Program Ziarah Luar Tabung Haji Dapat Pujian

0
242
views
sumber: https://duniatimteng.com/jabal-uhud-gunung-yang-disebut-nabi-kelak-ada-di-surga/

Tabung Haji bukan sahaja bijak menguruskan kewangan untuk terus membantu umat Islam di Malaysia menunaikan haji, tetapi mereka juga bijak dalam menjaga hubungan dengan jemaah jemaah haji. Pelbagai program dan aktiviti yang diperkenalkan oleh Tabung Haji sempena musim haji ini, antaranya ialah Program Ziarah Luar Tabung Haji.

Program Ziarah Luar Tabung Haji ini ialah program dimana membawa jemaah haji pergi melawat dan menziarahi tempat tempat bersejarah di sekitar Madinah. Program ini boleh membantu jemaah meningkatkan kefahaman mengenai Islam dan memantapkan persediaan untuk mengerjakan ibadah haji.

Masjid Nabawi juga menjadi salah satu lokasi untuk program ziarah luar ini kerana merupakan masjid kedua yang terpenting di dalam Islam. Masjid Quba yang menjadi masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW juga tidak ketinggalan untuk diziarahi semasa program ini berjalan.

Rasulullah juga pernah bersabda bahawa “Sesiapa mengambil wuduk di rumah dan menunaikan solat sunat dua rakaat di Masjid Quba, mereka akan menerima ganjaran sebagaimana mengerjakan umrah”

Selain itu, program ini juga membawa jemaah haji ke tempat tempat pernah berlakunya perang seperti bukit uhud. Di bukit Uhud inilah menyaksikan tewasnya tentera Islam di dalam peperangan Uhud selepas melakukan kesilapan. Jemaah haji juga turut dibawa ke makam Saidina Hamzah bersama dengan 69 tentera Islam yang Syahid ketika peperangan tersebut.Seterusnya, tempat berlakunya pertempuran Khandaq iaitu di Gunung Sala’ terdapat sebuah masjid yang mempunyai dua mihrab yang menghadap Baitul Maqdis dan Kaabah.

Kebanyakkan yang menjadi pembimbing ketika berjalannya program itu adalah daripada pelajar pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Pembimbing di sana juga dapat merasakan program itu mendapat sambutan yang baik kerana jemaah sendiri menyedari akan kebaikkan program tersebut. Para jemaah juga dapat menghayati pengorbanan yang telah dilakukan baginda dan juga sahabat sahabatnya.

Pembimbing juga memberikan kerjasama yang penuh dengan berkongsi ilmu dan juga pengetahuan tentang tempat tempat yang diziarahi. Semoga program ini terus mendapat sokongan dan sentiasa dilakukan dari tahun ke tahun.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here