Tamadun Manusia Dan Penyakit Cacar

0
3405
views

Selama 2000 tahun, cacar adalah wabak yang meruntuhkan empayar, mematikan raja dan maharaja, meyebabkan rakyat jelata melarat, melumpuhkan ketamadunan manusia dan merebak menjadi wabak sepanjang waktu tersebut.

Dari ketamadunan India yang mula merekodkan kewujudan cacar atau Smallpox dari sekitar 1500 tahun sebelum masihi, dengan bukti kredible penyakit ini wujud dikesan pada mumia Mesir yang berusia lebih 3000 tahun, dengan sejumlah 400,000 kematian penduduk Eropah setiap tahun pada abad ke 18, penyebab lima puluh peratus kematian penduduk Aborigines di Australia, dengan peratusan kematian kanak-kanak adalah 80 peratus.

Sukar melawan wabak cacar atau smallpox ini, sehinggakan manusia seperti yang tinggal di wilayah yang membentuk ketamadunan India mempunyai tuhan cacar yang dipanggil Sitala Mata khusus untuk penduduk disana memberikan sembahan untuk mengelak wabak. Bukan satu tamadun tetapi 7 tamadun berbeza mempunyai berhala atau sembahan untuk menghindar wabak ini. Masyarakat Nigeria memberi pengeras kepada Sopona untuk mengelak penyakit cacar supaya sembahan mereka tidak menurunkan kemusnahan. Masyarakat hamba abdi yang datang dari Afrika dan dibawa ke Amerika Latin menyembah Babalu Aye, yang mana apabila dicampur aduk dengan ajaran Katolik disinkretis dengan Santo Lazarus sebagai tempat mereka memohon dihindari penyakit dan wabak.

Dalam kalangan masyarakat yang pro-penyakit sekarang, ramai yang mengatakan vaksin adalah ciptaan Yahudi untuk menjana pendapatan dari penyakit yang Yahudi ini sendiri ciptakan (itu yang kebanyakan konspirator dan pendokong pro penyakit selalu katakan) , aneh kerana penyakit seperti smallpox atau cacar ini direkodkan dengan ekstensif oleh ahli perubatan Islam yang mahsyur seperti Muhammad Ibn Zakariya Al Razi yang menulis satu buku khas mengenai cacar yang bertajuk al-Judari wa al-Hasbah, (A treatise on the Small-pox and Measles).

Dan disebabkan nukilan Al Razi mengenai perbezaan cacar dan campak ini yang banyak membantu pengamal perubatan moden dalam menentukan dan mewujudkan bentuk vaksinasi dalam mewujudkan imunisasi kepada umum dalam mencegah penularan wabak cacar.

2000 tahun tamadun manusia bergelumang dengan kematian dan kerosakan yang dibawa oleh cacar ini, dan dengan izin Allah wabak cacar terhapus 100 peratus pada tahun 1979 oleh kaedah vaksinasi yang sangat ekstensif oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO

Bangladesh mengisytiharkan bebas wabak cacar pada tahun 1979, 6 tahun selepas kempen vaksinasi ekstensif yang dikendalikan WHO dilaksanakan dengan pertubuhan-pertubuhan kesihatan bukan kerajaan dan sukarelawan, para doktor dan pengamal perubatan seluruh dunia mencari sehingga ke lubang cacing penyakit ini untuk dihapuskan.

Dimana sahaja ada epidemik cacar, disanalah pengamal kesihatan berada, membahagikan dan memberikan suntikan vaksin kepada semua tidak mengira anak kecil mahupun orang dewasa.

Bayangkan, penyakit yang satu ketika dahulu dirawat dengan menggunakan kaedah animistik, dah sehingga satu tahap di Eropah mereka menggunakan kaedah perawatah bersifat tahyul dihapuskan sepenuhnya dengan kaedah vaksinasi yang sangat ekstensif pada tahun 1979.

Jadi adakah kalangan pro penyakit yang menolak vaksinasi mahu penyakit yang dahulunya merupakan penyebab kematian populasi kanak-kanak sehingga 30 peratus, dengan mereka yang terselamat mengalami kecacatan kekal seperti buta kembali semula, hanya kerana sikap bodoh sombong yang meletakkan dasar konspirasi teori dan egoistik jumud mengenai pemahaman ugama mirip pengamal-pengamal gereja sewaktu zaman gelap di Eropah?

Disini letaknya keadaan darurat yang mana lebih berat kepada kesejahteraan ummah dari penularan wabak penyakit seperti yang disebut oleh Ustaz Abu Ubaidah Yusuf As Sidawi yang memetik dua perkara masalah utama yakni:

1. Masalah Istihalah (الاِسْتِحَالَةُ)
Maksud istihalah disini adalah berubahnya suatu benda yang najis atau haram menjadi benda lain yang berbeda nama dan sifatnya. Seperti khomr berubah menjadi cuka, babi menjadi garam, minyak menjadi sabun, dan sebagainya.

Apakah benda najis yang telah berubah nama dan sufatnya tadi bisa menjadi suci? Masalah ini diperselisihkan ulama, hanya saya pendapat yang kuat menurut kami bahwa perubahan tersebut bisa menjadikannya suci, dengan dalil-dalil berikut:

• Ijma’ (kesepakatan) ahli ilmu bahwa khomr apabila berubah menjadi cuka maka menjadi suci.

