Istana Sleeping Beauties Dan Dua Perang Dunia

0
2244
views

Istana Neuschwanstein ini terletak di Bavaria, Jerman. Istana ini tidaklah terlalu ‘purba’ sangat, kerana ia siap dibina pada tahun 1886. Sekitar tahun ni, Tanah Melayu mula memasuki era campurtangan British.

Ia dibina untuk raja Bavaria, Ludwig II. Raja ni memang suka hal-hal seni dan projek-projek pembinaan mega seperti Herrenchiemsee, Linderhof dan sebagainya selain Neuschwanstein. Seperti raja ini versi Suryavarman II dari Angkor. Tabiat ini tak bagus kerana ia menjejaskan sisi kuasa politiknya apabila peranannya dalam kerajaan Bavaria disisihkan sedikit demi sedikit apabila tabiat borosnya dijadikan alasan untuk menyingkirkannya. Bavaria ketika itu dibayangi ‘German Reich’, kesatuan yang dipimpin oleh Prussia selepas menang perang dengan Perancis.

Istana ini adalah model terbaik kepada senibina era ‘Romanticism’ dan trivia, ianya menjadi model kepada istana Disneyland, “Sleeping Beauty Castle”. Malah ia menjadi istana rujukan popular kepada fantasi zaman purba Eropah pada masa silam.

Sebenarnya, apa yang nak ditumpukan di sini adalah bagaimana istana ini boleh bertahan sehingga ke hari ini, merentasi dua perang dunia.

Pada era Nazi, istana ini diletakkan di bawah organisasi ‘Einsatzstab Reichsleiter Rosenberg für die besetzten Gebiete’, yang mana ia dijadikan stor menyimpan harta rampasan perang dari Perancis. Menjelang berakhirnya perang, German Reichsbank menggunakan istana ini untuk menyimpan emas yang kemudiannya dipindahkan dari istana ini.

Kemaraan Tentera Berikat yang mula menakluki Jerman, menyebabkan pihak Nazi merancang menjalankan polisi ‘bumi hangus’ untuk mengelakkan kerja-kerja seni dan bangunan istana ini jatuh ke tangan Tentera Berikat. Namun SS-Gruppenführer yang ditugaskan untuk memusnahkan istana ini tidak melakukannya. Anehnya, istana dan segala isinya diserahkan dalam keadaan baik kepada Tentera Berikat. Istana ini kemudiannya dijadikan tempat menyimpan khazanah arkib yang asalnya dari bangunan yang musnah di Munich akibat perang.

Moralnya di sini, pihak Nazi yang terkenal sebagai ‘mesin pembunuh’ tetap menjaga istana ini dan memanfaatkannya mengikut keperluannya. Memang rancangan asalnya istana ini hendak dimusnahkan untuk mengelakkannya jatuh ke tangan musuh namun pihak Nazi menukar fikiran dan menyerahkannya kepada Tentera Berikat. Pihak Tentera Berikat pula tidak memusnahkan istana ini namun dibiarkan wujud sehingga ke hari ini.

Namun trend kerabat raja dan pemimpin Melayu kita, jika ada duit banyak, buat istana baru, istana lama dibiarkan mereput atau dimusnahkan. Taklah semua tetapi kebanyakan kes.

Saya sebenarnya teringin nak naik Istana Kenangan di Kuala Kangsar tu tapi tidak dibenarkan oleh pengawal di situ. Takut runtuh, katanya. Diharap pihak-pihak berwajib segera membaikpulih istana ini. Istana ini adalah mahakarya seni pertukangan Melayu yang terunggul dan contoh kecemerlangan ukiran Melayu yang masih wujud sehingga ke hari ini. Rugi giler kalau istana ni mereput macam tu je.

Istana Neuschwanstein ini kerajaan Bavaria Jerman baikpulih dari semasa ke semasa, ini istana batu agam, bina atas gunung lagi. Susah tak susah. ‘Berkat’ jaga istana ni, kerajaan Jerman kaut lebih kurang 6 juta Euro setahun dengan 1.3 juta pelawat setahun.

Pelancong luar datang, dia nak tengok istana-istana kita, nak rasa makanan kita.

Keunikan.

Istana dengan seni pertukangan Melayu tak adeadi sana walau sana penuh dengan istana-istana batu yang megah-megah. Tapi dia nak datang juga lihat istana dengan seni pertukangan Melayu tu.

Sebab itu nilai seni yang kita ada, tak ada pada mereka dan ianya jadi barang ‘rare’ pada mereka. 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here