogi, dan sebagainya. Tetapi tidak The Riddler. Dia melakukan jenayah hanya kerana mahu menyuap egonya. Demi memastikan egonya sebagai manusia yang sangat bijak terus disuap, maka dia kekal melakukan jenayah dan jenayah. Tetapi kenapa dia tidak pernah berhenti? Jawapannya satu sahaja.

Sebab buat pertama kalinya, selepas sekian lamanya, dia menemui lawannya yang setanding iaitu Batman. Egonya dan penyakit narcissisme yang melibatkan perasaan sayang dan kagum yang berlebihan pada dirinya mula terasa goyah. Jadi, egonya tidak boleh tercalar. Satu-satunya cara untuk dapatkan balik perasaan sebagai manusia paling bijak ialah dia harus mengalahkan Batman dalam pertempuran minda antara mereka! Maka bermulalah obsesi yang tidak terkawal Riddler ke atas Batman. Jenayah demi jenayah yang dibuatnya adalah semata-mata untuk mengatasi Batman, yang sering dilabelkan sebagai detektif terhebat yang pernah lahir di dunia.

Di sinilah keunikan watak The Riddler, yang seringkali digambarkan berbeza dengan versinya yang tersendiri. Dalam karya Gotham, saya hanya mampu mengulas tentang personality disoder yang melanda watak Edward Nygma kerana siri tersebut belum habis dan watak The Riddler dalam proses perkembangan kepada Edward Nygma yang kita lihat dalam komik yang seperti mana saya katakan di atas, watak seorang lelaki psychopath narcisist yang obses membuktikan dialah lelaki terbijak di dunia dengan menewaskan Batman. 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here