Membetulkan Mitos Tentang ECRL

0
3237
views

Macam-macam pengiraan ECRL keluar di Facebook, Whatsapp dan sebagainya. (Boleh rujuk Gambar 1 dan 2)

Andaian 1: Tambang pertrip ECRL RM 520- 1250 per trip
Tidak viable? Benarkah?

Paling menarik siap boleh agak-agak berapa banyak trip yang ECRL akan buat dalam masa sehari bila siap nanti.

Sembang kemas macam dia ada crystal ball.

Siap bagi conclusion, not VIABLE tu tak boleh blah.

Dan rakyat Malaysia macam biasalah, dengan konfidennya percaya 100% hanya dengan baca tajuk.

Wahai sahabat wahai teman, meh den nak cuba jelaskan beberapa perkara.

Andaian 1: Tambang pertrip ECRL RM 520- 1250 per trip

Maaf nak maklumkan bahawa tuan propaganda kena buat kiraan baru.

Kenapa?

Tahukah anda bila ECRL siap sepenuhnya nanti, dijangkakan bahawa sebanyak 5.4 JUTA PENUMPANG akan menggunakan perkhidmatan ini setiap tahun atau dengan kata lain 14-15 RIBU PENUMPANG setiap hari. [Boleh rujuk rujukan (1),(2)]

Jauh meninggalkan ‘ramalan’ bola crystal 2.4K penumpang setiap hari.

Jadi jika merujuk kepada kiraan simplistic diatas makanya:

RM520/6 (15/2.4) =RM 86.60 la kiranya kan?

Oh.. sebelum terlupa, anda juga harus ketahui

Majoriti pengunaan ECRL dijangkakan juga sebenarnya adalah kargo/freight bukan penumpang.

Sebab itu ianya akan dibina dengan tujuan menghubungkan pelabuhan-pelabuhan di pantai timur dengan pelabuhan Klang dengan tujuan utama mencantas DOMINASI SINGAPURA dalam menguasai laluan kargo di selat Melaka.(Boleh Rujuk Gambar 3 dan rujukan)

It’s an open secret. Titik.

Mana taknya, lebih 80% perdagangan maritim dunia, antara timur dan barat mesti kena lalu Selat Melaka yakni lalu pelabuhan Singapura.

Dan Selat Melaka juga adalah laluan perkapalan kargo utama diantara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik yang menghubungkan kuasa besar ekonomi Asia seperti India, China, Jepun dan Korea Selatan.

Takkan MALAYSIA nak tengok selama-lamanya?

Ok kita berbalik kepada kargo dan ECRL..

Lebih dari 70% trafik ECRL dijangkakan akan kater kargo/freight bukannya penumpang.

Dianggarkan bahawa 53-60 JUTA TAN KARGO akan menggunakan servis ECRL annualy (berbanding 6 Juta Tan KTM sekarang)

Jadi jika kita sekali lagi menggunakan hujah ‘simplistic’ seperti tuan propaganda.. boleh tak saya kata kos tambang penumpang biasa ECRL MUNGKIN LEBIH MURAH dari RM86.60 sebab tambang akan diserap oleh pelanggan kargo/freight seperti mana yang berlaku kepada KTM sekarang?

Tapi saya rasa kita tak perlulah jadi seperti mereka ya dak. 😊

Kita tunggu harga rasmi yang akan diumumkan esok bila siap.

Oh..sebelum terlupa, anda juga harus ketahui
Majoriti pengunaan ECRL dijangkakan juga sebenarnya adalah kargo/freight bukan penumpang.
Sebab itu ianya akan dibina dengan tujuan menghubungkankan pelabuhan-pelabuhan di pantai timur dengan pelabuhan Klang.

Andaian 2: ECRL tak balik Modal dan Hutang

Yang ni menarik untuk dibincangkan.

Nak tanya kejap, cuba duduk tepuk kepala kejap dan fikir.

Sejak bila RM1 yang anda bayar bila ke KK/Hospital itu balik modal bina kos KK/Hospital tersebut dan bayar gaji doktor, ubat tersebut lepas sekian sekian tahun?

Ataupun…

Sejak bila RM0.80 – 1.00 anda bayar bila guna bas rapid itu balik modal kos beli bas dan bayar gaji pemandu bas tersebut lepas sekian sekian tahun?

Itu belum kita cerita bas free Go-KL, shuttle MRT, LRT MRT dan segala PRASARANA punya kemudahan.

