Masalah Visa Sudah Selesai !

0
210
views

Baru baru ini ramai bakal jemaah haji yang mula risau tentang perjalanan ke Tanah Suci mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana masalah visa yang tertangguh sekaligus melewatkan penerbangan mereka. Kes yang jarang sekali terjadi ini berjaya dikawal dengan baik oleh Tabung Haji sepanjang masalah itu terjadi.

Namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengesahkan bahawa kes jemaah haji yang terkandas kerana tidak memperoleh visa telah selesai. Beliau juga turut menambah bahawa kes ini baharu saja terjadi pada tahun ini selama mereka beroperasi 54 tahun. Hasil hubungan baik Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi telah mempercepatkan masalah ini untuk diselesaikan.

Masalah yang terjadi ini bukanlah disebabkan oleh kesalahan Tabung Haji tetapi visa yang diproses oleh Arab Saudi. Walaupun Tabung Haji berjaya mengawal keadaan, mereka tetap terkena tempias kerana kos operasi haji pasti meningkat disebabkan kos penginapan dan lain lain kos untuk bakal jemaah.

Alhamdulillah kebanyakkan daripada bakal jemah haji yang mengalami masalah visa ini telah selamat berlepas ke Tanah Suci dan bakiny akan diterbangkan mengikut jadual penerbangan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here