Genghis Khan: Pengasas Kepada Empayar Daratan Terbesar Dalam Sejarah

0
2191
views

Kata orang, seorang tokoh agung itu biasanya lahir dari kehidupan yang susah dan sukar ketika awal hidupnya. Masa yang susah ini sedang membentuk permata yang sangat berkilau. Salah satu daripadanya, perkenalkan kepada kalian seorang penakluk agung dalam sejarah iaitu Genghis Khan, yang mengasaskan sebuah empayar daratan terbesar di dunia, dan hanya akan diatasi keluasan empayarnya pada ratusan tahun yang kemudiannya oleh British, itu pun dengan kemampuan teknologi moden ketika itu.

Temujin, itulah nama yang disematkan pada tokoh ini. Kisah hidupnya bermula ketika pertengahan abad ke-12 (tarikh lahirnya tidak diketahui kerana tiada catatan yang kukuh dari aMonggol sendiri ketika itu namun kita boleh beranggapan bahawa tarikhnya mungkin 1162 Masihi). Temujin ialah anak kepada seorang ketika ketua daripada salah satu puak daripada lebih tiga puluh puak yang menguasai Mongolia ketika itu. Nama puak Temujin ialah Taichiud. Pada usia 9 tahun sahaja, Temujin dihadapkan dengan realiti kehidupan apabila Yesuigei, ayahnya Temujin diracun oleh musuh daripada puak Tatars.

Dikisahkan ketika khabar tentang ayahnya hinggap di telinganya, dia terus bergegas kembali ke rumahnya hanya mendapati bahawa selepas kematian ayahnya, untuk cepat mengambil alih kuasa ayahnya dan menabalkan dirinya sebagai ketua puak tersebut yang baru. Namun, puak ayahnya sendiri menolak Temujin sebagai ketua dan menghalau keluarganya untuk hidup ditengah-tengah padang pasir sebagai seorang scavengers. Ketika itu, Temujin hilang segala-galanya. Termasuklah Börte, seorang gadis yang dimana dijanjikan untuk menjadi isteri Temujin daripada puak yang berjiran dengan puak Temujin sewaktu dirinya masih lagi bergelar anak kepada ketua puaknya.

Kemudiannya, sejarah menceritakan kepada kita bagaimana Temujin sendiri diculik oleh puaknya sendiri dan dijadikan seperti hamba dalam tawanan. Namun, dengan bantuan seorang pegawal yang menjaganya, Temujin berjaya melarikan diri. Kejayaan Temujin ini telah membina prestij ke atas namanya. Ketika inilah Temujin bersumpah setia dengan Jelme and Bo’orchu yang selepas ini akan menjadi salah seorang daripada jeneral perang hebatnya.

Nasihat daripada ibunya iaitu Höelün sendiri tentunya telah menjadi azimatnya. Kata ibunya kekuatan terletak pada kepentingan kekuatan dalam nombor. Mungkin sebab itu, Temujin menghabiskan usia remajanya untuk mengikat pertalian dan memperbaiki hubungannya dengan bekas-bekas sekutu ayahnya. Ketika berusia 16 tahun, dia akhirnya berjaya berkahwin dengan Börte yang merupakan gadis yang dijanjikan perkahwinan dengannya. Ketika dia berada jauh dari isterinya, dalam misi mempersembahkan hadiah kepada puak-puak yang berjiran dengannya, puak Merkit yang juga pernah menculik ibunya telah menculik Börte, memaksa Genghis Khan melakukan sesuatu.

Namun, dia tidak terlalu emosional dalam mengendalikan hal tersebut. Dia tidak mengejar terus penculik isterinya, sebaliknya dia mengumpulkan dahulu pengikutnya sehingga membentuk pasukan kecil berjumlah 500 orang terdiri daripada sekutu dan pengikutnya dan terus menyerang dan menjarah kem Merkit. Börte berjaya diselamatkan dan puak Merkits dihabiskan olehnya.

Selepas itu adalah sejarah. Temujin menyatukan seluruh Monggolia melalui siri peperangan, penyatuan politik, diplomasi, pembunuhan politik. Ia dilakukan ketika usianya pada angka 40 tahun. Antara kisah penyatuan Monggolia yang terkenal oleh Temujin ialah bagaimana dia berjaya membalas dendam ke atas kematian ayahandanya, memburu habis puak Tartar yang meracuni ayahnya. Dia dikatakan telah memaasak ketua kepada puak Tatar yang membunuh ayahnya di dalam air yang mendidih. Musuh puak ayahnya pula dibunuh satu persatu, sehinggakan dikatakan Temujin membina piramid yang terdiri daripada tulang belulang para musuhnya. Tetapi sudah tentu, bukan semuanya yang dihabiskan nyawa. Penunggang kuda terbaik, pakar senjata dan sebagainya diambil masuk ke dalam pasukannya. Kemuncaknya ketika Temujin menyatukan seluruh Mongol, dia dikatakan mempunyai lebih kurang 100, 000 orang tentera!

