57 Bintang Yang Memandu Para Pelaut

0
663
views

Adapun terdapat 57 jasad najam atau bintang yang terpilih berdasarkan magnitud keterangannya di langit malam. Jasad ini digunakan dalam menentukan kedudukan dilautan mahupun diudara dengan menggunakan sekstan bagi mendapatkan sudut atau altitud jasad najam tersebut. Ini dipanggil cerapan samawi (atau celestial observation).

Seterusnya pengiraan dibuat dengan memasukkan maklumat lain seperti sudut darjah declination dan sudut jam sidereal selain mengambil kira ralat pada alatan cerapan dan ralat ketinggian pencerap dari permukaan laut, ralat kelembapan udara dan lain lain lagi.

Darjah keterangan satu satu jasad dirujuk dengan nombor negatif sebagai jasad najam yang paling terang di langit samawi diikuti nombor paling besar dengan darjah keterangan paling rendah.

Sebagai contoh, najam Sirius yang terletak dalam buruj Canis Major mempunyai darjah keterangan berskala -1.5 dan merupakan jasad samawi paling terang dan paling mudah dikenal pasti manakala najam Acamar dalam buruj Eridanus mempunyai darjah keterangan paling malap iaitu 3.2 dalam 57 najam terpilih untuk kegunaan navigasi.

Buruj Orion

Bagi langit samawi di negara kita jasad yang biasa kelihatan bilamana langit malam terang tanpa bulan dan tidak berawan adalah seperti Al Nilam, Betelgeuse, Bellatrix dan Rigel dalam jujukan buruj Orion (atau Belantik), Procyon didalam jujukan buruj Canis Minor, Aldebaran dan Elnath didalam jujukan buruj Taurus, Antares dalam jujukan buruj Scorpio serta Spica dalam jujukan buruj Virgo mengikut kitaran bulanan zodiak melintasi garisan khatulistiwa.

Walaupun sistem navigasi satelit telah mengambil alih kebanyakan metode dan rukun penentu kedudukan, metode lama ini masih lagi digunapakai dan masih diajar kepada pelaut moden kerana sifatnya yang tidak akan gagal akibat kehilangan kuasa penggerak dan penjanaan atau kegagalan satelit akibat manusia mahupun peralatan, serakan elektronik dan juga gangguan aktiviti suria.

Sssungguhnya Allah telah berfirman mengenai najam sebagai pedoman, antaranya :

 Dan dialah yang menjadikan bintang bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) didarat dan dilaut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang yang mengetahui.”- Al Anaam:97

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here