Tunku Abdul Rahman Dan Pertubuhan OIC

0
664
views
Tunku bersama Raja Hassan 11 ( Morocco ) di Rabat pada hari tertubuhnya OIC.

“Organisation of the Islamic Conference” atau lebih dikenali dengan gelaran OIC akan mencecah usia 48 tahun pada 25 September yang akan datang.

Walaupun sering dimomok dengan pelbagai tuduhan atas kelangsungannya, OIC merupakan titik tolak strategik yang pertama bagi memupuk kerjasama dalam kalangan negara – negara Islam di seluruh dunia.

OIC berjaya ditubuhkan pada kemuncak “First Muslim Summit” di Rabat, Morocco dengan keahlian 25 negara dengan objektif memupuk kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain serta yang paling mustahak ; semangat setia kawan dalam kalangan negara – negara Islam.

Hari ini OIC mempunyai 57 negara ahli, dengan perwakilan sah di kedua – dua organisasi utama dunia :

1) Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu ; dan 2) Kesatuan Eropah.

Tunku Abdul Rahman yang pada ketika itu berada dalam tahun – tahun terakhir sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia telah terpilih sebagai Setiausaha Agung (SUA) pertama organisasi tersebut. Tunku telah berkhidmat sebagai SUA OIC bermula 1970 – 1974 secara rasminya.

Walaupun Tunku sering dihina atas keperibadiannya yang lebih suka “berjoli”, Tunku itu masih dihormati oleh pemimpin – pemimpin dunia Islam pada ketika itu. Perkara ini boleh dilihat dalam salah satu perbualan Tunku bersama King Faisal ( Arab Saudi ), Tunku pernah berkata :

Dengan Izin ;

” I told King Faisal that he had better look for someone else to be the Sec – Gen of the OIC because I love living; I enjoy dancing, drinking and gambling . I simply can’t change my habits at 67. In reply, King Faisal grinned and said : ” I know all that, but I’m not looking for an Iman “.

Apa yang dimaksudkan adalah, biarpun Tunku itu terkenal dengan sifat – sifatnya yang gemar berjoli ( yang beliau sendiri akui ) namun Tunku masih menjadi pilihan ramai pemimpin dunia kerana kebolehan Tunku itu sebagai seorang pemimpin adalah sesuatu yang disegani ramai.

Tunku dihormati, bukan sekadar kerana kepimpinannya namun juga kerana sikapnya yang berterus – terang dan sentiasa bercakap benar.

Tunku berkata : (dengan izin)

” Yes I was a playboy, a man of the world. I used to dance and smoke, I enjoy brandy and liked my tea thick. I love horse racing and I play poker and other forms of gambling. But deep in my heart, I have always been a religious man. I pray, I fast, I pay my Zakat Fitrah, and I have been on a pilgrimage to Mecca and God knows all this and more. I have done and I still continue to do a lot for Islam within Malaysia and outside Malaysia. None can and will deny that. People can say anything about me but none will accuse me of ever having been a hypocrite “.

Kejujuran dalam Tunku ini lah yang menjadikan Tunku seorang pemimpin yang dihormati malah disegani ramai.

Dalam ucapan pertama beliau di ” First Muslim Summit ” di Rabat, Tunku dengan jelas menyatakan pendirian beliau terhadap kemelut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan seterusnya menyeru kepada pembentukan kerjasama strategik antara negara – negara Islam sebagai salah satu langkah utama dalam pembentukan perpaduan demi kepentingan ” ummah “.

Dalam pengakhiran ucapan, Tunku berkata (dengan izin ): ” I have heard the views expressed around this table and I fully understand the sentiments so expressed without repeating them here – the best that we could do, in the circumstances as I myself propose to do, is to project our consensus and our stand to the General Assembly of the U.N. with a view to winning sympathy and support for the Muslim cause amongst the countries of the world thereby giving effect to decisions taken here “.

Sekali lagi kita dapat lihat penjelmaan sifat Tunku dalam tindakan beliau. Sebagai seorang yang anti – kekerasan, beliau bukan sekadar mengutuk tindakan Israel malah menyeru pula kepada penyatuan negara – negara Islam melalui kerjasama strategik supaya dapat dibawah suara / rintihan masyarakat Baitulmaqdis kepada dunia dalam saluran yang betul.

Seruan Tunku, kini kita lihat dalam bentuk OIC. Biarpun beliau dikutuk dan dihina oleh beberapa individu demi kepentingan peribadi di Malaysia atas faktor keperibadian beliau yang suka ” berjoli “, Tunku tetap berusaha menjadi nadi kepada penyatuan negara – negara Islam di seluruh dunia melalui OIC.

Itulah Tunku, anak putera bangsa yang jujur dan berwawasan.

#Merdekastories
#BNYVPenang

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here