Pertempuran Julu: 50 Ribu Menang Ke Atas 200 Ribu Tentera

0
1011
views

Dinasti Qin ialah sebuah dinasti yang pertama dalam sejarah China yang berjaya menyatukan seluruh China. Terima kasih kepada dasar kuku besi dan diktator yang digunakan oleh Shi Huang Di. Namun empayar Qin tidak mampu bertahan lama apabila akhirnya kembali terjerumus ke dalam kancah perpecahan. Antara tokoh terawal yang bangkit memberontak melawan Qin tidak lain dan tidak bukan ialah Xiang Yu, salah seorang daripada jeneral terhebat dalam sejarah China. Pertempuran ini dikatakan berlaku pada 207 hingga 208 Masihi.

Maka mahu menundukkan segala pemberontakan yang berlaku di seluruh Empayar Qin, maka maharaja Qin ketika itu, telah menghantar seorang jeneral perang bernama Zhang Han ke beberapa kawasan di dalam empayarnya dan antaranya ialah negeri Zhao. Pemerintah Zhao ketika itu telah mendapatkan rakan pemberontaknya iaitu raja Negeri Chu yang bernama Raja Huai II. Raja Huai II menghantar dua orang komander perang iaitu Liu Bang untuk terus menawan ke arah ibu kota Qin yang terletak di Guanzhong manakala Raja Huai II telah menghantarkan Song Yi bersama dengan Xiang Yu sebagai pembantunya untuk ke Handan, untuk mempertahankan kota Handan yang merupakan pusat pemerintahan negeri Zhao, yang ketika itu dikepung oleh dua orang anak buah Zhang Han yang bernama Wang Li dan She Jian.

Saya disini tidak mahu berbicara tentang perjalanan Liu Bang ke Guanzhong sebaliknya mahu bercerita mengenai pertempuran yang telah melemahkan terus Empayar Qin. Diceritakan bahawa askar yang dibawa Song Yi telah sampai ke Anyang, di mana tempat yang berdekatan Julu, tempat pasukan yang dipimpin oleh pemerintah negeri Zhao berundur selepas pasukan Qin berjaya melintasi Sungai Kuning dan menjarah kota pemerintahan Zhao.

Sampai sahaja disitu, Songyi terus memerintahkan tenteranya berkampung selama 46 hari, yang dimana tindakan ini langsung tidak disenangi oleh Xiang Yu merasakan bahawa tindakan Song Yi sebenarnya merupakan sebuah kesilapan. Lagipun ini ialah peluang untuk Xiang Yu membalas dendam di atas kehilangan ayahandanya Xiang Lang di tangan Empayar Qing.

Namun kelihatan seperti Song Yi seperti tidak bersetuju dengan cadangan Xiang Yu untuk terus berdepan dengan pasukan Zhang Han. Lalu pertengkaran berlaku antara Xiang Yu dan Song Yi di mana Song Yi menganggap bahawa Xiang Yu terlalu mengikut kepala angin dan tindakan Xiang Yu itu sebenarnya tindakan bodoh dan membunuh diri. Bahkan Song Yi menuduh bahawa Xiang Yu sedang mengejar nama dan kemasyuran dan terus mengancam kalau Xiang Yu melanggar arahannya, maka Xiang Yu akan dibunuh. Bengang kerana dirinya dipermainkan, maka Xiang Yu telah membunuh Song Yi lalu mengambil alih pasukan itu. Tiada langsung jeneral perang lain yang berani melawan Xiang Yu. Kemudian dari situ, Xiang Yu terus memimpin 50 ribu orang askar Negeri Chu yang sebelum ini diamanahkan kepada Song Yi.

Namun, awalnya Xiang Yu dikatakan hanya menghantar 20 ribu orang askar dibawah pimpinan Ying Bu dan Zhongli Mo melintasi Sungai Kuning untuk sampai ke Julu, wilayah berlaku pertempuran. 20 ribu askar Chu itu berjaya memenangi beberapa pertempuran kecil. Kemudian, Xiang Yu sendiri memimpin baki askarnya untuk ke Julu. Namun, memandangkan kali ini mereka bakal berdepan dengan askar yang lebih besar, maka Xiang Yu telah melakukan sebuah strategi yang sangat bijak.

