Kisah Wanita Korea Utara Yang Lari Dari Negaranya

0
7039
views
Gambar milik TED Channel di Youtube

HyeonSeo Lee seorang wanita Korea Utara yang melarikan diri dari negaranya.

Dalam temubual oleh The Daily Signal, Lee menceritakan bagaimana kehidupan sebenar di Korea Utara, Sejak kecil lagi sebelum mereka mengenali nama ibu bapa, Mereka wajib mengenali nama-nama pemimpin Korea Utara terlebih dahulu. Mereka fikir hanya negara Korea Utara sahaja yang paling bahagia di dunia ini. Rakyat Korea Utara tidak tahu apa yang terjadi pada dunia luar dan tidak tahu mereka sedang menderita.

Kisah pemimpin Korea Utara berjalan di atas pelangi untuk menyeberangi gunung ke gunung membuatkan rakyatnya mempercayai bahawa pemimpin mereka bukanlah manusia biasa tetapi ‘tuhan’.Seperti hari kanak-kanak biasa yang disambut diseluruh negara, tetapi di Korea Utara lain pula sambutannya.

Sekolah-sekolah disana akan mengadakan satu permainan dimana pelajar akan menikam atau memukul patung tentera Amerika Syarikat. Mereka diajar supaya membenci Amerika Syarikat, Banyak gambar propaganda terhadap Amerika Syarikat disebarkan.

Ia semua berubah apabila berlaku Kebuluran Besar melanda Korea Utara pada sekitar 90-an. Ketika itu, dia mula sedar ada sesuatu yang tidak kena pada negaranya, sekaligus memulakan perjalanan paling besar dalam hidupnya, melarikan diri daripada negara yang paling tertutup di dunia itu. Pelbagai persoalan mula menerjah mindanya untuk keluar dari ilusi yang disumbat dikepalanya. Kemuncaknya, kita semua tahu beliau antara warga Korea Utara yang berjaya lari dari kediktatoran pemerintahan Juche di Korea Utara.

Boleh baca bukunya yang bertajuk ‘The Girl With Seven Names’ untuk mengetahui kisah yang berlaku di Korea Utara dan sejarah hidupnya.

Boleh juga lihat video tentang kisah hidupnya:

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here