Kapten Blackbeard: Lanun Termasyur Ketika Era Keemasan Perlanunan

0
2616
views
Blackbeard (kiri) bertempur dengan pelayar British (kanan)

Dalam sejarah kita, terdapat sebuah fasa yang dinamakan sebagai Era Keemasan Perlanunan (Golden Age of Piracy). Nama yang sering dikaitkan dengan era ini selalunya ialah Blackbeard atau nama sebenarnya ialah Edward Teach, atau nama keluarga lain yang dicadangkan ialah seperti Thatch atau Thack. Biasanya pada era sebegini, para lanun tidak akan menggunakan nama sebenarnya kerana dikhuatiri akan memberikan nama buruk kepada keluarga mereka.

Blackbeard, anak jati Bristol, England ini membesar sebagai seorang privateer atau corsair, yakni seorang yang bertanggungjawab menyerang kapal musuh ketika waktu perang yakni ketika itu, Spanish War Of Succession atau juga dikenali sebagai Queen Anne’s War.

Sebaik sahaja perang tamat, Blackbeard dikatakan telah mengembara ke New Providences yang juga dikenali sebagai Republic Of Pirates disekitar Bahamas hari ini. Di sini, peraturan dan undang-undang yang terpakai di dunia luar adalah diabaikan terus. Di sini juga merupakan sarang lanun terkenal dan ketika di sinilah Blackbeard menemui Benjamin Hornigold dan menyertai kru kapalnya. Maka kehidupan Blackbeard sebagai lanun pun bermula.

Wilayah New Providence

Nampaknya potensi Blackbeard untuk mencipta nama dapat dikesan oleh nahkoda kapal lanun yang disertainya. Hornigold ada mencatatkan tentang potensi Blackbeard dalam bukunya pada tahun 1724 yang bertajuk A General History Of The Robberies And The Murders Of The Most Notorius Pyrate. Bersama dengan Hornigold, Blackbeard telah menghantui laut ketika itu dengan menyerang dan melanun beberapa buah kapal terkenal.

Beberapa tahun selepas melanun, maka Hornigold dikatakan telah “bersara” daripada kegiatan kelanunnya dengan menerima pengampunan diraja oleh British ketika itu, meninggalkan Blackbeard. Dalam ketika waktu itulah dikatakan bahawa Stede Bonnet yang datang dari keluarga tentera yang kaya raya, juga dikenali sebagai The Gentleman Pirate telah menyertai kegiatan kelanunan bersama dengan Blackbeard. Malangnya ketika itu, Bonnet tidak mampu untuk mengawal krunya lalu menyerahkan kuasa sebagai nahkoda kepada Blackbeard.

Bersama-sama dengan Bonnet, Blackbeard memulakan legendanya sebagai lanun yang digeruni dalam sejarah apabila menyerang kapal pedagang Perancis yang bernama La Concorde lalu merampas kapal tersebut dan menamakannya semua sebagai Queen Anne’s Revenge, melengkapkan kapal tersebut dengan 40 buah senjata api. Bersama menyertai Blackbeard yang merupakan penumpang kepada La Concorde ialah beberapa orang kru yang sukarela bersama Blackbeard dan juga tiga doktor yang merupakan pakar bedah, dua tukang kayu, dua orang kelasi kapal dan juga seorang tukang masak.

Selepas itu, Queen Anne’s Revenge akan berlayar mengganas di lautan dengan bendera hitam yang berlambangkan tengkorak sedang melembingkan sekeping hati, dan dimana selepas itu imej itu akan sinonim dengan keganasan yang dilakukan oleh Blackbeard.

Bendera Kapal Queen Anne’s Revenge

Namun, kebanyakan kisah yang berkaitan dengan “kejahatannya” adalah kebanyakan legenda. Kononnya dia pernah menembak salah seorang kru terawal yang bersama dengannya dalam aktiviti melanun ini. Ketika berbuat demikian, dia dikatakan mengatakan “aku terpaksa melakukannya kerana takut kalian akan melupakan aku.”

Kapal Queen Anne’s Revenge Dalam Filem Pirate Of The Carribean

Dalam legenda yang lain pula, ketika dia sedang mabuk selepas meneguk alcohol, dia dikatakan mencabar kru kapalnya untuk duduk dalam kapalnya sambil dia membakar sebuah sulfur di dalam sebuah kawah. Asap yang terhasil dari sulfur trsebut telah menyebabkan kru-kru kapalanya tidak sedarkan diri kecuali dirinya yang masih gagah bertahan. Lalu dia dikatakan berkata “celaka kalian semua yang lembik. Ternyata aku lebih kuat daripada kalian!” Dalam suatu masa yang lain, dia dikatakan menjadikan para isteri yang bersama dengannya di atas kapal laksana seorang pelacur untuk kru-kru kapalnya.