Lagipun pasukan yang berjumlah 100, 000 orang itu pun bukan calang-calang pasukan. Ia adalah angkatan berkuda yang sangat berdisipilin dan sangat tersusun dengan hierakri tenteranya tersendiri. Dan angkatan tentera berkuda ini mula menyasarkan penaklukan pertama diluar Mongolia dan yang menjadi mangsanya ialah Dinasti Xia Barat di China. Ketika penaklukan ini, pasukan Monggol menggunakan taktik false retreat (pengunduran palsu). Ketika pasukan Xia mengejar pasukan Monggol yang sedang berundur, mereka akan dibawa menghadap pasukan Mongol yang lain yang akan menghujani mereka dengan anak panah. Selepas tunduknya Dinasti Xia Barat, sasaran Monggol ialah Dinasti Jin yang mempunyai ketumbukan dan kekuatan sebanyak 600, 000 orang tentera. Namun ketika itu, Dinasti Jin sedang sibuk berperang melawan Dinasti Song di selatan.

Tiga Dinasti China yang bakal menjadi mangsa Genghis Khan dan Monggol

Strategi awal untuk mengalahkan Jin yang lebih besar ketumbukan tentera itu ialah dengan Temujin mengarahkan untuk menyerang kota-kota kecil Jin sebelum menyerang Zhongdu yang merupakan pusat pemerintahan Dinasti Jin. Daripada situ, Temujin dapat mengumpulkan pakar-pakar teknologi perang cina yang mampu membinakan Temujin mesin perang untuk pengepungan ke atas Zhongdu kelak. Akhirnya, dengan bantuan mesin perang yang mampu melancarkan 45 kilogram batu ke atas tembok-tembok batgu kota Zhongdu, akhirnya ibu kota Dinasti Jin itu berjaya ditakluknya.

Selepas itu, Temujin menyasarkan pula untuk menguasai laluan sutera. Satu-satunya halangan untuk dia menguasai laluan sutera ini adalah sebuah empayar Islam iaitu Khwarezmia yang diperintah oleh Sultan Muhammad II. Dalam usaha untuk menguasai laluan sutera ini, Temujin memulakan usaha dengan kaedah diplomasi apabila menghantarkan beberapa hadiah untuk ditukar dengan laluan perdagangan yang bebas cukai. Namun, semuanya berubah apabila salah satu daripada konvoi pedagang Mongol telah diserang dan dibunuh oleh salah seorang daripada gabenor Sultan Muhammad II.

Wilayah Islam yang bakal dilanggar oleh Monggol

Terbakar dengan apa yang berlaku, maka Temujin mula menyerang empayar Khwarezmia. Tidak kurang dari 200 ribu pasukan Mongol menyerbu wilayah kekuasaan Kerajaan Khwarezmia. Dalam waktu dua tahun, kawasan Asia Tengah dikuasai dan ditaklukkan tentara Mongol. Wilayah-wilayah penting dalam peradaban Islam seperti, Bukhara, Samarkand, dan ibu kota Khwarizmia habis diratakan. Dikatakan lebih sejuta nyawa umat Islam melayang dalam tragedi ini.

Empayar Genghis Khan dan kemudian disambung oleh legasinya.

Selepas berjaya meratakan Khwarezmia ke dalam taklukannya, dia kembali menyasarkan focus pada Dinasti Xia Barat yang enggan untuk menghantarkan tenteranya membantu kempen Temujin ke dalam wilayah Khawarezmia. Namun ketika kempen mengajarkan Dinasti Xia Barat ini, dikatakan Temujin terjatuh dari kudanya lalu mengakibatkan kecederaan dalaman. Detik 1227 Masihi mengatakan bahawa Genghis Khan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum Dinasti Xia Barat berjaya dilumatkan seperti Khawarezmia. Pewaris kepada Genghis seterusnya iaitu Kublai Khan dan Ogedei yang menyambung legasi Genghis Khan meluaskan empayarnya.

Sumber:

All About History: Book Of Historic Leader (2014) Imagine Publishing Ltd

History. Genghis Khan (Link Website: http://www.history.com/topics/genghis-khan)

 

Comments

comments

Previous articleChunghua Taipei Dan ‘One China Principle’
Next articlePertempuran Dhat As-Sawari: Penguasaan Laut Mediterranean Dirampas Dari Tangan Rom
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here