Penemuan “Keris” Alam Melayu Di Wales

0
7176
views

Hari ini dunia medsos digemparkan dengan penemuan senjata Alam Melayu di Sungai Towy @ Tywi di Wales, United Kingdom.

Ia dijumpai berdekatan tapak Pelabuhan Carmarthen, yang juga merupakan sebuah pelabuhan yang terkenal dahulu. Pelbagai spekulasi mula ‘membiak’ daripada penemuan ini, tetapi pada pendapat kami di The Patriots, ianya terlalu awal untuk membuat sebarang andaian.

Portal DailyMail mengatakan bahawa senjata tersebut berasal dari kurun ke-18 tetapi sejauh mana kebenaran timeline tersebut belum boleh disahihkan kerana belum dibuat carbon dating terhadap bilah senjata tersebut.

Di sebelah kita pula, ia terlalu awal juga untuk mengatakan ia Sundang atau Keris Panjang.

Perbincangan mengenai sama ada ia Sundang atau Keris Panjang ini timbul kerana kedua bilah tersebut membawa prestij etnik berlainan rumpun Melayu.

Tambah lagi, kita belum tahu bagaimana ia boleh berada di situ. Ia boleh jadi melalui pelayaran, atau di bawa balik oleh penjelajah Eropah sendiri.

Apa pun spekulasi, andaian dan teori, kita letak ke tepi dahulu dan bersama-sama kita meraikan berita baik ini, menghargai penemuan ini yang membawa simbol Kepulauan Melayu.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here