Bahkan kekejaman dan kegerunan yang selalu dikaitkan dengannya dalam legenda adalah berbeza dengan kenyataan sejarah yang sebenarnya. Dia lebih terlihat sebagai seorang yang “gentlemen” dalam berhadapan dengan musuhnya. Dalam sebuah kisah ketika dia menguasai sebuah pelabuhan bernama Charleston selama seminggu detiknya. Dek ketika itu kerana ketiadaan kapal pengawal yang berjaga, dia telah menawan sebuah kapal bernama Crowley yang menempatkan banyak orang awam. Salah satu daripadanya ialah Samuel Wragg ahli kaunsel pentadbiran Carolina.

Blackbeard telah mengugut untuk membunuh isi kapal Crowley kalau sekiranya pihak yang pentadbiran Carolina tidak menyerahkan bekalan ubat-ubatan seperti mana yang dimintya. Samuel Wragg telah dihantar ke sana bersama dengan dua orang lanun yang akan mengiringinya dalam proses memujuk pentadbiran Carolina. Masa yang diberikan ialah tiga hari. Namun selepas dua hari, Wragg bersama dengan dua orang lanunnya masih belum pulang. Orang awam yang berada dibawah tawanan Blackbeard sudah mula ketakutan, dan menyangka bahawa hari itu hayat mereka akan ditamatkan. Namun lebih mengejutkan, Blackbeard memberikan masa dua hari lagi lanjutan.

Akhirnya, bekalan ubat-ubatan pun sampai. Rupa-rupanya dua orang lanun yang disuruh menemani Wragg punya angkara. Ketika Wrag berjaya mendapatkan bekalan ubat-ubatan yang diminta oleh Blackbeard, dua orang lanun itu pula sedang mabuk di bar yang berdekatan sehingga tidak mampu untuk mengendalikan sampan untuk kembali ke Blackbeard menyebabkan hari agak tergendala. Selepas mendapatkan bekalan tersebut, Blackbeard pun melepaskan setiap tawanannya tanpa langsung menyentuh mereka. Ini sekaligus berbeza dengan legenda yang selalu menyelubungi batang tubuh Blackbeard ini.

Selepas beberapa ketika terlibat sebagai lanun, maka Blackbeard merasakan bahawa dia perlukan kehidupan sebagai orang biasa yang lebih aman. Dia telah mendapatkan gabenor untuk wilayah Virginia. Namun, beberapa bulan kemudian, Blackbeard kembali menyertai perlanunan dan terus diburu oleh Lieutenant Robert Maynard yang diarahkan oleh gabenor Virgina sendiri.

Dikatakan ketika kembali menyertai perlanunan, Blackbeard bertemu dengan beberapa individu yang turut berbahaya sebagai seorang lanun, lalu meluangkan masa petangnya bersama dengan mereka dengan bermabuk-mabuk pada hari itu. Maynard berjaya menjejak Blackbeard lalu berlakulah pertempuran. Dalam pertempuran ini, Maynard berpura-pura kalah. Blackbeard pula terbeli dengan lakonan Maynard lalu mendarat di atas kapalnya.

Namun sebaik sahaja berada di atas kapal tersebut, kru Maynard yang selebihnya yang bersembunyi pun keluar dan berlakulah pertempuran sekali lagi di antara Maynard dan Blackberad berserta kru-kru kapal mereka. Malangnya telah dibunuh oleh salah seorang krtu Maynard, sekaligus menamatkan hayat Blackbeard, kapten paling legenda dalam sejarah perlanunan. Namun demikian, Maynard mendapati bahawa Blackbeard tidak membawa bersamanya harta-harta yang dikumpulkan sepanjang menjadi seorang lanun. Lalu ramai pula yang percaya tentang legenda yang berkaitan dengan harta karun Blackbeard yang disembunyikan di satu bahagian bumi ini, mengelak dari dicari oleh sesiapa sahaja terutama musuhnya!

Rujukan:

All About History: The Book Of Pirates (2017) Future Publishing Ltd

Qaronline (2017) Blackbeard: History of the Dreaded Pirate (Link: https://www.qaronline.org/history/blackbeard )

 

Comments

comments

Previous articleSiapakah Pewaris Syurga Firdaus?
Next articleSinar Ilmu Islam Yang Memayungi Bumi Sepanyol
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here