Hierarki Dalam Kapal Lanun

0
2452
views

Kapten

Jawatan tertinggi dalam kapal lanun. Biasanya seorang kapten adalah dipilih secara undian oleh kru-kru kapal yang lain dan seseorang yang mendapat undi majoriti yang menjadi seorang kapten. Biasanya seorang kapten itu adalah seorang yang berani, tangkas dan hebat bertarung, serta tidak takutkan cabaran dan dugaan.

Quartermaster

Dibawah seorang kapten, juga second-in-comand dalam kapal lanun ialah seorang quartermaster. Seorang quartermaster mempunyai kuasa untuk menghukum kru kapal atas kesalahan-kesalahan yang ringan.

Sailing Master

Bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan dengan pengendalian perlayaran kapal ketika rentas lautan. Contohnya seperti, memastikan kapal berada dalam laluan perlayaran yang betul, menjaga kompas, peta dan carta yang diperlukan.

Master Gunner

Master gunner adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengendalikan persenjataan sebuah kapal perlanunan serta bekalan peluru. Mereka akan memastikan setiap serbuk peluru berada dalam keadaan kering dan setiap senjata dalam keadaan yang baik dan diperbaiki seiring dengan masa.

Mate

Biasanya dalam sebuah kapal lanun, terdapat lebih seorang mate. Mereka melakukan kerja-kerja yang agak umum seperti menjadi pembantu untuk kru kapal yang lain, menaikkan sauh, dan memastikan kapal mempunyai tali temali dan layar yang berfungsi dengan baik.

Rigger

Tugas yang paling berbahaya dalam kapal lanun. Berisiko untuk terjatuh dari tempat tinggi. Mereka akan berada di tiang-tiang kapal yang tinggi, mengawal tali-temali kapal serta membuka dan menutup layar ketika perlayaran.

Tukang Kayu

Tugasnya ialah memastikan setiap bahagian kapal diperbaiki dengan sepatutnya. Bahagian-bahagian kapal seperti mast dan yard (bahagian yang terletak pada tiang kapal lanun), dan memeriksa bahagian hull (bahagian bawah kapal) untuk memastikan tidak ada bahagian kapal yang bocor, sekaligus akan menenggelamkan kapal.

Boatswain

Bertanggungjawab untuk memeriksa dan mengawal setiap aktiviti pembaikian kapal, memeriksa setiap struktur kapal, layar, dan aktiviti menarik tali-temali setiap hari termasuklah yang melibatkan menarik dan melepaskan sauh.

Able-bodied Sailor

Seorang pelaut yang sudah biasa berada di lautan, dan pengalamannya membaca cuaca, ombak, mengawal penggerakkan kapal, navigasi, dan mengendalikan setiap kelengkapan kapal adalah ditangannya.

Cabin Boy

Biasanya anak kecil yang diculik untuk menjadi seorang hamba di atas kapal atau juga seorang sukarelawan yang biasanya melibatkan runaway.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here