Ataupun

Sejak bila RM 24.50/33.50 yang anda bayar untuk yuran sekolah itu balik modal kos bina sekolah tersebut,bil api air dan gaji cikgu, tukang kebun lepas sekian sekian tahun?

Eh lupa sekolah rendah dan sekolah menengah sekarang takda yuran! Macamana la nak balik modal agaknya macam ni..aishhhh..

So nampak tak apa yang cuba aku sampaikan?

Kalau tak nampak mohon Istighfar..

Benar kalau dilihat dari sudut CAPEX memang 20 tahun takkan cukup untuk ECRL balik modal.

MUSTAHIL untuk balik modal. Tu belum kita masuk kira OPEX lagi.

‘Ha! Kan den dah koba! Kata tuan propaganda..’

Sabar..

Sebagaimana projek-projek infrastruktur diatas diwujudkan untuk rakyat… begitulah juga ECRL.

Projek-projek infrastruktur rakyat atau dikenali sebagai public infrastructure memang jarang balik modal dari sudut pulangan modal projek itu sendiri.

Lebih-lebih lagi projek major pengangkutan awam macamni.

Kau bagitau aku sekejap, KLIA, LRT dah balik modal ke belum?

Ketahuilah pulangan modal yang akan kita dapat adalah dari sudut pembangunan tumpah/spilled disepanjang jalur pengangkutan awam tersebut.

Bila dah ada sistem pengangkutan awam yang baik, nilai tanah sepanjang pengangkutan tersebut akan meningkat kerana apa? Kerana ia kini mudah diakses dan mungkin boleh digunakan untuk projek pelancongan, industri, manufacturing etc.

Orang putih panggil benda ni ‘Transit-Oriented Development'(TOD).

Selepas ECRL, GDP Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka akan meningkat sebanyak 1.5%.

Dan tahukah anda berapa peluang perkerjaan yang akan wujud dari ‘Transit-Oriented Development’ hasil dari ECRL nanti?

80,000 peluang pekerjaan baru bai!.Bayangkan. (Rujuk (1),(2),(3))

Tu belum kira pulangan hasil yang kerajaan akan dapat hasil dari kenaikan nilai tanah kerajaan disepanjang laluan ECRL dan tidak dilupakan juga hasil cukai..

80,000 orang pekerja ni akan bayar cukai.. Kutipan GST lagi hasil dari aktiviti pelancongan dan ekonomi baru yang dapat dijalankan.

Phew… masyuk..

Kalau aku jadi orang pantai timur… aku akan fight mati-matian untuk ECRL ni jadi dan siap ontime!

Dan dari hasil macam inilah kerajaan pusing duit SUSTAIN sekolah, hospital dan infrastruktur awam yang lain.

Tapi bro ECRL itu kan hutang?

Abih kau ingat yang MRT, Hospital tu kerajaan bayar cash ke? Facepalm 😆😆😆

Pergi google dan taip sukuk MRT,MAHB etc..kau akan jumpa jawapan.

Dengar kadar faedah pada 3% yang mana sama dengan kadar inflasi kita sekarang. Kita seolah-olah dapat duit percuma dari China.

Kesimpulannya, dengan jangkaan 5.4 JUTA PENUMPANG dan 53-60 JUTA TAN KARGO setahun, perwujudan 80,000 PELUANG PEKERJAAN BARU di sepanjang pantai timur, menaikkan HARGA TANAH dan MELUASKAN PELUANG EKONOMI di sepanjang pantai timur, tidak dilupakan CANTAS MONOPOLI SINGAPURA di Selat Melaka, dan paling penting memudahkan urusan orang pantai timur BALIK RAYA 😂😂.

Ia adalah VIABLE.

Sekian.

P.S: Janganlah guna bola crystal. Gunalah akal.

P.S: Yang sepatutnya meroyan adalah Singapura sebab depa yang akan impak teruk nanti. Hehehehe…

Rujukan:

  1. http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/east-coast-rail-link-malaysia-touts-rail-trade-route-as-rival-to-singapore
  2. http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/najib-urges-china-to-complete-east-coast-rail-link-before-2024-9108022
  3. http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/report-ecrl-to-give-malaysia-trade-advantage-over-singapore
    4. https://www.eamesconsulting.com/blog/2017/02/china-belt-road-to-impact-on-singapore

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here