Tragedi Pesawat MH653 Di Tanjung Kupang

0
2158
views
FILE PHOTO - Malaysia Airlines planes sit on the tarmac at Kuala Lumpur International Airport July 21, 2014. REUTERS/Edgar Su/File Photo

4 Disember 1977 : Sebuah pesawat MAS, MH653 terhempas di Tanjung Kupang, Johor.

Asalnya pesawat MH653 itu sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Subang.

Ketika berada di ruang udara Batu Arang, tidak jauh dari Lapangan Terbang Subang, pesawat MH653 didakwa telah dirampas oleh sekumpulan pengganas yang tidak dikenali.

Menara komunikasi mendedahkan bahawa pesawat akan terbang ke Singapura.

Dikhabarkan juga beberapa das tembakan turut kedengaran, dan juruterbang serta pembantunya terkorban. Ini mengakibatkan pesawat terbang tanpa jurupandu.

Dan sesampainya di ruang udara Tanjung Kupang, Johor, hanya beberapa kilometer lagi hendak memasuki ruang udara Singapura, MH653 terhempas.

Sebab musabab terhempasnya pesawat tersebut masih misteri.

Pelbagai spekulasi timbul. Hanya akhbar, siaran berita di radio dan televisyen yang menjadi rujukan maklumat oleh rakyat pada waktu itu.

Ada dua kemungkinan, samada ia meletup angkara pengganas, atau pun ditembak jatuh oleh pihak berkuasa samada Malaysia sendiri ataupun dari pihak Singapura.

Kes yang hingga kini diklasifikasikan sebagai ‘unsolved’.

100 orang terkorban yang terdiri daripada kru dan penumpang. Antara mereka yang menjadi mangsa termasuk lah orang-orang kenamaan dan para diplomat asing.

Tentera Merah Jepun atau Japanese Red Army yang pernah menawan Bangunan AIA pada tahun 1975, disyaki sebagai kumpulan yang bertanggungjawab ke atas insiden terhempasnya MH653. Dekad 70an, sememangnya Tentera Merah Jepun begitu giat menawan bangunan-bangunan penting dan pesawat-pesawat di negara-negara tertentu untuk kemandirian ideologi mereka.

Meski Tentera Merah Jepun menjadi suspek nahas, namun tiada bukti susulan yang mereka terlibat. Malah di pihak Tentera Merah Jepun sendiri, tiada sebarang pengakuan atau kenyataan dibuat berkait dengan nahas itu.

Satu tugu peringatan telah dibina di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Memorial Tanjung Kupang ini turut memahat nama-nama mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Nahas ini meningkatkan tahap piawai keselamatan oleh MAS. Kesiapsiagaan pesawat sentiasa dititikberatkan sejak itu, sebelum negara kita dikejutkan dengan dua rentetan nahas yang cukup memilukan, kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here