21 Tahun Dalam Kenangan: Ribut Tropika Greg Menerjah Daratan Sabah

0
1118
views
Ribut Tropika Greg 2005

Pada 26 Disember 2017 ini , genaplah 21 tahun tragedi ribut tropika greg menerjah daratan Negeri Dibawah Bayu iaitu Sabah.

Bencana tersebut telah mengejutkan ramai pihak kerana menjadi antara bencana yang terburuk yang pernah tercatat dalam lipatan sejarah negara .

Menurut rekod, Ribut Tropika Greg telah menyebabkan ratusan jiwa hilang dan terkorban serta memusnahkan banyak harta benda di sepanjang laluannya .

Segalanya bermula pada malam 20 Disember 1996 apabila gangguan cuaca yang membentuk kelompok awan ribut terbentuk di Laut China Selatan diantara Vietnam dan Barat Laut Sabah.

21 Disember 1996:

Joint Typhoon Warning Center (JTWC) iaitu antara badan pemantau siklon tropika telah melaporkan wujudnya satu gangguan tropika di Laut China Selatan dalam segmen Nasihat Penting Cuaca Tropika pada 2:00 PM ( waktu Malaysia )

23 Disember 1996:

Gangguan tropika tersebut terus berkembang akibat berlakunya proses perolakan yang berterusan.

24 Disember 1996:

JTWC telah mengeluarkan Amaran Pembentukan Siklon Tropika pada 12:00 PM apabila imej satelit menunjukkan perolakan pada gangguan tropika bertambah padu.

Pada 2:00 PM , gangguan tropika di laut china selatan tersebut telah dinaikkan status menjadi satu lekukan tropika oleh JTWC dan diberi nama “Lekukan Tropika 43W”

25 Disember 1996:

Sekitar 1:00 AM , Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang selama 24 jam yang dijangka akan memberi kesan terhadap Labuan dan Barat Sabah .

Status Lekukan Tropika 43W dinaikkan menjadi ribut tropika oleh JTWC pada 8:00 AM apabila kekuatannya semakin bertambah dan secara rasmi diberi nama timangan “Greg’ .

Angin pusat dengan kelajuan maksimum sekitar 45 knots (83 km/j) telah dikesan ketika ini.

Kelajuan angin terkuat Ribut Tropika Greg kekal tetap pada 45 knots di pusat ribut sehingga ia menerjah daratan di Sabah .

26 Disember 1996:

Akhirnya pusat ribut tropika greg yang membawa angin yang sangat kencang tiba di daratan sabah pada 2.00 AM dan terus membadai sabah sehingga 8.00 AM .

Gambar: Ribut Tropika Greg berdekatan Sabah

Selain membawa angin kecang , Greg turut melimpahkan curahan hujan luar biasa banyak di banjaran Crocker dalam tempoh semalaman.

Sungai-sungai mula dinaiki air. Sedikit demi sedikit, air sungai mula melimpah ke kawasan yang rendah dan menyebabkan banjir.

Antara kawasan yang terjejas teruk dibadai greg ialah Kota Kinabalu,Tuaran, Papar, Penampang, Keningau,Sipitang, Tenom, Telupid dan Beaufort .

Keningau mencatatkan jumlah jiwa terkorban yang paling tinggi .

Setelah memusnahkan apa sahaja yang berada dilaluannya , Ribut Tropika Greg mula memasuki Laut Sulu .

JTWC menurunkan status Ribut Tropika Greg kepada Lekukan Tropika pada 2:00 PM apabila kekuatan Greg semakin melemah apabila merentasi perairan Laut Sulu dan memasuki kawasan Laut Sulawesi.

27 Disember 1996:

Pada 2:00 PM , JTWC telah mengeluarkan amaran cuaca terakhir apabila lekukan tropika terus melemah.

28 Disember 1996:

“Sisa-sisa” Ribut Greg akhirnya disahkan hilang sepenuhnya di kawasan timur laut Sulawesi .Kali terakhir sistem gangguan cuaca ini dikesan pada 2:00 PM .

Wallahu A’lam.

Rujukan:

– Joint Typhoon Warning Center. 1996 Pacific Typhoon Tropical Cyclone Report.
( https://metoc.ndbc.noaa.gov/JTWC/ )

-1996 Hurricane/Tropical Data for Western Pacific http://www.weather.unisys.com/hurricane/w_pacific/1996H/index.php

– Malaysian Meteorological Department
( www.met.gov.my )

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here