Xiang Yu telah mengarahkan agar kawah, kuali dan segala alatan memasak dibuang ke dalam sungai yang dilintasi leh mereka. Mereka hanya dibenarkan membawa bekalan yang hanya cukup untuk hidup 3 hari. Ini sebagai memberi mesej kepada pasukannya bahawa satu-satunya cara untuk mereka menang ialah berlawan sehabis baik, dan merampas bekalan makanan lawan. Sejarawan mencatatkan bahawa ketika itu, setiap askar-askar Chu berlawan dengan sangat garang dan tidak pernah menyerang walau sesaat pun. Dicatatkan bahawa setiap seorang askar Chu telah membunuh 10 orang tentera Qin. Zhang Han dikatakan telah berundur ke Jiyuan.

Pasukan-pasukan pemberontakan yang lain yang sebelum ini kecut perut untuk bersama dengan Xiang Yu seorang diri berdepan dengan bala 200 ribu orang askar Qin terus menyatakan kesudian mereka selepas kagum dengan kehebatan dan kepimpinan Xiang Yu. Jumlah tentera Xiang Yu yang berjumlah 50-60 ribu orang itu terus bertambah menjadi 400 ribu orang, gabungan daripada tentera-tentera pemberontak dari negeri-negeri seluruh Empayar Qin. Kemudian, Xiang Yu terus mara ke kem Zhang Han sebelum lelaki itu sendiri menyerah kalah selepas melihat bala askar yang dibawa oleh Xiang Yu.

Kira-kira selepas pertempuran itu, hampir keseluruhan pasukan Qin yang berjumlah 200 ribu orang mati di tangan 50 ribu orang tentera Chu manakala 200 ribu orang tentera Qin dibawah pimpinan Zhang Han telah menyerah kalah bersama dengan Zhang Han. Zhang Han, bersama dengan dua orang jeneral perangnya bernama Sima Xin dan Dong Yi telah diberi pengampunan oleh Xiang Yu selepas mereka menjadi mangsa fitnah sida Zhao Gao yang mendampingi maharaja Qin ketika itu, Qin Er Shi ketika dia menghantar surat kepada Xiangyang yang merupakan ibu kota Empayar Qin. Kata Sida Zhao, Zhang Han telah berkomplot dengan pasukan pemberontak, lalu mengakibatkan kekalahan Qin.

Namun, selain daripada Zhang Han, Sima Xin dan Dong Yi, salah seorang daripada jeneral perang Zhang Han yang bernama She Jian telah membunuh diri dengan mencampakkan tubuhnya ke dalam api apabila memilih untuk tidak hidup sebagai pengkhianat. Lebih memilukan lagi dalam pertempuran, ini dicatatkan bahawa 200 ribu orang askar Qin telah ditanam hidup-hidup oleh Xiang Yu dengan pelbagai alasan dan antaranya ialah takut askar Qin itu akan berpaling dan memberontak.

Antara alasan lain yang dijangka oleh sejarawan ialah kemungkinan besar operasi bunuh secara besar-besaran berlaku kerana Xiang Yu merasakan bahawa bekalanan makannya tidak akan menampung perut askar-askar Qin nanti. Namun berbeza dengan nasib dengan askar-askar dibawah merekam tiga orang jeneral perang Qin yang menyerah kemudiannya nanti dilantik oleh Xiang Yu sebagai raja di beberapa wilayahnya selepas kejayaan Xiang Yu menjatuhkan Dinasti Qin kelak.

-HE-

*Gambar sekadar hiasan

Comments

comments

Previous articleSiapakah Snouck Hurgronje Dalam Buku Teks Sejarah?
Next articleJom Kenali Sejarah Dan Perihal Zodiak Dalam Kalendar Cina
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here