Muzik Tuhan Yang Mencipta Dunia

1
2098
views

String Theory merupakan salah satu model penciptaan alam. Idea ini sebenarnya telah dikemukakan terlebih dahulu oleh Pythagoras sejak 2,500 tahun yang lalu. Menurut Pythagoras setiap bunyi dihasilkan daripada nisbah frekuensi antara dua objek tertentu. Nisbah 2:1, 3:2 dan 4:5 mempunyai bunyi yang berbeza-beza. Menurutnya lagi, tidak kisah objek apa pun yang kita guna untuk menghasilkan bunyi, kalau nisbahnya sama, ia akan menghasilkan bunyi yang sama. Kalau kita ketuk meja dan kita ketuk gelas, bunyi yang terhasil daripada keduanya akan sama kalau nisbah frekuensi yang dihasilkan adalah sama.

Daripada sini, Pythagoras membentuk disiplin falsafahnya. Idea utamanya adalah alam ini terbentuk hasil daripada getaran dan frekuensi. Getaran dan frekuensi itu pula dihasilkan dengan nisbah dan nombor-nombor tertentu untuk membentuk realiti alam.

Piano merupakan salah satu objek yang mampu menghasilkan pelbagai bunyi. Analogi ini apabila dilihat pada sudut kelestial dan metafizik, alam ini dibentuk hasil daripada bunyi-bunyi ‘piano kelestial’.

Menurut De Broglie, setiap jirim mempunyai gelombang. Kita pun mempunyai gelombang dan getaran. Cuma getarannya terlalu kecil. Dalam lapangan fizik ‘solid state’, atom-atom mempunyai getaran mereka sendiri.

Gambar di bawah menunjukkan monochord kelestial. Monochord adalah satu tangsi (string) yang menghasilkan bunyi. Kalau macam gitar ada banyak tangsi, lima biasanya. Tetapi monochord hanya satu tangsi. Monochord kelestial, tetangsinya bermula daripada bawah sekali iaitu dunia kuantum, tetangsi ini dipetik lalu menghasilkan dunia kuantum. Tentangsi ini berpanjangan sehinggalah ke angkasa. Di angkasa juga, tetangsi dipetik untuk menghasilkan bintang-bintang dan planet. Getaran bunyi inilah yang menghasilkan alam dan isi-isinya.

Mungkin Tuhan yang petik monochord ini.

Ini idea kasar teori tetangsi (String theory)

Comments

comments

1 COMMENT

  1. Namanya pun theory. Tidak semua theory itu betul bila dipraktikkan, dan tidak semua theory itu salah. Banyak yang menepati apa yang sebenarnya. kadangkala, theory yang dicipta mempunyai definisi ataupun maksud yang tersirat dari bahasa theory itu sendiri. Ketepatan sesuatu theory kadangkala tidak dapat ditafsirkan dengan tepat oleh orang yang tidak mencipta theory tersebut, hanya orang yang menciptanya yang memahami maksud sebenar bahasa yang ditimbulkan, menjadikan sesuatu theory itu ditafsirkan mengikut fahaman masing2, dan menjadikannya berbagai anggapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here