Penjajah Sepanyol Telah Datang Ke Alam Melayu Melalui Pelabuhan Mexico?

0
1588
views

Salah satu petunjuk untuk menemui bukti aktiviti trans-lautan atau aktiviti rentas lautan pra-kolonial Mexico bukanlah berdasarkan aktiviti Aztec di kawasan pedalaman, tetapi ia berdasarkan kerajaan Purepecha dan Tzintuntzan yang terletak di persisiran pantai Mexico.

Orang Purepechans atau dikenali sebagai Tarascans, telah memberitahu penjajah Sepanyol bahawa nenek moyang mereka berasal dari kepulauan di sebelah lautan dan satu kawasan yang terletak di Selatan Colima. Kawasan yang terletak di Selatan Colima ini dari segi linguistik menurut sesetengah sejarawan, dipercayai terletak di sekitar kawasan Colombia moden dan persisiran pantai Inca. Teori ini disokong dengan bukti arkeologi dan artifak Inca yang dijumpai disepanjang persisiran pantai barat Mexico.

Namun begitu, terdapat satu persoalan. Dalam cerita mereka, mereka telah menyebut tentang perahu lading (dug-out conoes) yang telah digunakan oleh nenek moyang mereka untuk merentasi Lautan Pasifik. Tetapi mereka tidak mengatakan jika perahu tersebut dimiliki oleh nenek moyang mereka atau disediakan oleh bangsa-bangsa maritim seperti Malayo-Polinesia yang dipercayai telah menjalankan aktiviti di Benua Amerika lebih awal lagi.

Selain itu, selepas jatuhnya Empayar Aztec kepada penjajah Sepanyol pada tahun 1520-an, penjajah Sepanyol telah meluaskan tanah jajahan mereka ke kerajaan-kerajaan Mexico di sepanjang persisiran pantai Pasifik Mexico dan menubuhkan pelabuhan Columbia pertama di Manzanillo yang berada di dalam kawasan Puripechan-Tarascans. Walaupun keluarga diraja Puripechan-Tarascans ini telah membantu dan bekerjasama dengan Sepanyol, malangnya mereka telah dibunuh tanpa belas kasihan. Oleh sebab itu, penjajah Sepanyol tidak diganggu langsung oleh kaum pribumi Mexico lain dan ini telah menyenangkan kerja mereka untuk belayar ke Filipina, Celebes, dan Moluccas.

Bagi saya, tak mustahil untuk saya katakan bahawa kerajaan Manzanillo dan kerajaan-kerajaan purba pra-kolonial Mexico pernah dikunjungi pelayar Malayo-Polinesia dari lautan Pasifik. Hal ini sedemikian kerana, tradisi dan aktiviti maritim yang kompleks telah lama berakar umbi dan lebih awal dieksplorasi di kalangan masyarakat Malayo-Polinesia berbanding kuasa-kuasa Eropah. Contohnya, dipercayai salah satu migrasi terbesar ke Madagascar dipelopori bangsa Malayo-Polinesia. Tindakan Spanish berlayar merentasi Lautan Pasifik merupakan satu ulangan yang sudah lama dilakukan oleh bangsa Malayo-Polinesia sebelum ini.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here