• Pendapat mayoritas ulama bahwa kulit bangkai bisa suci dengan disamak, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

إِذَا دُبِغَ الْإِهَابُ فَقَدْ طَهُرَ

“Kulit bangkai jika disamak maka ia menjadi suci.” [Lihat Shahihul-Jami’:2711]

• Benda-benda baru tersebut – setelah perubahan – hukum asalnya adalah suci dan halal, tidak ada dalil yang menajiskan dan mengharamkannya.

Pendapat ini merupakan madzhab Hanafiyyah dan Zhahiriyyah[10], salah satu pendapat dalam madzhab Malik dan Ahmad[11]. Pendapat ini dikuatkan oleh Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyyah[12], Ibnul Qoyyim, asy-Syaukani[13], dan lain-lain.[14]

Alangkah bagusnya ucapan Imam Ibnul-Qayyim: “Sesungguhnya benda suci apabila berubah menjadi najis maka hukumnya najis, seperti air dan makanan apabila telah berubah menjadi air seni dan kotoran. Kalau benda suci bisa berubah najis, lantas bagaimana mungkin benda najis tidak bisa berubah menjadi suci? Allah telah mengeluarkan benda suci dari kotoran dan benda kotor dari suci. Benda asal bukanlah patokan. Akan tetapi, yang menjadi patokan adalah sifat benda tersebut sekarang. Mustahil benda tetap dihukumi najis padahal nama dan sifatnya telah tiada, padahal hukum itu mengikuti nama dan sifatnya.”

2. Masalah Istihlak (الإِسْتِهْلاَكُ)
Maksud istihlak di sini adalah bercampurnya benda haram atau najis dengan benda lainnya yang suci dan halal yang lebih banyak sehingga menghilangkan sifat najis dan keharamannya, baik rasa, warna, dan baunya.

Apakah benda najis yang terkalahkan oleh benda suci tersebut bisa menjadi suci? Pendapat yang benar adalah bisa menjadi suci, berdasarkan dalil berikut:

الْمَاءُ طَهُوْرٌ لَا يُنَجِسُهُ شَيْئٌ

“Air itu suci, tidak ada yang menajiskannya sesuatu pun.” [Shahih. Lihat Irwa’ul-Gholil:14]

إِذَا بَلَغَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلِ الْخَبَثَ

“Apabila air telah mencapai dua qullah maka tidak najis.” [Shahih. Lihat Irwa’ul-Gholil:23]

Dua hadits di atas menunjukkan bahwa benda yang najis atau haram apabila bercampur dengan air suci yang banyak, sehingga najis tersebut lebur tak menyisakan warna atau baunya maka dia menjadi suci. Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyyah berkata: “Barangsiapa yang memperhatikan dalil-dalil yang disepakati dan memahami rahasia hukum syari’at, niscaya akan jelas baginya bahwa pendapat ini paling benar, sebab najisnya air dan cairan tanpa bisa berubah, sangat jauh dari dalil dan logika.”[16]

Oleh karenanya, seandainya ada seorang yang meminum khamr yang bercampur dengan air yang banyak sehingga sifat khamr-nya hilang maka dia tidak dihukumi minum khamr. Demikian juga, bila ada seorang bayi diberi minum ASI (air susu ibu) yang telah bercampur dengan air yang banyak sehingga sifat susunya hilang maka dia tidak dihukumi sebagai anak persusuannya.(1)

Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya. Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut. Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.(2)

Di Malaysia, penetapan hukum harus bagi pengambilan vaksin telah ditetapkan melalui syarak dan dengan disepakati kalangan ulama Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengeluarkan fatwa mengenai vaksin ini. Kebanyakan fatwa seperti fatwa dari Majlis Fatwa Eropah dan Penyelidikan, Majlis Ulamak Indonesia, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah membenar dan mengharuskan penggunaan vaksin dalam
kalangan orang Islam.

Jelas disini ramai ulamak bersependapat bahawa vaksin dibenarkan untuk kebaikan sejagat. Berdasarkan fatwa dari segenap pelusuk dunia, kebanyakkan ulama berpandangan bahawa vaksinisasi adalah satu keperluan untuk menjaga maslahat umat Islam.

Sedangkan ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan, dengan sepakat Majlis Majlis Fatwa muktabar luar negara mengutamakan vaksin kenapa anda yang pro penyakit bertingkah untuk memilih tidak.

Utamakan nyawa kerana itu adalah tuntutan Islam.

rujukan pembacaan lanjut boleh dibuat di pautan berikut :

1.Sumber: https://almanhaj.or.id/2536-kontroversi-hukum-imunisasi-polio.html

2.http://rmc.kuis.edu.my/world-ar/wp-content/uploads/2015/11/WAR-36-HALAL-VAKSIN-DI-MALAYSIA-MENANGANI-KUMPULAN-ANTI-VAKSIN-SATU-CABARAN-MASAKINI.pdf
http://abiubaidah.com/

*Gambar bayi yang merana kerana dijangkiti oleh wabak cacar/smallpox.

-FJ-

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here