Trivia Dinosaur: Tyrannosaurus Rex, Kezaliman Seorang Raja Benua Amerika

0
619
views

Tidak dinafikan bahawa Tyrannosaurus Rex merupakan dinosaur yang paling berpengaruh dalam dunia paleontologi. Mana-mana fiksyen dinosaur mesti menjadi hambar tanpa penglibatannya. Mana tidaknya – pengaruh apakah yang mampu menandingi seorang raja, tambah pula raja ini mempunyai ketinggian 4 meter – antara pemangsa yang digeruni banyak spesis atas kekuatan rahang 12,800psi, serta yang paling besar dalam kalangan keluarga “Tyrannosauridae”.

Ternyata Tyrannosaurus Rex mempunyai nama yang cukup sesuai untuk menceritakan sahsiah dirinya – “Raja Biawak Yang Zalim”. Jika dilihat hujah-hujah dunia paleontologi, suatu perdebatan dapat dikumpulkan, menerangkan samaada ia bersifat “pemangsa puncak” (apex predator) atau “pebangkai” (scavenger). Amat menghairankan jika Tyrannosaurus mengamalkan pemakanan bangkai, dengan kekuatan rahang menakjubkan sebegitu.

Rangka Tulang T-Rex

Jika dibandingkan pada hari ini, tiada satu haiwan mampu menandingi Tyrannosaurus. Yang paling kuat sendiri adalah buaya, dengan gigitan 3,700psi, manakala singa pula hanya mampu menggigit sekuat 650psi. Maka satu titik pertemuan telah dijalinkan bahawasanya raja zalim ini merupakan seekor dinosaur oportunis. Dengan kebesaran 12 meter panjang, serta berat hampir 7,000 kilogram, ia merupakan pemangsa puncak serta pebangkai pada masa yang sama.

Seperti Iguanodon, telah banyak dipelajari tentang Tyrannosaurus Rex. Kali pertama ia menjejaki pengetahuan manusia adalah pada 1874, atas usaha seorang saintis Inggeris yang menemui sebatang gigi di Golden, Colorado. Sejak hari itu, banyak lagi penemuan dibuat, termasuk juga pada 1960-an dimana tempurung kepala terbesar Tyrannosaurus Rex didedahkan daripada perut bumi, 6.5% lebih besar berbanding “Sue”, Tyrannosaurus tertua pernah ditemui.

Apabila berbicara tentang “Sue”, tentunya satu persoalan akan dimainkan: jangka hayat Tyrannosaurus. Setakat ini, julat hayat spesis ini disukatkan maksimum 30 tahun, memandangkan tiada spesimen yang melepasi angka ini. Kalau ikutkan rangka hipotesis yang dibuat, Tyrannosaurus sebenarnya mencapai usia matang dalam masa 10 tahun selepas penetasan. Beratnya pada lingkungan 500-1000kg akan mula memintas sepupu-sepupunya, dan dalam masa 2-3 tahun, ia akan tiba paras 2000 kg dalam tren melepasi 5500 kg, yang akan tercapai pada usia 20 tahun.

Perbandingan size T-Rex, Triceratops dengan manusia

Tetapi terdapat satu perbincangan berkaitan Tyrannosaurus Rex yang masih belum diketahui ramai – ia mempunyai kebarangkalian tinggi untuk memiliki bulu pelepah.

Antara hujah yang mencadangkan Tyrannosaurus berpelepah sebenarnya melibatkan sepupu Cinanya, “Yutyrannus”.

Namun, masih belum ada bukti yang kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa Tyrannosaurus Rex berpelepah.

Comments

comments

Previous articleApa itu Jaundice Dan Kenapa Ada Orang Menjemur Bayi?
Next articleJejak Pahlawan Sarawak: PWII Abang Bolhi Bin Abang Doladi
Meskipun sibuk dengan perniagaan restoran, Ahmad Faezal tetap merupakan pengikut setia astronomi, geologi dan sejarah yang telah menjadi sebahagian daripada minat bervariasi beliau. Beliau juga mengimpikan bahawa dalam masa seratus tahun, bangsa Melayu mampu melibatkan diri dalam bidang aeroangkasa, seiringan dengan bangsa-bangsa lain. Namun, asas kepada kejayaan ini terletak kepada empat huruf utama iaitu ILMU.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here